RSS

Category Archives: Islam

Perlukah Memilih Guru?

Assalammualaikum,

Ilmu yang mulia adalah ilmu yang diturunkan dari langit ke bumi yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad salallahu-alayhi-wasallam. Ilmu ini berupa al-Quran dan hadis Nabi salallahu-alayhi-wasallam. Ia diikuti dengan ilmu-ilmu pengetahuan yang lain. Ketahuilah! Sesungguhnya agama Islam ditegakkan berdasarkan ilmu dan pengetahuan. Oleh kerana itu, tidak semestinya seorang muslim itu jauh daripada cahaya ilmu, bahkan mesti mengambilnya daripada warisan nabi. Dan kita memahami bahawa ulama itu adalah pewaris nabi, dan wakil para rasul.

Allah berfirman, “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Al-Alaq: 1-5).

Hikmah Nabi salallahu-alayhi-wasallam menerima wahyu daripada Jibril a.s. Ini menunjukkan bahawa ketika wahyu diturunkan buat pertama kali kepada Nabi salallahu-alayhi-wasallam jelaslah kepada kita bahawa malaikat Jibrail a.s. merupakan guru yang pertama bagi Rasulullah salallahu-alayhi-wasallam. Dengan ini jelas dan dapat difahami bahawa setiap sesuatu ilmu itu mestilah ada guru yang benar-benar alim, faqih, serta mantap dalam segala displin ilmu pengetahuan.

Malaikat Jibril a.s. memeluk Nabi salallahu-alayhi-wasallam dengan kuat. Ini bertujuan memberikan wahyu dan ilmu yang disampaikan dengan bersungguh-sungguh dan kepayahan.

Kelebihan ilmu dan faedah pengetahuan menjelma dalam wahyu yang pertama. Dengan kata Iqra, maka kita mendapat ilmu hidayah dan cahaya.

Ini merupakan kalimah yang pertama kali diturunkan kebumi yang menganjurkan untuk kita mencari ilmu dan mengajak untuk mencapai ilmu pengetahuan.

Dalam ilmu pengetahuan terdapat kebaikan hidayah dan juga cahaya. Sesiapa yang tidak dapat membaca maka ia telah terhalang daripada kebaikan yang sangat banyak.

Risalah dan dakwah Nabi salallahu-alayhi-wasallam dimulakan dengan ilmu dan pengetahuan serta peradaban. Sesiapa yang menyangka bahawa dirinya akan mendapat petunjuk dan mendapat kedudukan yang tinggi tanpa ilmu, maka dia tidak akan faham, dia telah tersilap dan menyimpang daripada jalan yang lurus.

Allah berfirman, “Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kamumnya apabila mereka telah kembali kepadanya , supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.” (At-Taubah: 122)

Ayat ini menggabungkan dorongan untuk belajar dan mengajar dengan perintah untuk menuntut ilmu dengan seorang guru yang benar-benar alim, faqih serta mantap dalam segala ilmu pengetahuan.

Allah befirman dalam erti kata untuk mendorong manusia untuk bertanya dalam urusan agama yang yang dirasakan sulit untuk difahami, kepada ulama yang mengamalkan ilmunya. Firman-Nya, “Maka bertanyalah kalian kepada orang yang berilmu jika kalian tidak mengetahui.” (Al-Anbiya’: 7)

Imam Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad r.a. pernah mengatakan, “Bertanya itu adalah kunci yang dapat menyampaikan seseorang kepada makna-makna ilmu dan rahsia-rahsia ghaib yang ada dalam dada dan hati. Sepertimana seseorang tidak akan dapat menjumpai barang-barang dan harta benda yang berharga di dalam rumah, kecuali dengan menggunakan kunci yang diperbuat daripada besi dan kayu. Demikianlah pula seseorang tidak akan dapat sampai kepada ilmu dan pengetahuan yang ada pada ulama, tetapi dengan pertanyaan-pertanyaan yang ditujukkan untuk mengambil manfaat yang disertai dengan kesungguhan, keinginan, dan adab yang baik.” (Manhaj as Sawi, Syarh Usul at-Toriq as Saadah al Bala’wi).

Muhammad bin Sirin dan Malik bin Anas mengatakan, “Ilmu adalah agama maka lihatlah dengan siapa kamu sekalian menimba agamamu.”

Habib Ahmad bin Zain al-Habsyi pula berkata, “Tanda seorang guru alim yang dapat dipercayai, yakni orang yang engkau ingin mengambil ilmu agama daripadanya adalah takut kepada Tuhannya dan tanda takut itu boleh dilihat pada perbuatannya. Jika engkat tidak mendapatinya sedemikian, maka tinggalkan dan jangan mengikutinya. Tetapi janganlah berburuk sangka kerana engkau tidak melihat rasa takut pada dirinya, yang merupakan syarat ilmu berdasarkan firman Allah, “Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya hanyalah ulama.” (Fathir: 28)

Inilah di antara penerangan-penerangan kenapa menuntut ilmu berlu berguru supaya setiap manusia tidak tergelincir dalam menyampaikan ilmu pengetahuan lebih-lebih lagi ilmu agama.

Maka seharusnya penuntut ilmu mencari guru yang benar-benar dapat menunjukkan mereka jalan mengenal Allah seperti sahabat-sahabat Nabi salallahu-alayhi-wasallam yang mengenal Allah melalui Nabi Muhammad. Semoga Allah menerangi kita semua dengan ilmu-Nya Yang Maha Luas.

Dipetik dari majalah Q&A keluaran isu perdana. Tulisan oleh Ust. Ahmad Lutfi Abd. Wahab Al-Linggi.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on March 23, 2013 in Islam

 

Tags: ,

Salam Maulidur Rasul..

Assalammmualaikum

Baru-baru ni setiap kali hampir dengan Maulid Nabi, ada saje yang rakan-rakan FB yang posting di wall mereka.. Ada yang stuju, dan ada juga yang tak stuju dengan sambutan maulid nabi.. yang tak stuju mengatakan itu ada bida’ah dan cuba meniru orang kafir..

Bagi aku, aku lebih kepada golongan yang bersetuju.. Tetapi tidak kepada sambutan yang keterlaluan sehingga mirip seperti sambutan tahun baru.. Bagi yang mengingati nabi pada setiap detik dalam hidupnya, Alhamdulillah saya ucapkan.. maksud mengingati nabi bukan sekadar ingat di kepala, tetapi menurut apa yang diperintah nabi dan meninggalkan apa yang persuruh Allah Subhanahu Wa Ta’ala larang…

Bagaimana pula golongan sedara seagama kita yang gagal, jarang atau mungkin tidak berupaya mengingati nabi dalam setiap detik, saat, minit, jam, hari, bulan dan tahun?.. adakah kita sanggup biarkan mereka terleka dengan dunia tanpa memikirkan akhirat?.. bagaimana pula hadis nabi yang berbunyi “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri” (riwayat Anas Bin Malik)..

Bagi Maulidur Rasul ni memberi peluang kita mengajak yang lain mengingati nabi, mengingati kisah sirah hidup baginda dan mengingati suruhan baginda.. Semoga kita peroleh syafaat dari Baginda Salallahu Alayhi Wasallam di akhirat nnt..

Sesungguhnya Nabi Muhammad Salallahu Alayhi Wasallam itu pembawa Rahmat Allah ke sekelian alam..

Sesungguhnya Nabi Muhammad Salallahu Alayhi Wasallam itu pembawa Rahmat Allah ke sekelian alam..

 
Leave a comment

Posted by on January 26, 2013 in Islam

 

Sahabat…

Assalammualaikum…

 
Leave a comment

Posted by on January 6, 2012 in Islam

 

Sempurnakah Solatku?..

Assalammualaikum..

Ilmu mengenai solat ni aku dapat sejak aku kecik lagi. Dan ilmu itulah yang dibawa dan dipraktik setiap hari sehingga dewasa tua ni. Tapi sepanjang perubahan angka usia ni, aku jarang mengupgrade mengenai ilmu mengenai solat ni sedangkan inilah yang pertama kali akan ditanya oleh Allah SWT. Bila terpandang buku-buku mengenai solat di kedai buku, dalam kepala berkata, “Aku dah belajar dulu”. Tak da teringin pun nk belek helaian-helaiannya. Begitu jahilnya ketika itu. Ya Allah! Ampunilah hambaMu ini.

Teknologi semakin berkembang. Tak dapat dinafikan internet telah memudahkan segala pencarian ilmu. Rupa-rupanya banyak perkara yang kita perlu tahu mengenai solat ni. Solat bukan sekadar pegerakkan badan dan bacaan lafaz di mulut sahaja. Ianya lebih dari itu.

Di sini aku nak share satu buku yang berkaitan dengan solat. Tajuknya, Formula Solat Sempurna oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman a.k.a. UZAR a.k.a. zaharuddin.net. Isi kandungannya memang mudah difahami. Bertambah mudah lagi, dalam program Tanyalah Ustaz di TV9 dalam tajuk Sempurnakah Solatku (3 episod) ustaz sendiri dengan menggunakan bukunya menerangkan sendiri bagaimana untuk menjadikan solat bukan sekadar sempurna, tetapi menjadi LEBIH SEMPURNA. Di bawah ni adalah gambar muka buku tersebut bersama link youtube Sempurnakah Solatku. Semoga apa yang dikongsi ini dapat menjadikan solat kita akan diterima oleh Allah SWT. Amin.

Formula Solat Sempurna terbitan Telaga Biru

 
1 Comment

Posted by on December 17, 2011 in Islam

 

Ulasan TG Dato’ Nik Aziz..

Assalammualaikum,

Aku suka benar baca dan dengar apa-apa yang kluar dari mulut Nik Aziz.. Sedikit sebanyak boleh membuka minda yang dah lama kusut.. Setiap kata-katanya mempunyai maksud tersirat dan tersurat. Yang tersirat pulak mengambil contoh-contoh yang berkisar dengan keadaan sekeliling kita. Maka tak da la susah sangat nak faham apa yang dikatakan oleh Tuan Guru.

Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Begitu juga dengan anaknya Nik Abduh Nik Aziz. Setakat ni aku hanya membaca tulisannya sahaja. Belum pernah lagi aku mendengar ceramahnya. Apapun mereka berdua punya persamaan dalam penulisan. I Like!

Di bawah ini adalah temuramah di antara wartawan Harakah dengan TG Nik Aziz berkenaan Politik dan Islam. Pernah dulu statement “Politik itu kotor, agama itu suci. Maka kedua-duanya tak boleh bercampur dan mesti berasing” berlegar dalam suasana politik Malaysia. Dalam temuramah ni kita dengan senang boleh faham kenapa politik dan Islam itu berkait dan tidak boleh dipisahkan. Penjelasan yang simple tapi padat. Selamat membaca.

MURSYIDUL AM PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sering menjadi bahan kecaman Umno, sehinggakan pada Perhimpunan Agung Umno, minggu lepas, nama Tok Guru sering disebut-sebut dalam perbahasan. Mengapakah Tok Guru tidak disenangi Umno? Semua persoalan ini dijawab Menteri Besar Kelantan itu kepada wakil Harakah MOHD RASHIDI HASSAN dan IZWAN ABDUL HALIM di Rumah Kelantan, 10 Disember 2011.

HARAKAH: Boleh Tuan Guru huraikan beza doktrin PAS dengan Umno?

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT: PAS diajar melalui Islam supaya manusia sedar bahawa segala-galanya menumpang nikmat Allah SWT. Bumi kita pijak Allah yang buat, udara kita sedut Allah buat, air kita minum Allah buat, bahkan seluruh anggota tubuh badan kita Allah buat. Maka bila kita menumpang nikmat Allah Taala kita wajib bersyukur.

Syukur ertinya buat yang Dia suruh, tinggal yang Dia larang. Perkara ini tiada dalam Umno. Umno tidak mengajar perkara ini, yang diajarnya menumpang jalan raya Kerajaan Pusat buat, itu dulu. Menumpang kemudahan-kemudahan telekom, Umno yang buat.

Umno mengira dia telah beragama bila dia buat masjid, bila ada guru agama di sekolah-sekolah, itu sahajalah (agama pada Umno). Sekarang kita berada di Malaysia. Bolehkah kita ambil setengah-setengah sahaja undang-undang Malaysia sebagaimana Umno ambil setengah-setengah hukum Allah.

Misalnya motokar, kita tidak mencuri, kita beli kerana undang-undangnya begitu. Tetapi ‘road tax’ (cukai jalan) tak bayar, lampu belakang tidak menyala, sedangkan itu salah juga undang-undang kerajaan. Jika kita duduk bawah kerajaan kita kena patuh semua undang-undang kerajaan, mana boleh kita dengan Allah SWT kita ambil setengah-setengah. Bila kita duduk bawah kerajaan, tak kiralah Kerajaan Malaysia, Kerajaan Amerika dan mana-manapun, rakyat kena terima semua segala undang-undang, begitulah kita dengan Allah Taala, kena terima semua.

HARAKAH: Mungkin ada yang keliru status rakyat dengan status hamba Allah?

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT: Kita dididik oleh Islam hendaklah menjadi bertaraf hamba dengan Allah SWT, bukan menjadi taraf rakyat. Kita bukan rakyat Allah, kita jadi hamba 24 jam. Rakyat kalaulah kita tidak pernah buat salah dengan kerajaan, bila kita mati kita tidak diberi apa-apa oleh kerajaan kerana kita tidak buat salah dengan dia.

Polis datang rumah kita bila kita buat salah, kalau kita benar tak pernah datang pun. Tapi kita dengan Allah, kita benar dapat pahala, kita salah dapat dosa. Tiada masa kita ini kosong dengan Allah Taala. Inilah cara kita berfikir kita sebagai hamba Allah dengan berfikir cara rakyat bagi Allah.

Umno hanya sebut kita rakyat. Rakyat lain, hamba lain, hamba 24 jam. Hamba ini berasaskan “liya’budun” (untuk beribadah pada-Nya). Kalau kita ini rakyat Allah, maka kita boleh guling Allah macam kita rakyat Malaysia boleh guling kerajaan. Kita dengan Allah SWT nak guling macam mana, nak tukar macam mana?

HARAKAH: Maknanya selama ini Umno keliru dan celaru?

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT: Orang Cina tak melawan sangat PAS, yang melawan PAS ini orang Melayu Umno. Adakah dengan kehendak Umno, dia (orang Melayu) melawan PAS ini atau sebagai mata tombak (lembing) sahaja, (sedang) hulunya Umno pegang atau MCA pegang? Jika Umno sendiri nak lawan, tiada sebab langsung.

Sebab PAS bawa Islam, maka sepatutnya Umno sokong dan Umno tidak perlu wujud di atas muka dunia. Kerana PAS perjuangkan Islam, Umno tak perlu lawan PAS. Atau Umno telah jadi mata tombak, hulunya orang lain pegang. Ini bahaya, maknanya jadi alat orang lain. Kerana itulah timbul masalah celaru yang jadi melawan PAS ini. Bukan Islam di Malaysia ini jadi celaru, hendak turut PAS atau turut Umno.

PAS bertengkar dengan Umno, Umno bertengkar dengan PAS, bukan Islam terpinga-pinga pihak mana yang betul. Kita sebagai umat Islam bukan sahaja kita wajib berpegang kepada Islam, tetapi wajib juga dakwah Islam. Ke mana sahaja kita pergi kita diwajibkan dakwah Islam. Di Malaysia ini sebab hampir sama bilangan Melayu dengan bukan Melayu ini, maka bukan Islam terpinga-pinga hendak menurut siapa. Bukan sahaja bukan Islam, Melayu juga terpinga-pinga juga hendak turut PAS atau Umno. Turut Umno dapat duit, turut PAS tak dapat duit. Semua ini Umno kena fikir kesudahannya.

HARAKAH: Isu agama dipolitikkan sering jadi mainan Umno, pendapat Tuan Guru?

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT: Politik ini sebahagian agama. Memperjuangkan Islam ini bukan kerja main-main. Bila kita Islam, maka menyebarkan Islam menjadi kewajipan, bukan sahaja solat wajib, bukan sahaja puasa wajib, bahkan sebarkan Islam, dakwahkan Islam menjadi wajib. Jadi hendak sebarkan macam kalau Melayu sendiri tak faham. Ulasan Umno ialah agama lain, politik lain.

Baik, kita hendak tanya Umno; bila politik tidak agama, pentadbiran negara tidak ikut agama, siapa dia yang jadi Ketua Kerajaan semasa Nabi kita di Madinah? Kalau agama lain, politik lain, maka yang jaga politik masa Nabi di Madinah itu siapa? Kalau Nabi juga yang jaga sebagai ketua kementerian kewangan, portfolio sosial, ertinya Nabi Muhammad juga dengan agama, terlibat dengan Allah SWT.

Kerana kerja-kerja Nabi Muhammad semua agama. Solat itu agama, berperang itu agama, kirim surat kepada raja-raja itu agama. Baginda letak cop mohor atas surat-surat itu, ini kerja apa? Ini kerja politik, jadi bagaimana Umno boleh kata agama lain, politik lain? Raja-raja mana hendak terima kalau Nabi Muhammad hanya (seorang) imam sahaja. Raja-raja sekitar, Raja Parsi, Raja Mesir, Raja Rom Byzantin, Raja Hebyah, mereka tahu Nabi Muhammad bukan Tok Imam sahaja, dia Ketua Negara. Bila Nabi Muhammad itu Ketua Negara, maka kenapa Umno kata agama lain politik lain?

HARAKAH: Maknanya, Umno tiada hujah, hanya putarbelit mereka sahaja?

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT: Apa hikmah Allah lanjut dakwah Nabi Muhammad sehingga 23 tahun? Nak mengajar sembahyang puasa sahaja dua minggu pun cukup. Dua minggu itu pun dak kira lama mengajar orang sembahyang. Tapi Nabi Muhammad diminta urus urusan hidup manusia, ‘the way of life’. Urusan ini mesti diurus oleh Nabi Muhammad sendiri, bagaimana berumah tangga, berjiran. Mengurus kewangan, adakah sebarang harta boleh ambil semua, tidak! Ada had, ada halal, ada haram. Semua ini 23 tahun, bila cukup 23 tahun turun ayat (Quran) bahawa agama telah sempurna.

Jadi 23 tahun memakan masa baru sempurna. Perkara apa, sembahyang? Sembahyang ini diwajibkan masa di Makkah. Dalam keadaan ditekan kafir Makkah, sembahyang diwajibkan. Jadi bukan sembahyang sahaja jadi agama, tapi urusan hidup lain yang tidak boleh dibuat di Makkah kena mari ke Madinah membentuk sebuah negara sendiri.

Kita baru sambut Maal Hijrah, sambutan ini ertinya ingati balik pengorbanan nabi menjalankan urusan agama termasuklah kewangan, mengurus sosial, budaya, pemikiran hingga 23 tahun. Jadi Umno tiada hujah, bila tiada hujah inilah mereka guna ISA.

Macam Raja Namrud dengan Nabi Ibrahim, bila Nabi Ibrahim kemuka cabaran minta Namrud buktikan kebenaran jika dia Tuhan, bawa naik matahari dari barat ke timur kerana Allah menaikkan matahari dari timur ke barat. Bila Namrud tak boleh jawab, dia bakar (Nabi Ibrahim). Sepatutnya dia berterima kasih kerana Ibrahim mengajar dia, tapi dia bakar.

Zaman sekarang tak bakar, tapi ISA. Banyak tok-tok guru pondok kena ISA tak pasal-pasal kerana Umno tak boleh jawab. Sepatutnya hujah lawan hujah, bila orang lawan kita (hujah) kita sebutlah balik. Macam negeri demokrasi, orang hujah kita hujah. Ini orang hujah, tak boleh jawab ditangkapnya mereka, buang kerja, pindah tempat kerja. Ini semua tanda Umno itu sesat. Dalam sembahyang kita berdoa agar kita tidak sesat, tapi jalan Umno hala ke sesat. Tak boleh jawab sepatutnya terima kasihlah. Ini tangkap orang, ISA orang, mengarut Umno.

HARAKAH: Pandangan Tuan Guru mengenai perjuangan Melayu Umno?

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT: Umno sibuk jaga Melayu sedangkan Melayu ni bangsa, tak payah jaga. Kerana bangsa ni tak boleh hilang. Kalau orang Melayu duduk di Kutub Utara seorang diri, Melayu juga dia. Pergi ke mana pun, kalau duduk di London sejak dahulu sampai tak boleh cakap Melayu, bila tanya bangsa (dijawab) Melayu juga dia.

Jadi Melayu tak payah jaga kerana bangsa ini tak hilang. Yang kena jaga ini perkara boleh hilang dan ada. Macam duit, kena jaga kerana boleh jadi hilang, boleh jadi tak hilang. Islam ini macam tu, Islam ni kena jaga, boleh jadi orang murtad kerana orang tak jaga dia.

Jadi benda kena jaga ni bukan bangsa tapi agama kerana boleh hilang dan boleh ada. Macam duit kita dapat masuk dalam beg, kita zip, masuk dalam poket seluar kita zip lagi kerana ia boleh hilang, boleh kena curi, boleh poket kita tembus. Umno dia jaga Melayu, tak jaga pun dia Melayu, sampai dalam kubur mati pun dia Melayu. Ini kesilapan Umno.

Kalau Umno ikut kata dia ikut kata Hang Tuah “Takkan Melayu hilang di dunia” habis begitu buat apa dia jaga juga? Ini Umno jaga benda yang tak hilang, PAS jaga benda yang boleh hilang; Islam, iman, ihsan. Sebab tu Jibril turun dari langit tanya Nabi tentang Islam, iman, ihsan. Dia tak tanya Arab, tak tanya bangsa.

 
Leave a comment

Posted by on December 15, 2011 in Islam

 

Kadangkala Kesilapan Orang Boleh Jadi Pengajaran Bagi Kita…

Assalammualaikum,

Pagi tadi ada seorang pemanggil menelefon Ikim.fm untuk mencelah mengenai tajuk perbincangan “Dakwah bukan sekadar hobi”. Pemanggil tersebut sebenarnya ingin membuat teguran bahawa ayat-ayat Al-Quran tidak boleh sewenang-wenangnya DILAGUKAN dan dia memberi contoh seperti yang berlaku di radio ikim.fm sebelum dia membuat panggilan. DJ bertanya yang mana satukan yang dimaksudkan oleh beliau?.. Lantas dia memberi contoh

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

 “BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SMA’IE, WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM”.

Namun begitu, DJ tersebut cuba memperbetulkan apa yang diberitahu oleh pemanggil tadi. Tetapi pemanggil tersebut masih dengan berpegang kepada tegurannya. Setelah mengakhiri perbualand dengan pemanggil, DJ memperbetulkan salahfaham dari pemanggil tadi. Kata DJ contoh yang diberikan oleh pemanggil sebenarnya bukanlah ayat Al-Quran tetapi sebuah hadis sohih dari Nabi Muhammad SAW yang dijadikan zikir harian yang bermaksud; “Dengan nama Allah yang tida dimudharatkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tudak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membaca ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” (Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidzi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna merah Syeikh Syuaib ; Hasan).

Begitulah cerita yang berlaku pagi tadi. Mungkin pemanggil tersebut telah salahfaham mengenainya. Tetapi aku berterima kasih kepadanya sebab aku dapat satu peringatan dan satu pengajaran. Syukur Alhamdulillah kerana dipertemukan aku dengan kejadian pagi tadi. Peringatan yang dimaksudkan jangan sesekali memperlagukan ayat-ayat Al-Quran tanpa mengetahu ilmunya. Pengajaran yang aku dapat pula ialah ianya adalah zikir dari hadis Nabi yang sohih. Memandangkan aku memang hafal zikir tersebut, maka selepas mengetahuinya maka memang eloklah aku mengamalkannya. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin..

 
Leave a comment

Posted by on December 7, 2011 in Islam