RSS

Ahlan Wa Sahlan Ya! Ramadhan!

01 Aug

Assalammualaikum,

Salam Ramadhan.. Hari pertama berpuasa dibulan yang mulia ni.. Allahamdulillah, aku dapat mulakan Ramadhan kali ni dengan langkah yang baik.. Semoga ianya makin bertambah baik bila ianya menghampiri akhir Ramadhan..

Sebelum masuk Ramadhan aku dah berniat dalam hati.. Ramadhan kali ini aku berharap dapat jadikannya yang lain dari Ramadhan aku sebelum ni selari dengan konsep yang diwar-warkan oleh alim ulama, imam-imam dan ustaz-ustazah “Jadikan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terakhir kita”. InsyaAllah. Ya, Allah.. Kau permudahkanlah segalanya yang baik untuk ku..

Hari ni Syeikh Jebril, Imam & qari terkenal dari bumi Mesir akan mengimamkan solat Terawih di Masjid besi.. Aku tak berapa kenal Syeikh ni.. Tapi bila imam besar masjid besi mengatakan Syeikh Jebril ini adalah imam yang terkenal diseluruh dunia, terdetik dalam hati aku untuk “google” Syeikh Jerbil ni selepas selesai solat terawih..

Rupa-rupanya Syeikh Jebril iniah yang pernah menjadi imam solat terawih di Mesir pada tahun lepas yang mana makmumnya menjangkau 500 ribu makmum!.. Makmumnya melimpah hingga ke luar masjid… alunan ayat2 alquran olehnya mampu menarik ramai org untuk berjemaah dengannya.. Subhanallah..

Memandangkan hari ni aku dan wife ada program berbuka puasa di rumah mak. Maka tak dapat la aku berterawih di Masjid Besi sambil menghayati bacaan ayat2 al-quran secara langsung dari Syeikh Jebril.. Mudah2an aku dpt menjadi makmum berliau di lain masa..

 

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on August 1, 2011 in Hal Ehwal Peribadi

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: