RSS

Monthly Archives: July 2011

Tanah Tumpahnya Darahku!

Assalammualaikum,

Khamis, 28 Julai 2011 aku berpeluang menyaksikan “lakonan” terbaik player2 singapore yg menyebabkan Malaysia tewas dengan agregat 6-4.. Bengang smpai skarang ni bila duk kenang permainan semalam.. Penyokong Malaysia mmg dah cukup tip top malam tadi sehingga ruang stadium penuh sesak.. Ada yang tak terduduk di krusi, duduk di tangga.. Ok lagi tu, ada yang hanya berdiri dari awal game smpai habis game.. Semua datang nk support team Tanah Tumpahnya Darahku..

Tq to Zahir Mat Ali kerana sudi belikan aku tiket.. Aku bertolak ke stadium petang tu selepas setel solat Asar kt rumah mak.. Smpai bkt Jalil lebih kurang dalam pukul 5.30PM naik LRT dari Stesen Ampang.. Kalau 80k tiket habih, mmg tak heran la dalam train tu penuh dengan penyokong Malaysia yg nk ke Bkt Jalil.. Aku jumpa Zahir yg masa tu kt depan Gate Hijau untuk collect tiket..

Pukul 6pm kami masuk stadium.. Kalau lambat masuk, maka kene berdiri la jawabnya.. Niat dihati nk melepak bersama-sama budak Ultras, malang skali area mereka tu dh penuh.. So, kitorang amik port jauh skit je dari Ultras.. Kalau jauh sgt kang tk dengar ape yg diorang sorakkan.. Lepak la kami dikerusi yang kecik dh tk brapa empuk tu sambil layan aktiviti Ultras..

Masuk waktu magrib, aku pergi solat dulu sementara member aku tu jaga port.. Memang ramai umat Muhammad nk kerjakan solat Magrib smpai melimpah keluar ke tempat jalan kaki.. Alhamdulillah Allah makbulkan doaku moga dipermudahkan segalanya untuk aku bersolat magrib di stadium.. Walaupun ramai nak ambil wuduk di tandas kecik, Allahamdulillah semuanya berdisplin dan saling tolong menolong antara satu sama lain.. Kami pegang paip untuk memudahkan org depan kami mengambil wuduk, kemudian org dibelakang kami memegang pula paip untuk kami mengambil wuduk.. Begitulah seterusnya.. Inilah kali pertama aku bersolat ditepi stadium yg didepannya orang lalu lalang mencari tempat duduk.. Selesai solat, turn aku plak jaga port sementara member aku pi bersolat..

Makin dekat dengan sepak mula, makin ramai org yang memenuhi ruang stadium.. Depan aku pasangan suami isteri yg hanya datang berdua tanpa kawan2 yg lain..Si suami dengan gaya menontonnya, yg perempuan dengan caranya.. Senyap je mereka berdua.. Sebelah aku plak makcik yang datang dengan anak n suaminya.. Aku prasan makcik ni akan bergelek sikit2 stiap kali Ultras nyanyi lagu.. Bila aku menjerit, dia pun menjerit sama.. Dalam hati aku, aik makcik ni melatah ke?. hehe.. Blakang aku pulak parents yang datang bersama dua orang anak kecik mereka.. Anak kecik mereka seronok sgt tgk bola.. Bila aku berdiri bersorak, dia tarik baju aku suruh duduk sbb dia tak nampak.. hehe..

Walaupun Malaysia tewas, aku tetap berpuas hati dengan pencapaian sesetengah player Malaysia.. Aku cukup tak puas hati dengan player Singapore, mereka berlakon injured untuk melengah-lengahkan masa.. aku rasa separuh masa kedua mereka hanya bermain 20 minit saje.. Selebihnya mereka membuang masa..

Time untuk balik, kami terpaksa bersesak-sesak sbb gate kecik sebesar satu meter je yang dibuka untuk manusia kluar dari stadium.. dah kluar stadium pun kami terpaksa bersesak-sesak.. depan lrt, tunggu train , dalam train semuanya bersesak-sesak.. Malam tu boleh dinamakan malam bersesak-sesak.. Smpai Lrt Ampang dalam pukul 12pm.. Dari sana aku drive balik ke putrajaya.. Mata mengantuk sgt..

 
Leave a comment

Posted by on July 29, 2011 in Hal Ehwal Peribadi

 

Baby Aminuddin..

Assalammualaikum,

Masa di Kota Bahru baru-baru ni, aku n wife sempat berjumpa dengan cucu kawan Mama, Kak Soh (betul ke ejaan ni?). Baru berumur 5 bulan (tak silap aku la). Namanya Aminuddin. Memang comel budaknya. Sempat jugalah aku captured beberapa gambarnya.

 
Leave a comment

Posted by on July 22, 2011 in Uncategorized

 

Harimau Malaya VS Chelsea

Assalammualaikum.

Bulan Julai ibarat ujian buat pemain-pemain Malaysia sebelum berhadapan dengan Singapore pada 23hb Julai nanti. Pada hari ni, Malaysia akan turun buat kali ke-tiga menentang kelab2 EPL. Kali ni Malaysia akan bertemu dengan Chelsea. Dua perlawanan sebelumnya Malaysia tewas kepada Arsenal & Liverpool. Apapun aku tetap berbangga dengan team Malaysia.

Hari tu masa di Kelantan sempat jugak la aku beli jersi Malaysia & Kelantan di Pengkalan Kubor. Harganya cuma RM 35 sehelai. Kualiti memang tiptop walaupun cap ayam. Sebelum ni aku penah gak cari kt KL, tp malangnye size nya tak da. Almaklum la aku ni besar orang nya. Kata penjual kt KL tu saiz XL memang tak muat untuk aku. Tp yg aku beli kt Kelantan ni saiz XL gak, n muat untuk badan aku yg besar ni. Untung jugak la aku beli kt sana. Lagipun kualitinya kurang kalau dibandingkan dengan yang aku beli kt Pengkalan Kubor. Harganya pulak lebih murah 2 kali ganda dengan yang dijual di KL.

 
Leave a comment

Posted by on July 21, 2011 in Uncategorized

 

Takziah buat keluarga Serikandi..

Assalammualaikum..

Sungguh lama tak mengisi blog ini..

Takjuk di atas tu aku merujuk mengenai pemergian seorang tokoh muslimat PAS, iaitu Al-marhumah Dr. Lo’lo Binti Hj. Ghazali.. Semoga Allah rahmati rohnya dan tempatkan beliau dikalangan orang-orang yang beriman. Secara peribadi, aku hanya mengenali beliau secara jauh je iaitu sebelum beliau menjadi MP untuk parlimen Titiwangsa. Beliau banyak mempromosi PAS kepada masyarakat dan menjadi antara aktivis PAS yang paling ke depan dalam memberi khidmat kepada maysarakat. Keaktifan beliau membuat aku kagum. Sebut je nama Dr. Lo’lo, rata ramai yg menetap di Lembah Kelang mengenalinya terutamanya di Kampung Baru. Cuma sejak kebelakangan ini namanya jarang aku dengar. Baru-baru ni je aku dapat tau yg rupa2nya beliau terlantar di hospital dan dalam keadaan kritikat.

Namun, ketika beliau nazak, masih terdapat manusia yang tidak berhati yang sanggup mengfitnah beliau dengan menggantung banner sekitar KL yang memohon maaf dan meminta penduduk Kampung Baru mengikut kehendak kerajaan. Ada yg bersikap seperti orang gila yang dengan memaki hamun beliau di laman twitter dan facebook. “La, tak mampos lagi ke dr. Lo’lo”, “tak de kilang lynas pun dr. lo’lo dah kene kanser”, “dr.lo’lo’ kena kanser tahap nyanyuk, tak lama lagi matilah tu”. Nauzubillah. Semoga Allah beri banyak pahala kepada Dr Lo’lo atas cemuhan mereka-mereka ini. Apapun kata2 mereka ini, bagi aku Dr Lo’lo adalah serikandi yang tak gentar untuk berada di hadapan di medan perjuangan.

Bagi sesiapa yang mahu mengenali perwatakkan beliau, boleh la baca tulisan Dr. MAZA mengenai Dr. Lo’lo. di bawah. Aku sendiri bila membacanya rasa tersentuh.

Dr Lo’ Lo’ Sekadar Yang Saya Kenali
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (www.drmaza.com)

Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini. Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang. Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.

Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya. Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut ‘insyaAllah’.

Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM. Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo’ Lo’ Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.

Saya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi s.a.w nasihati kita:

“Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: ‘aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.

Peringatan Jawatan Mufti

Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo’ Lo’. Cuma ada beberapa coretan sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo’ Lo’ sejak sebelum saya menjadi Mufti Perlis lagi. Beliau menghadiri beberapa majlis ucapan saya. Kali terakhir seingat saya di UIA, semasa saya berforum.

Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo’ Lo’ menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan tersebut. Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu.

Antara yang beliau sebut

“..saya juga seorang manusia yang dhaif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya. Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah, bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan yang tidak selaras dengan Islam. Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita 30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat”.

Itulah antara kandungan email beliau. Lahir dari jiwa yang ikhlas terhadap saya dan naluri yang prihatin terhadap agama. Saya merenung kata-katanya ketika itu. Kali ini apabila saya membaca sekali lagi, saya dapat rasakan indahnya kejujuran yang terkandung dalam nasihat itu. Ya, sering kali sesuatu lebih bernilai kita rasakan, apabila empunya telah pergi. Semoga menimbang kata-kata nasihatnya itu sebagai himpunan amalan soleh beliau.

Apabila saya menjadi Mufti Perlis, saya agak terputus dengan beliau. Hanya sekali-sekala beliau bertanya beberapa perkara. Mungkin beliau rasa ketika itu saya rapat dengan pemimpin UMNO.

Selepas Mufti

Apabila berhenti dari jawatan Mufti, pada hari yang berikutnya saya terus ke UK. Di UK, saya sempat bertemu dan berhubung baik dengan anak beliau Saudara Fawwaz yang ketika itu tinggal Manchester. Layanan baik Fawwaz kepada saya dan keluarga ketika melawat dan berceramah di Manchester tidak dapat saya lupakan. Ini menjadikan kembali saya mengingat sikap baik ibunya kepada saya.

Apabila pulang ke Malaysia, kemudian berlaku peristiwa saya ditahan JAIS dan ke mahkamah, ramai pemimpin politik dan NGOs yang hadir. Dr Lo’ Lo’ yang ketika itu uzur juga turut hadir ke mahkamah di Gombak. Sempat saya bercakap dengan beliau. Saya ingat lagi, beliau kata kepada saya:

“Ini ada hikmahnya, ujian dan cabaran, Allah mahu ustaz memimpin rakyat, turut ke medan, bersama-sama mengubah keadaan yang ada”.

Saya diam. Saya akur. Saya tahu beliau jujur. Hati nuraninya yang sayangkan kebaikan dan bencikan kezaliman itu tidak dapat disembunyikan sekalipun di sebalik tubuh yang uzur. Selepas hari itu, agak kerap juga kami bertanya khabar.

Masuk UMNO

Kadang-kala beliau bertanya saya pandangan dalam pelbagai isu agama. Beliau fahami pendirian saya. Beliau saya rasa suka dengan cara apa yang saya faham mengenai beberapa perkara dalam Islam ini. Apabila timbul berita saya akan masuk UMNO, Dr Lo’ Lo’ menghubungi saya dengan tegas. Kata beliau:

“Janganlah ustaz tambahkan sakit saya dengan berita-berita yang macam ini. Saya pernah teramat kecewa apabila Anwar Ibrahim masuk UMNO. Saya harap ustaz tidak mengulangi kesilapan itu. Saya akan amat kecewa jika ustaz membuat tindakan yang sama”.

Saya meminta beliau memberikan masa agar spekulasi itu berakhir lagi dua tiga hari. Beliau terus mengingatkan saya agar jangan tersilap langkah. Keesokannya, barangkali beliau mendengar desus-desas itu makin kuat, maka beliau sms kepada saya dengan tegas, katanya:

“mati hidup semula saya tidak akan mempercayai ustaz lagi jika ustaz masuk UMNO. Apakah ustaz takut kepada cabaran di dunia ini? Atau mengharapkan kedudukan di dunia sehingga sanggup hendak masuk UMNO? Jika ustaz tidak mahu masuk PAS pun, janganlah masuk UMNO”.

Saya simpati dan rasa bersalah memandang beliau uzur. Saya terus bercakap dengannya dengan memberikan jaminan bahawa apa yang beliau khuatiri itu insyaAllah tidak berlaku. Saya beritahu bahawa pimpinan PAS lain, khusus Ketua Dewan Ulama PAS juga telah bercakap dengan saya dan memberikan nasihat. Namun, apabila 40 orang ulama muda masuk UMNO, Dr Lo’ Lo’ sekali lagi berhubung dengan saya dan berkata:

“Tergamak ustaz membiarkan sahabat-sahabat ustaz masuk UMNO, sedangkan saya ini bersusah payah hendak memastikan mereka yang berpegang dengan manhaj al-Quran dan as-Sunnah masuk ke dalam PAS. Jika Tuan Guru Nik Aziz tidak ada nanti, macam manalah perjalanan PAS ini. Ini, ustaz pula biarkan kawan-kawan masuk UMNO”.

Saya diam. Ada perkara yang saya tahu yang mungkin beliau tidak tahu. Begitulah sebaliknya. Apa pun, saya amat berterima kasih, sikap beliau yang sentiasa prihatin kepada perkembangan Islam dan masa depan dakwah. Beliau seorang serikandi, seorang mujahidah, seorang yang jujur dengan keyakinannya.

Kritik PR

Saya tahu, ya kadang-kala apabila saya mengkritik tokoh utama PR, Dr Lo’ Lo’ kurang selesa. Dia akan sms melahirkan ketidakpuasan hatinya. Kadang-kala bahasanya ‘tegas’. Saya sering tersenyum apabila membaca smsnya. Ya, bukan semua perkara kita dapat sama dan seiya sekata. Namun, yang pasti ia adalah kata-kata yang datang dari seorang yang prihatin.

Namun, beliau lama-lama biasa dengan sikap saya yang memberikan pandangan kepada kedua belah pihak. Sebelum muktamar PAS beliau memohon agar saya mewar-warkan semula artikel lama saya ‘Ulama atau professional Jadi Pemimpin’ . Beliau kata, beliau ingin meminta supaya Harakah menyiarkannya semula. Saya tahu aliran pemikiran yang ingin ramaikan professional dalam kepimpinan PAS.

Ziarah Hospital

Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz. Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz. Dr Lo’ Lo’ meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu. MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam kedaan yang uzur terbaring di katil. Wajahnya sudah kelihatan bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya. Beliau menangis ketika itu. Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau:

“ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”.

Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi. Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni, kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan kasih-sayang Allah. Kata-kata yang tidak lahir di saat- demikian melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali kepada Allah.

Kemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan hasil dalam PAS. Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu akan lahir selepas pemergian beliau.

Ustaz Sampul

Selepas habis berbicara dengan saya, beliau mengizinkan sahabat-sahabat yang bersama saya masuk. Dalam keuzuran yang amat sangat itu, beliau masih sempat memberikan nasihat. Antara yang beliau kata;

“Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”.

Ya, itulah kata-kata beliau. Ia amat benar. Itu penyakit yang menimpa ramai yang memakai gelaran ustaz atau‘pendakwah’. Pahit yang terpaksa diakui, bukan sedikit yang fikirannya berlegar kepada wang dalam sampul yang akan menjadi habuan selepas kuliah atau ceramah. Bukan salah. Namun, apabila itu dijadikan buruan, maka ramai yang mengelak diri dari arus dan tribulasi perjuangan. Kata-kata Dr Lo’ Lo’ itu terbit dari hati nurani seorang daiyah (pendakwah). Bukan singkat masa beliau menelusuri pengalaman dan perjuangan.

Ya, beliau banyak di medan politik. Sebahagian ijtihad siyasi dan pandangan politiknya mungkin berbeza dengan saya. Namun, saya tetap hormati jasa dan sumbangannya. Zahir pada kehidupan sebagai seorang muslimah dan mujahidah. Berjuang membela keyakinannya mengenai Islam dan keadilan. Sebagai seorang sahabat dan insan yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya.

 
Leave a comment

Posted by on July 20, 2011 in Around the corner