RSS

Sempurnakah Solatku?..

17 Dec

Assalammualaikum..

Ilmu mengenai solat ni aku dapat sejak aku kecik lagi. Dan ilmu itulah yang dibawa dan dipraktik setiap hari sehingga dewasa tua ni. Tapi sepanjang perubahan angka usia ni, aku jarang mengupgrade mengenai ilmu mengenai solat ni sedangkan inilah yang pertama kali akan ditanya oleh Allah SWT. Bila terpandang buku-buku mengenai solat di kedai buku, dalam kepala berkata, “Aku dah belajar dulu”. Tak da teringin pun nk belek helaian-helaiannya. Begitu jahilnya ketika itu. Ya Allah! Ampunilah hambaMu ini.

Teknologi semakin berkembang. Tak dapat dinafikan internet telah memudahkan segala pencarian ilmu. Rupa-rupanya banyak perkara yang kita perlu tahu mengenai solat ni. Solat bukan sekadar pegerakkan badan dan bacaan lafaz di mulut sahaja. Ianya lebih dari itu.

Di sini aku nak share satu buku yang berkaitan dengan solat. Tajuknya, Formula Solat Sempurna oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman a.k.a. UZAR a.k.a. zaharuddin.net. Isi kandungannya memang mudah difahami. Bertambah mudah lagi, dalam program Tanyalah Ustaz di TV9 dalam tajuk Sempurnakah Solatku (3 episod) ustaz sendiri dengan menggunakan bukunya menerangkan sendiri bagaimana untuk menjadikan solat bukan sekadar sempurna, tetapi menjadi LEBIH SEMPURNA. Di bawah ni adalah gambar muka buku tersebut bersama link youtube Sempurnakah Solatku. Semoga apa yang dikongsi ini dapat menjadikan solat kita akan diterima oleh Allah SWT. Amin.

Formula Solat Sempurna terbitan Telaga Biru

Advertisements
 
1 Comment

Posted by on December 17, 2011 in Islam

 

One response to “Sempurnakah Solatku?..

  1. Adi Hazmi

    June 4, 2012 at 9:39 am

    Assalamualaikum abg,abg sy ni budak form 3 dari Besut,Terengganu.Abg boleh x bantu sy? Sy memang dah lama teringin sangat nak buku Formula Solat Sempurna tu.Maklumlah sy sendiri sangat jahil tentang ibadat terutamanya solat.Jadi sy berniat ingin memperbetulkan solat sy dengan membaca buku Formula Solat Sempurna.Sy sangat harap agar abg dapat membantu sy.Lagipun sy tengok buku tu sangat sesuai untuk sy yg sangat jahil tentang solat kerana ia memberi gambar2 yg mudah untuk membuat rujukan.Sy minta abg sedekahkan buku tu kepada sy.Sebab niat sy hanya nak baiki balik solat sy yg mungkin banyak kesalahannya.Insyaallah, ilmu yg bakal sy dapat dari buku tu, abg turut sama mendapat pahala.Insyaallah dapat membantu abg di akhirat nanti.Saya cadangkan abg beli buku Formula Solat Sempurna dekat laman web ni http://www.kedai-buku.com/kedai-buku/details/130/25/solat/islam/tb-formula-solat-sempurna.html .Abg beli dekat website tu and then abg post dekat alamat sy terus.Saya sangat2 berharap agar abg boleh bantu sy.Abg hantar email kepada sy, nanti sy bagi alamat melaui email itu.email sy ialah adihazmi@live.com .Insyaallah abg turut sama mendapat pahala dan buat pencen kubur nantiā€¦Assalamualaikum. :8

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: