RSS

Category Archives: Around the corner

Pemikiran Golongan MURTAD

Assalammualaikum,

Baru-baru ni aku terjumpa FB golongan-golongan yang memilih untuk murtad disebabkan seronok dengan nikmat dunia yang sementara.. Mereka lebih suka untuk hidup bebas (tak beragama) disebabkan mereka merasa Islam banyak menghalang mereka dari menikmati nikmat dunia secara total.. Kebanyakkan mereka terdidik di dalam dunia yang berorientasikan kemodenan..

Apa yang aku dapati di wall FB mereka, mereka ini terlalu ASYIK+SELALU+KERAP mentafsir agama mengikut pemikiran MODEN+LOGIK+SAINS mereka.. Mereka fikir mereka adalah golongan cerdik pandai.. Tp hakikatnya mereka adalah golongan yang bodoh sombong yang tepersona dengan dunia…

Manusia adalah golongan yang lemah dan perlu panduan untuk melalui jalan yang benar dan lurus.. Islam itu lah agama yang membimbing manusia ke jalan yang benar.. Aku tk boleh bayangkan hidup tanpa panduan..

Aku nak kongsi di sini sebuah cerita mengenai golongan yang tidak percaya pada agama.. Cerita ini telah di postkan di page Pendedahan Eksklusif-Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara dan aku sekadar CnP di sini..

Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya “gelap” itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya “ruh atau nyawa” dan apakah “minda” atau “fikiran” itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.

* Cerita ini saya dapat dari rakan dan ianya didalam bahasa English, saya terjemahkan sebaik mungkin untuk bacaan dan renungan rakan2. Dari email tersebut ia menyatakan ini adalah cerita benar dan pelajar tersebut adalah Muhammad Ali Jinnah, bapa Pakistan.

“Siapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia”- Hadis riwayat al-Bukhari.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on August 17, 2011 in Around the corner

 

Takziah buat keluarga Serikandi..

Assalammualaikum..

Sungguh lama tak mengisi blog ini..

Takjuk di atas tu aku merujuk mengenai pemergian seorang tokoh muslimat PAS, iaitu Al-marhumah Dr. Lo’lo Binti Hj. Ghazali.. Semoga Allah rahmati rohnya dan tempatkan beliau dikalangan orang-orang yang beriman. Secara peribadi, aku hanya mengenali beliau secara jauh je iaitu sebelum beliau menjadi MP untuk parlimen Titiwangsa. Beliau banyak mempromosi PAS kepada masyarakat dan menjadi antara aktivis PAS yang paling ke depan dalam memberi khidmat kepada maysarakat. Keaktifan beliau membuat aku kagum. Sebut je nama Dr. Lo’lo, rata ramai yg menetap di Lembah Kelang mengenalinya terutamanya di Kampung Baru. Cuma sejak kebelakangan ini namanya jarang aku dengar. Baru-baru ni je aku dapat tau yg rupa2nya beliau terlantar di hospital dan dalam keadaan kritikat.

Namun, ketika beliau nazak, masih terdapat manusia yang tidak berhati yang sanggup mengfitnah beliau dengan menggantung banner sekitar KL yang memohon maaf dan meminta penduduk Kampung Baru mengikut kehendak kerajaan. Ada yg bersikap seperti orang gila yang dengan memaki hamun beliau di laman twitter dan facebook. “La, tak mampos lagi ke dr. Lo’lo”, “tak de kilang lynas pun dr. lo’lo dah kene kanser”, “dr.lo’lo’ kena kanser tahap nyanyuk, tak lama lagi matilah tu”. Nauzubillah. Semoga Allah beri banyak pahala kepada Dr Lo’lo atas cemuhan mereka-mereka ini. Apapun kata2 mereka ini, bagi aku Dr Lo’lo adalah serikandi yang tak gentar untuk berada di hadapan di medan perjuangan.

Bagi sesiapa yang mahu mengenali perwatakkan beliau, boleh la baca tulisan Dr. MAZA mengenai Dr. Lo’lo. di bawah. Aku sendiri bila membacanya rasa tersentuh.

Dr Lo’ Lo’ Sekadar Yang Saya Kenali
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (www.drmaza.com)

Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini. Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang. Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.

Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya. Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut ‘insyaAllah’.

Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM. Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo’ Lo’ Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.

Saya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi s.a.w nasihati kita:

“Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: ‘aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.

Peringatan Jawatan Mufti

Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo’ Lo’. Cuma ada beberapa coretan sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo’ Lo’ sejak sebelum saya menjadi Mufti Perlis lagi. Beliau menghadiri beberapa majlis ucapan saya. Kali terakhir seingat saya di UIA, semasa saya berforum.

Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo’ Lo’ menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan tersebut. Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu.

Antara yang beliau sebut

“..saya juga seorang manusia yang dhaif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya. Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah, bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan yang tidak selaras dengan Islam. Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita 30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat”.

Itulah antara kandungan email beliau. Lahir dari jiwa yang ikhlas terhadap saya dan naluri yang prihatin terhadap agama. Saya merenung kata-katanya ketika itu. Kali ini apabila saya membaca sekali lagi, saya dapat rasakan indahnya kejujuran yang terkandung dalam nasihat itu. Ya, sering kali sesuatu lebih bernilai kita rasakan, apabila empunya telah pergi. Semoga menimbang kata-kata nasihatnya itu sebagai himpunan amalan soleh beliau.

Apabila saya menjadi Mufti Perlis, saya agak terputus dengan beliau. Hanya sekali-sekala beliau bertanya beberapa perkara. Mungkin beliau rasa ketika itu saya rapat dengan pemimpin UMNO.

Selepas Mufti

Apabila berhenti dari jawatan Mufti, pada hari yang berikutnya saya terus ke UK. Di UK, saya sempat bertemu dan berhubung baik dengan anak beliau Saudara Fawwaz yang ketika itu tinggal Manchester. Layanan baik Fawwaz kepada saya dan keluarga ketika melawat dan berceramah di Manchester tidak dapat saya lupakan. Ini menjadikan kembali saya mengingat sikap baik ibunya kepada saya.

Apabila pulang ke Malaysia, kemudian berlaku peristiwa saya ditahan JAIS dan ke mahkamah, ramai pemimpin politik dan NGOs yang hadir. Dr Lo’ Lo’ yang ketika itu uzur juga turut hadir ke mahkamah di Gombak. Sempat saya bercakap dengan beliau. Saya ingat lagi, beliau kata kepada saya:

“Ini ada hikmahnya, ujian dan cabaran, Allah mahu ustaz memimpin rakyat, turut ke medan, bersama-sama mengubah keadaan yang ada”.

Saya diam. Saya akur. Saya tahu beliau jujur. Hati nuraninya yang sayangkan kebaikan dan bencikan kezaliman itu tidak dapat disembunyikan sekalipun di sebalik tubuh yang uzur. Selepas hari itu, agak kerap juga kami bertanya khabar.

Masuk UMNO

Kadang-kala beliau bertanya saya pandangan dalam pelbagai isu agama. Beliau fahami pendirian saya. Beliau saya rasa suka dengan cara apa yang saya faham mengenai beberapa perkara dalam Islam ini. Apabila timbul berita saya akan masuk UMNO, Dr Lo’ Lo’ menghubungi saya dengan tegas. Kata beliau:

“Janganlah ustaz tambahkan sakit saya dengan berita-berita yang macam ini. Saya pernah teramat kecewa apabila Anwar Ibrahim masuk UMNO. Saya harap ustaz tidak mengulangi kesilapan itu. Saya akan amat kecewa jika ustaz membuat tindakan yang sama”.

Saya meminta beliau memberikan masa agar spekulasi itu berakhir lagi dua tiga hari. Beliau terus mengingatkan saya agar jangan tersilap langkah. Keesokannya, barangkali beliau mendengar desus-desas itu makin kuat, maka beliau sms kepada saya dengan tegas, katanya:

“mati hidup semula saya tidak akan mempercayai ustaz lagi jika ustaz masuk UMNO. Apakah ustaz takut kepada cabaran di dunia ini? Atau mengharapkan kedudukan di dunia sehingga sanggup hendak masuk UMNO? Jika ustaz tidak mahu masuk PAS pun, janganlah masuk UMNO”.

Saya simpati dan rasa bersalah memandang beliau uzur. Saya terus bercakap dengannya dengan memberikan jaminan bahawa apa yang beliau khuatiri itu insyaAllah tidak berlaku. Saya beritahu bahawa pimpinan PAS lain, khusus Ketua Dewan Ulama PAS juga telah bercakap dengan saya dan memberikan nasihat. Namun, apabila 40 orang ulama muda masuk UMNO, Dr Lo’ Lo’ sekali lagi berhubung dengan saya dan berkata:

“Tergamak ustaz membiarkan sahabat-sahabat ustaz masuk UMNO, sedangkan saya ini bersusah payah hendak memastikan mereka yang berpegang dengan manhaj al-Quran dan as-Sunnah masuk ke dalam PAS. Jika Tuan Guru Nik Aziz tidak ada nanti, macam manalah perjalanan PAS ini. Ini, ustaz pula biarkan kawan-kawan masuk UMNO”.

Saya diam. Ada perkara yang saya tahu yang mungkin beliau tidak tahu. Begitulah sebaliknya. Apa pun, saya amat berterima kasih, sikap beliau yang sentiasa prihatin kepada perkembangan Islam dan masa depan dakwah. Beliau seorang serikandi, seorang mujahidah, seorang yang jujur dengan keyakinannya.

Kritik PR

Saya tahu, ya kadang-kala apabila saya mengkritik tokoh utama PR, Dr Lo’ Lo’ kurang selesa. Dia akan sms melahirkan ketidakpuasan hatinya. Kadang-kala bahasanya ‘tegas’. Saya sering tersenyum apabila membaca smsnya. Ya, bukan semua perkara kita dapat sama dan seiya sekata. Namun, yang pasti ia adalah kata-kata yang datang dari seorang yang prihatin.

Namun, beliau lama-lama biasa dengan sikap saya yang memberikan pandangan kepada kedua belah pihak. Sebelum muktamar PAS beliau memohon agar saya mewar-warkan semula artikel lama saya ‘Ulama atau professional Jadi Pemimpin’ . Beliau kata, beliau ingin meminta supaya Harakah menyiarkannya semula. Saya tahu aliran pemikiran yang ingin ramaikan professional dalam kepimpinan PAS.

Ziarah Hospital

Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz. Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz. Dr Lo’ Lo’ meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu. MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam kedaan yang uzur terbaring di katil. Wajahnya sudah kelihatan bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya. Beliau menangis ketika itu. Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau:

“ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”.

Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi. Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni, kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan kasih-sayang Allah. Kata-kata yang tidak lahir di saat- demikian melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali kepada Allah.

Kemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan hasil dalam PAS. Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu akan lahir selepas pemergian beliau.

Ustaz Sampul

Selepas habis berbicara dengan saya, beliau mengizinkan sahabat-sahabat yang bersama saya masuk. Dalam keuzuran yang amat sangat itu, beliau masih sempat memberikan nasihat. Antara yang beliau kata;

“Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”.

Ya, itulah kata-kata beliau. Ia amat benar. Itu penyakit yang menimpa ramai yang memakai gelaran ustaz atau‘pendakwah’. Pahit yang terpaksa diakui, bukan sedikit yang fikirannya berlegar kepada wang dalam sampul yang akan menjadi habuan selepas kuliah atau ceramah. Bukan salah. Namun, apabila itu dijadikan buruan, maka ramai yang mengelak diri dari arus dan tribulasi perjuangan. Kata-kata Dr Lo’ Lo’ itu terbit dari hati nurani seorang daiyah (pendakwah). Bukan singkat masa beliau menelusuri pengalaman dan perjuangan.

Ya, beliau banyak di medan politik. Sebahagian ijtihad siyasi dan pandangan politiknya mungkin berbeza dengan saya. Namun, saya tetap hormati jasa dan sumbangannya. Zahir pada kehidupan sebagai seorang muslimah dan mujahidah. Berjuang membela keyakinannya mengenai Islam dan keadilan. Sebagai seorang sahabat dan insan yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya.

 
Leave a comment

Posted by on July 20, 2011 in Around the corner

 

Ceramah Politik

Assalammualaikum,

28 Mac lepas aku berkesempatan menghadiri ceramah politik di Stadium Melawati, Shah Alam.. Sambil mendengar ceramah, sempat jugak la aku shoot beberapa gambar (tujuan nk asah bakat sebenarnya).. Dah lama sebenarnya aku tak turun dengar ceramah.. Last aku dengar masa di padang Ampang Indah (kawasan perumahan rumah mak)..

Aku bertandang ke stadium selepas waktu kerja, solat magrib di ofis, kemudian terus ke Shah Alam.. My isteri tk tau pun aku ke sana.. Aku cuma pesan yg aku balik lewat hari tu.. Ceramah mengenai isu terkini.. Ramai yang hadir.. Saksikanlah..

 
Leave a comment

Posted by on April 1, 2011 in Around the corner

 

Selawat ke atasmu ya Rasulullah S.A.W..

Assalammualaikum,

Salam selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad, Rasulullah S.A.W.

Manusia yang agung di muka  bumi,

Tiada lagi yg lebih baik di atas dunia ini selain Baginda S.A.W.

Agak kelainan Maulud nabi tahun ni. Sana sini diisi dengan program yang berfaedah.. Alhamdulillah, ada perubahan dari sebelumnya.. Mudah-mudahan tahun akan datang banyak lagi program seumpamanya dapat diadakan..

Petikan dari nasyid Selawat Ke AtasMu oleh Now See Heart

Ada satu bintang
Sinarnya berseri
Cahaya atas cahaya
Empat yang utama

Satu menyampaikan
Dua amanah
Tiga bijaksana
Empat membanarkan

Jangan kita ragu
cubalag sedaya mampu
Ikuti sunnahnya
Hidup kan bererti

 

 
Leave a comment

Posted by on February 15, 2011 in Around the corner

 

Kerana arak, mulut celupar.. Kerana mulut, badan binasa..

Assalammualaikum,

Menerejah beberapa blog-blog feveret aku di alam internet telah menemukan aku dengan youtube ni.. Cerita mengenai wartawan alam sekitar yang kaya dengan perbahasa dan isyarat tangan setiap kali membentangkan laporan dlm berita.. Kalau setakat berita tanpa video, aku boleh lagi anggap itu sekadar khabar angin.. Tapi bila disertai dengan videonya sendiri telah membuatkan aku or mungkin org lain hilang hormat kt dia..

Kejadian yang berlaku di klang ketika karam singh dalam keadaan mabuk.. Entah macam mana akal nye tak dapat dikawal lalu terkluarlah kata-kata yang menghina bangsa melayu.. Sedar akan kesilapannya, dia meminta maaf pada org Melayu yang ada di restoran tu dan sanggup dipukul dan bersujud kt kaki mereka..

Aduhai karam bukan budaya kami nk memukul kamu dan bukan budaya kami mengizinkan kamu bersujud di kaki.. benarlah kata Rasulullah s.a.w yg arak itu ibu segala kejahatan.. Bila dah mabuk, akal hilang kawalan.. Sebab itu dia bercakap tanpa berfikir.. Kata org, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa…

 
Leave a comment

Posted by on January 3, 2011 in Around the corner

 

2011..

Assalammualaikum,

Masuk je 2011, aku kene selesma.. Teruk pulak tu.. Dah masuk 2 Januari pun masih belum ada tanda-tanda selsema aku akan berenti.. Ya Allah, kurniakan lah aku kesihatan dalam mengharungi kehidupan ini.. Amin ya Rabbal Alamin..

TInggalkan cerita selsema tu.. InsyaAllah esok kurang la sikit selesema tu.. 2011 ni byk (bg aku la, org lain aku tk tau) majlis kawen n bertunang..Kalau stakat hadir walimatulurus je tak da masalah, tp kali ni kene turun padang skali… Paling awal bulan 2 ni, tahun baru cina.. Adik ipar den kawen.. Tp nasib baik tk amik masa yg lama sbb ari sabtu belah perempuan, esoknye belah laki… Maka berakhirlah ahli kelab bujang Nuriezma..

Masuk april majlis bertunang adik aku si izam.. So, kene la hantar rombongan ke kuantan.. Tp blum ada kata putus lagi sbb perbicangan ari tu kemungkinan  majlis pertunangan n perkahwinan akan dibuat serentak.. Wallahualam.. Wei izam, cepat bgtau keputusan anda..Jadual hampir penuh ni..

Bulan jun plak ada dua majlis.. Satu majlis kawen Rizal di Kedah.. Maka balik kampung la jawabnya.. Tapi seminggu sebelum tu majlis kawen adik kepada abg ipar den.. InsyaAllah kalau tk da hal, aku n wife akan hadri sama.. Mak sure turun punya.. Awal-awal lagi dia dh bgtau yg dia akan turun majlis kawen adik brader Hapiz.. Ye la, org dh bersara, memang nk berjalan la jawabnya..

N bulan 8 plak adalah bulan yang ditunggu-tunggu.. kali ni bukan pasal perkahwinan atau pun pertunangn, tp pasal hasil perkahwinan.. hehe.. InsyaAllah..

Masih rasa nk menaip, tp idung ni dh mula gatal.. Rasa nak bersin je.. Esok pagi-pagi nk kene bawa wife ke hospital.. So, den stop kt sini dulu la..

 
Leave a comment

Posted by on January 2, 2011 in Around the corner

 

Tahniah team Raja Gopal!!!

Assalammualaikum,

Tetiba aku bersemangat malam ni.. Baru balik dr dataran depan mahkamah Putrajaya, kemudian mandi, kemudian solat isyak, kemudian capai kamera, kemudian upload gambar dan video ke dalam laptop.. Seronok sbb dpt join fans Malaysia yg lain di sana.. Kene pulak Malaysia jadi juara piala AFF Suzuki 2010.. Kesian Indon, 4 kali masuk final tp sampai la ni kepunan juara..

Aku pergi sorang je ke dataran tu.. Wife tak dapat ikut sbb adiknya menunggu kedatangan adiknya ke rumah.. Tp bila aku smpai umah, adiknya masih blum smpai lagi.. Kalau la aku tau adiknya datang lepas game habis, sure aku bawa my wife skali.. Ish Anan ni..

Rasa malas nk karang panjang-panjang. Elok aku buat list perkara-perkara yang seronok and lucu masa kt sana.

1. Big Screen tu terletak dekat dgn Masjid Besi. So, bila azan isyak berkumandang, semua jadi senyap. Alhamdulillah. Tp mulut je senyap, tangan tetap menjulang ke atas bila Fahmi berjaya menyelamatkan gawang malaysia. Terasa time  tu maca dlm mood “mute”.. bagus, hormati azan.

2.  Ada penonton sebelah aku buat menjerit, “Esok Malaysia cuti! Satu goal, satu hari!. 4 goal jadi 4 hari!.. haha..

3. Tgk kat big screen pun ada ganguan laser. Memang tk dapat dielakkan.

4. Fans meng”booo” stiap kali camera fokus pada cewek-cewek indon. Konon nk gangu tumpuan penyokong Malaysia la tu.

5. Skang aku ngantuk. Nah, bawah ni video yg sempat aku amik. By the way, Jumaat ni cuti umum…

 
5 Comments

Posted by on December 30, 2010 in Around the corner