RSS

Category Archives: Uncategorized

Jawapan Mengenai Saka Oleh Tn. Guru Dato’ Haron Din.

Saka adalah suatu istilah yang biasanya digunakan oleh tukang ubat atau bomoh tradisional yang merujuk kepada suatu fenomena gangguan spiritual yang berlaku ke atas manusia kebanyakannya kaum wanita dan ada juga lelaki, yang mengaitkannnya dengan makhluk yang kononnya diamanahkan menjaga seseorang. Bagi tujuan menjaga tersebut maka berbagai-bagai gangguan spiritual berlaku. Gangguan seperti ini dikenali sebagai gangguan makhluk halus.

Saka dikaitkan dengan kononnya ada makhluk yang berdampingan dengan keturunan bapa, ibu, datuk atau nenek seseorang yang menjaga atau bersahabat dengan makhluk ini dan dipesan kepada makhluk tersebut selepas kematiannya untuk menjaga dan mengawal anak cucu mereka.

Hasil daripada itu maka berlaku kawalan, sebenarnya gangguan ke atas orang berkenaan sehingga menimbulkan masalah yang diistilahkan sebagai saka.

Saya tidak dapat menentukan apa sebenarnya saka. Betul atau tidak ia makhluk yang mendampingi manusia dan keturunan mereka diganggu sehingga mendatangkan kemudaratan kepada mereka. Jika benar ianya (makhluk halus) sebagai sahabat, kawan atau dampingan orang-orang terdahulu, maka sepatutnya ia tidak berubah sekadar hanya menjaga dan melindungi anak cucu seseorang, tiba-tiba berlaku sebaliknya sehingga menyakiti dan menganggu sampai menjadi separuh gila atau separuh sedar.

Saya tidak nampak hal ini sebagai saka yang digunakan untuk menjaga dan mengawal seseorang untuk kebaikan. Jika berlaku begini, maka tidaklah menimbulkan masalah walaupun hukum asalnya bersahabat, berbuat baik, berdampingan dengan makhluk halus dilarang oleh syariat Islam.

Banyak ayat-ayat al-Quran yang menggesa manusia menjauhi dan berlindung diri daripada syaitan. Malah manusia wajib menjadikan syaitan sebagai musuh dan sebagainya.

Berbalik kepada seseorang yang diganggu oleh makhluk halus, maka jelas ia adalah musuh kerana ia menyakiti manusia, menganggu manusia dan melakukan perkara yang tidak dingini oleh manusia, ianya memberikan kesan negatif.

Kita mesti menjauhi mereka, benda yang dinamakan saka ini tidak menjadi sesuatu yang baik kepada manusia. Dirawatlah dengan cara-cara yang diharuskan oleh syarak bagi mengelakkan saka ini terus menerus menganggu manusia.

Adapun Qareen adalah istilah al-Quranul karim yang jelas Allah S.W.T menyebut dalam beberapa ayat seperti dalam Surah Qaf (ayat 23), Surah al-Fussilat (ayat 25) dan lain-lain.

Di antara makna-maknanya, Allah menyebut (mafhumnya), “Dan kami tetapkan bagi mereka, teman-teman yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka. Dan tetaplah atas mereka keputusan azab pada umat yang terdahulu dari jin dan manusia. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang meragui.”

Istilah teman-teman dalam al-Quran adalah pada asal perkataan Qurana atau kawan-kawan setia. Maksudnya adalah dari suku sakat syaitan atau iblis ini menjadikan manusia sebagai teman mereka.

Firman Allah (mafhumnya), “Dan berkatalah Qareennya, inilah catatan amalan yang tersedia pada sisiku.” (Surah Qaf, ayat 23).

Dan Surah Qaf, ayat 27 bermaksud, “Yang menyertai dia, Qarennya berkata pula,”Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya, tapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh.”

Ini merujuk kepada perkataan Qareen. Allah S.W.T menyifatkannya sebagai kawan rapat bukan kerana manusia hendak sangat berkawan dengan mereka, tetapi pada pandangan sesetengah ulama, sejak manusia dilahirkan ada makhluk halus yang mendampinginya, mengajak, memandu serta mempengaruhinya melakukan kejahatan. Itulah yang dimaksudkan sebagai Qareen.

Dalam hadis daripada Ibnu Mas’ud r.a, bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda (maksudnya), “Setiap orang daripada kamu, ada bersama dengannya qareen (syaitan) daripada jin. Sahabat bertanya, apakah Rasulullah juga mempunyai qareen, baginda menjawab, ya, saya pun ada qareen itu, cuma Allah S.W.T membantu saya, dapat mempengaruhi qareen itu sehingga dia telahpun Islam dan dia berdamping dengan saya, dia tidak mendorong saya membuat sesuatu melainkan semuanya untuk kebaikan.” (Riwayat Muslim).

Hadis daripada Ai’shah r.ha berkata,”Suatu ketika Rasulullah s.a.w berada bersama dengan saya, lalu keluar meninggalkan saya kerana ada suatu urusan pada malam hari, tiba-tiba timbul cemburu dalam diri saya, apabila Rasulullah s.a.w kembali menemui saya, baginda mengetahui perasaan saya itu, maka baginda bertanya, apakah gerangan mu wahai Ai’shah? apakah kamu cemburu? Maka saya menjawab, manalah orang seperti saya ini tidak cemburu ke atas mu wahai Rasulullah s.a.w. Maka Nabi menyebut kepada saya, apakah kamu telah dikuasai oleh syaitanmu wahai Ai’shah. Maka saya menjawab, ya Rasulullah, apakah bersama saya ada syaitan? Rasulullah menjawab, ya, malah pada tiap-tiap insan ada syaitannya. Saya bertanya kepada Rasulullah, apakah kamu juga ada syaitan? Jawab baginda, ya, tetapi Allah S.W.T telah membantuku, aku Islamkan dia dan tidak menyuruhku melainkan untuk kebaikan.”

Hadis-hadis sebegini adalah hadis sahih, ia menunjukkan memang berlaku bahawa qareen, ia adalah syaitan, mendampingi semua manusia. Kalau Rasulullah s.a.w pun didampingi oleh qareen ini, inikan pula insan biasa.

Oleh yang demikian, jelas bahawa qareen ini ada pada setiap orang dan bergantung kepada seseorang insan itu, jika ia belum boleh menguasai dirinya dengan kerja-kerja ketaatan sehingga tidak ada ruang untuk melakukan kemaksiatan maka qareen ini seolah-olahnya putus asa untuk mengajaknya melakukan kejahatan, melainkan sekali sekala sahaja.

Adapun orang-orang yang mudah mendedahkan dirinya kepada melakukan perkara yang tidak baik, khasnya melakukan kemaksiatan, maka qareen inilah yang menjadi pendorong utama. Pada pandangan saya qareen adalah makhluk halus yang jahat.

Jika hendak dikatakan saka, hanya sekadar mengatakan ianya wujud ada, maka tidak salah mengatakan kita semuanya ada saka, tetapi saka yang saya maksudkan adalah saya yang sedia ada, bukan kerana dipelihara oleh keturunan, bukan disuruh oleh seseorang melakukannya tetapi kerana tabiat makhluk ini memang sentiasa berusaha menjerumuskan manusia kepada kejahatan. Wallahua’lam.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on December 7, 2011 in Uncategorized

 

Tags:

Baby Aminuddin..

Assalammualaikum,

Masa di Kota Bahru baru-baru ni, aku n wife sempat berjumpa dengan cucu kawan Mama, Kak Soh (betul ke ejaan ni?). Baru berumur 5 bulan (tak silap aku la). Namanya Aminuddin. Memang comel budaknya. Sempat jugalah aku captured beberapa gambarnya.

 
Leave a comment

Posted by on July 22, 2011 in Uncategorized

 

Harimau Malaya VS Chelsea

Assalammualaikum.

Bulan Julai ibarat ujian buat pemain-pemain Malaysia sebelum berhadapan dengan Singapore pada 23hb Julai nanti. Pada hari ni, Malaysia akan turun buat kali ke-tiga menentang kelab2 EPL. Kali ni Malaysia akan bertemu dengan Chelsea. Dua perlawanan sebelumnya Malaysia tewas kepada Arsenal & Liverpool. Apapun aku tetap berbangga dengan team Malaysia.

Hari tu masa di Kelantan sempat jugak la aku beli jersi Malaysia & Kelantan di Pengkalan Kubor. Harganya cuma RM 35 sehelai. Kualiti memang tiptop walaupun cap ayam. Sebelum ni aku penah gak cari kt KL, tp malangnye size nya tak da. Almaklum la aku ni besar orang nya. Kata penjual kt KL tu saiz XL memang tak muat untuk aku. Tp yg aku beli kt Kelantan ni saiz XL gak, n muat untuk badan aku yg besar ni. Untung jugak la aku beli kt sana. Lagipun kualitinya kurang kalau dibandingkan dengan yang aku beli kt Pengkalan Kubor. Harganya pulak lebih murah 2 kali ganda dengan yang dijual di KL.

 
Leave a comment

Posted by on July 21, 2011 in Uncategorized

 

Aku hampir-hampir tertipu..

Assalammualaikum,

Petang tadi masa di ofis aku terima call dari someone yang aku tak kenal.. No yang tertera amat asing bagi aku.. Selalunya aku payah sikit nak jawab call dari orang yang tak da dalam list phone book, tapi tadi entah macam mana aku boleh plak menjawab panggilan dari nombor ni 014 728 3096..

Rupanya the caller cuba menyamar sbg pegawai dari eon kreditcard center. Modus operandinya membuatkan aku hampir2 nak kena tipu.. Disebabkan aku percaya yang dia dari eon kreditkad center, aku terus bagitau apa yang dia nk tau pasal kadkredit eon yang aku tgh guna skarang.. Habis je aku bgtau no kad dan 3 angka terakhir pada kad kt dia, terus dia baca polisi eonbank terbaru.. Kononnya eon bank akan kluarkan kad yang baru untuk pengguna kadkredit eon.. polisi tersebut merangkumi insuran perlindungan diri.. bla bla bla.. sebijik macam org yg jual insuran ..

Ayat-ayat dia yang buat aku hilang sabar bila dia kata yg aku akan dicas RM298 sekali seumur hidup.. Terus temperature aku naik.. Aku kata aku tak nak!.. Dia menjawab balik katanya aku nak atau tak nak bank akan cas juga RM298.. Aku kata mana boleh macam tu sbb aku tak stuju.. Dia berkeras nak cas aku RM298, sblum dia offphone dia kata yang aku dah pun dicas dlm kad kredit RM298.. DEMM..

Aku terus call creditcard center eonbank.. the caller mungkin pikir aku bodoh.. Aku tanya operator eon bank samada ada transaction RM 298 dalam akaun kadkredit aku.. Nasib baik operator kata takda lagi.. Kata operator tu lagi slalunya creditcard center akan call customer guna fixed line.. Mereka takkan call guna mobilephone.. Alhamdulillah.. aku mintak dia blok terus kad tu dan minta diganti baru.. Selesai masalah.. Cilaka punya orang..

 
3 Comments

Posted by on April 21, 2011 in Uncategorized

 

“Jangan bersedih, Allah bersama kita…”

Assalammualaikum,

Cerita pagi ni, entah kenapa hati aku rasa suram.. Subuh tadi aku solat dengan pikiran asyik melayang-layang.. Ya Allah, Kau ampunilah hamba Mu ini.. Badan rasa kurang segar walaupun selepas mandi.. Entah apa yang tak kena pagi ni.. Aku selesaikan perkara-perkara deco yang tertangguh malam hari tadi.. Selesai kerja, aku pun ke ofis..

Smpai ofis, aku on laptop kemudian layan blog2 dan berita terkini.. Hati masih lagi suram.. Ada seorang sahabat FB posting satu video “Mencari Sakinah”.. aku pun tekan play rupanya ceramah dari Dr Asri yang telah disunting oleh seseorang dengan dimasukkan background melody..

Aku terkesima.. Berair juga mata aku ni bila tonton video ni.. Betapa Allah Maha berkuasa mengetahui isi hati hamba-hambaNya.. Video ini sedikit sebanyak mengetemukan aku dengan jawapan kepada kesuraman hati ini..

 
Leave a comment

Posted by on April 11, 2011 in Uncategorized

 

Dinner Bersama Staff…

Assalammualaikum,

Dinner sempena kerajinan, dedikasi dan komitmen staf-staf (caw. Bangi) dalam mejalankan operasi syarikat. Kesungguhan mereka ini telah membuatkan syarikat mengambil keputusan untuk menjamu mereka (makan malam) di Restoran Perantau Hill sebagai tanda penghargaan syarikat kepada penat lelah mereka. Den mewakili syarikat mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua. Semoga kita dapat mengulangi dinner begini di lain masa.

Terima kasih kepada Restoran Perantau Hill yang menyajikan kami dengan menu2 yg lazat pada 30 Mac lepas..

 
Leave a comment

Posted by on April 7, 2011 in Uncategorized

 

Tsunami vs Radioaktif

Assalammualaikum,

Bala Allah telah turun menimpa bumi Jepun yg masyarakatnya tidak mempercayai kewujudan Tuhan.. Amat dasyat apa yang berlaku di sana.. Jepun sebuah negara yang teknologinya paling ke depan dunia pun tk dpt menahan ‘kun fayaqun’ dari Allah SWT.. Mereka berjaya membina bangunan yang tahan gegaran, tapi gagal membina bangunan yang tahan tsunami..

Masa tsunami melanda Acheh tahun 2004, aku tk dpt bayangkan bagaimana ombak laut dapat memusnahkan acheh sehinga menjadi seperti padang jarak, padang tekukur. Sebab aku gagal jumpa bukti video ketika kejadian tu berlaku. Namun, kebesaran Allah tetap aku akui ketika mana semua rumah-rumah manusia roboh dihempas air laut, rumah-rumah Allah (masjid) jualah yang masih berdiri teguh seperti tiada apa-apa berlaku di situ.

Apa yang berlaku di Jepun baru-baru ni aku diberi peluang oleh Allah untuk melihat kekuasaanNya yang mengatasi segala-galanya melalui video-video yang diupload di youtube. Gerun dalam hati dengan apa yang berlaku di sana.

Lebih memburukkan lagi keadaan bila berlaku letupan dan kebocoran loji nuklear di Fukushima. Zarah-zarah radioaktif beterbangan di udara sehingga ada dikesan di lautan pacifik. Dikatakan kejadian yang berlaku di Jepun lebih teruk dari apa yang berlaku diloji nuklear Chenorbyl, Ukraine. Chenorbyl kini tiada penghuni, diibaratkan seperti bandar hantu. Bangunan ada, tapi kehidupan langsung tiada. Sudah berpuluh tahun berlalu, namun zarah radioaktif masih wujud sehingga kini.

Aku selit berita mengenai loji nuklear Fukushima yang terbaru.

KITAKAMI 27 Mac – Paras radiasi yang terlampau tinggi dikesan dalam air yang bocor dari sebuah reaktor di loji nuklear Fukushima, timur laut Jepun hari ini, memberi tamparan terbaru kepada usaha untuk menamatkan krisis di kompleks yang rosak teruk dalam gempa bumi dan tsunami baru-baru ini.
Operator loji, Tokyo Electric Co. (TEPCO) berkata, petugasnya telah mengesan paras radiasi 10 juta kali lebih tinggi daripada biasa dalam air yang bocor di reaktor No. 2, sementara wap putih terus kelihatan daripada loji tersebut.

Paras radiasi didapati 1,000 milisievert sejam, memaksa pekerja dikeluarkan dari bangunan turbin reaktor kerana keadaan terlalu berbahaya untuk mereka terus berada di sana, kata TEPCO. “Paras radiasi terlalu tinggi dan besar kemungkinan air bocor daripada reaktor,” kata jurucakap agensi keselamatan nuklear, Hidehiko Nishiyama mengenai bacaan terbaru itu.

Satu dos 1,000 milisievert boleh menyebabkan sakit radiasi sementara termasuk loya dan muntah-muntah. Pendedahan kepada 100 milisievert setahun dianggap paras terendah yang boleh menunjukkan kenaikan risiko dihidapi kanser. Ketika timbul kebimbangan mengenai kebocoran kolam rod tenaga atau kebocoran injap dan paip kolam itu, ketua jurucakap kerajaan, Yukio Edano mengakui kemajuan untuk mengawal loji itu kurang menggalakkan. “Kami mahu memberikan gambaran lebih jelas tentang bila krisis ini akan diselesaikan, tetapi saya tidak boleh bersikap lebih optimis daripada realiti yang berlaku,” katanya.

Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano turut memberi amaran, krisis nuklear Jepun mungkin berlarutan selama berminggu-minggu, kalau tidak berbulan-bulan, memandangkan loji itu mengalami kerosakan teruk. – AFP

Kesimpulan yang dpt aku buat, Tsunami & krisis nuklear terjadi berlaku akibat kesombongan manusia terhadap Tuhan Yang Maha Kuasa.. Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yang sombong kepada Tuhan.

 
Leave a comment

Posted by on March 29, 2011 in Uncategorized