RSS

Category Archives: famili

Image

Orang Baru dalam Keluarga Nordin

Assalammualaikum,

Lama tak update. Kali ni cuma update perkara-perkara yang ringkas yang boleh dikongsi. Ingin diucapkan selamat datang kepada Nuris Musliana Sulaiman. Tunang kepada adik bongsu, Norhilmi. Mereka selamat bertunang pada 23 Disember 2012 yang lepas..

Mak menyarungkan cincin ke jari bakal menantunya..

Mak menyarungkan cincin ke jari bakal menantunya..

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on January 22, 2013 in famili

 

BooBella ke Kelang

Assalammualailkum,

Hari ni BooBella terpaksa ke Klang.. Sebabnya Ainur Fahima nk datang rumah.. Ainur Fahima nak berjumpa sangat dengan abangnya Ali Mukhriz.. Sejak lahir ke dunia, baru sekali abangnye berjumpa dengan Ainur.. Sebabnya abangnye sudah lama di dalam wad, iaitu sejak Ainur dilahirkan..

Ali Mukhriz, anak kedua telah didiagnos mempunyai masalah dengan penghasilan insulin oleh pankreasnya.. Umurnya yang baru sahaja mencecah 4tahun hari ni.. Semoga Ali tabah dalam menjalani kehidupan ini.. Didoakan semoga abah dan uminye tabah dalam mengharungi dugaan Tuhan

20121110-130749.jpg

 
Leave a comment

Posted by on November 10, 2012 in famili

 

Duduk di bangku…

Assalammualaikum,

 
Leave a comment

Posted by on January 2, 2012 in famili, Hobi

 

Tanah Tinggi Cameron..

Assalammualaikum,

Last week sempat bawa keluarga pergi berjalan-jalan di Cameron Highlands.. Plan asal aku nk pergi berdua dengan bini je.. Tapi bila dapat tau mak duk sorang di Ampang sebab kak Ina n famili balik perak, Izam n wife balik Kuantan, dan si Emi plak pergi Penang.. So aku pun ajak la mak sekali..

Sebenarnya plan ni skadar plan saje dgn wife.. Kemungkinan jadi, kemungkinan tak jadi.. Kena pulak pergi hari tu, balik pun hari tu.. Tu yang rasa jadi atau tak jadi tu.. Lagipun sebelum tu kami puas berfamili day di Melaka.. Tapi bila dah ajak mak, maka kena make it real la jawapannya.. Mak pulak suruh ajak Syikin memandangkan dia dalam mood cuti sekolah..

Tu día bertujuh, termasuk la aku yg dok amik gmbar..

 

Dipendekkan cerita, plan asal pergi berdua dgn wife dh berubah jadi bertiga dengan mak, kemudian berempat dengan Syikin, kemudian berubah lagi bertujuh dengan Kak Ina dan 2 orang anaknya.. Kak Ina tak jadi balik Perak sbb husband dia ada kerja yang perlu diselesaikan..

Umar dgn gayanya

Seronok jugak pergi beramai-ramai macam ni.. Tak la mengantuk sangat bila drive kereta sbb ada je benda yang nak di borak.. Cuma yang tak best nya bila beberapa plan di atas sana terpaksa dibatalkan disebabkan ramai yang bercuti di atas tu.. Tak dapat nk beli sayur2 segar, tak dapat melawat ladang Teh Boh n tak dapat shoot landscape atas sana. .. InsyaAllah lain kali

 
2 Comments

Posted by on January 2, 2012 in famili

 

Boo oh Boo…

Assalammualaikum,

Perkenalkan penghuni rumah terbaru di rumah kami.. Nama Boo, berketurunan parsi. Umur 4 bulan nak masuk 5 bulan.. Jantinanya jantan, suka bermain n manja sangat.. Dah nak masuk 3 minggu dia bersama kami..

Tak leceh sgt nk jaga Boo ni.. Makan tak byk, cuma makanan nya tu la yg mahal brand Royal Canin.. nk bg Frieskies tk brani sbb petshop sendiri bgtau frieskies tk sesuai untuk kucing, katanya buat perut kucing byk cacing.. fakta? aku tk sure.. Buang ayaq besar n kecik, boo akan cari pasirnya.. mungkin dh diajar tuannya sebelum ni.. Boo mmg tak suka dikurung dalam cage.. kalau dikurung, boo akan buat sepah dlm cage.. So, setiap kali kami kluar kerja, kami lepaskan Boo macam tu je dlm rumah.. Alhamdulillah, tk pulak dia sepahkan rumah bila kami balik.. Makhluk Tuhan yang cerdik ni.. 

Skarang Boo makin aktif.. berlari ke sana ke sini.. main n gonggong bola kertas.. suka teman aku tgk tv sorang2.. bila aku nak masuk tido, dia akan ikut skali.. cuma aku n wife tido atas katil, Boo plak akan tido bawah katil.. 

 
Leave a comment

Posted by on May 20, 2011 in famili

 

Tido Aku Diganggu Makhluk Kecil..

Assalammualaikum,

Satu hari aku penat memandu 0830HR dari Putrajaya ke Klang hantar mama, sayang dan lauk pauk ke rumah Pn Konan n En Komi, kemudian 1000HR bergerak ke Tampoi Johor plak atas urusan kerja. Sampai sana lebih kurang dalam 1300 HR. Habis urusan pukul 1800HR petang di Tampoi, drive plak balik ke Ampang. Tak dapat nak bermalam di Tampoi sbb Sis Ina ada di rumah mak. Dia ajak mai umah mak nk diskus pasal prog di Kuantan 23 April ni.. Aku sampai Ampang lebih kurang 2200HR.. Penat sangat, tangan rasa kebas, diri aku plak rasa macam terhoyong hayang..

Malam tu aku tido rumah mak.. Sayang aku plak tido kt rumah adiknya.. Siang tadinya dia ditugas menjadi penanggah untuk sementara waktu dirumah adiknya.. Selalunya kalau aku n wife balik umah mak, kami akan tido di bilik belakang.. Tapi memandangkan aku balik sorang, so aku tido diruang tamu.. Bilik belakang tu dah diambil oleh Izam tempat selalu dia baradu bila aku n wife tak de kt umah..

Dah lama aku tk berjumpa dengan adik bradik Umar n Ali ni.. makin lama, makin nakal.. Aku tengah letih ni mmg tak larat nk layan diorang punya perangai.. Lepas mandi, lebih kurang 2330 aku pun meneruskan rancangan untuk landing atas toto yang diampar kt ruang tamu..

Diringkaskan cerita, aku dalam keadaan mamai, mata plak tak larat nk bukak.. aku cuma terdengar tangisan si ali bila kene marah dengan abahnya.. Aku terus cuba melayan badan aku yang letih.. Tiba-tiba muka aku disuluh cahaya.. Mata aku masih lagi pejam.. kemudian ada suara berkata-kata, “Buka mulut”. Entah macam mana aku boleh ikut. Aku buka sikit mulut. “Lagi besar”.. Aku ikutkan lagi suara tu.. Aku trasa macam ada benda dimasukkan ke dalam mulut.. Otomatik mata aku terbuka!. Aduh, rupa2nya umar cuba masukkan torchlight dalam mulut..

Tak larat aku nak marah, “Along, pakngah nk tido la..”.. kata umar,”along nk cek mulut pakngah je”.. Ali yg duduk disebelah kepala aku duk prati apa abgnya buat kt aku.. Aku tarik dua2 budak ni ajak tido sebelah aku, tp mereka tk mo dan masih nk bermain.. Aku buat tak tau. Mereka suluh lagi torchlight kt muka aku, “along nk tgk hidung pakngah. Eee bnyaknya bulu!”.. Ali pun sahut,” bulu bulu”.. aduh.. Bila asik diganggu, aku pun terus tak jadi tido..

Makin galak la si dua bradik ni bermain.. Boleh plak depa main bubble time abahnya tido.. nasib baik la abahnya tk rasa time bubble meletup atas muka.. kalau tak, sure kene marah lagi..

Selama ni aku tido dalam bilik, langsung tak trasa diganggu makhluk kecik ni.. tapi bila tdo di luar, baru la trasa betapa hebatnya makhluk kecik ni menggangu org2 dewasa nk tido.. paksu, pakcik n nenek la yg selalu terganggu.. umi n abahnya dah lali kot, tgk rilek je berdengkur.. neneknya malam tu tetiba masuk tido awal dalam bilik.. tinggal la pakngah n paksu untuk dorang kaco..

 

 
Leave a comment

Posted by on April 5, 2011 in famili

 

Sepet..

Assalammualaikum,

Haha.. Ini bukan cerita pasal movie SEPET.. Baru-baru ni aku baru je selesai tgk cerita korea kt youtube.. Tajuknya Speed Scandal.. Dah 2 kali aku repeat cerita ni.. Ceritanya memang best, tak bosan and very funny.. Untuk hiburan ok la, tapi kalau untuk moral of the story, mmg tak la..

Aku tertarik dengan pelakon Wang Seok-hyun.. Apa yang boleh aku describe pasal budak ni, dia kecik, dia cute n comel (bak kata Udey Ismail) dan slumber.. Semalam aku ada bgtau pada Sis Ina minta dia google Speed Scandal.. Aku tk bgtau kenapa cuma aku minta dia google dulu.. lepas dia kata yg dia sudah google, aku pun tanya la satu soklan.. “Sis, tgk budak tu ada rupa along tak? Rasa macam nk suruh along simpang rambut panjang mengerbang sbb nmpak cute macam Wang Seok-hyun”.. hehe.. Sis kata a’ah, mcm sama.. Mungkin sama dari segi kesepetannya kot..

Ini bukan along, ini Wang Seok-hyun

Ini bukan wang seok. Ini adalah Along.

 

 
Leave a comment

Posted by on March 29, 2011 in famili