RSS

Monthly Archives: April 2011

Aku hampir-hampir tertipu..

Assalammualaikum,

Petang tadi masa di ofis aku terima call dari someone yang aku tak kenal.. No yang tertera amat asing bagi aku.. Selalunya aku payah sikit nak jawab call dari orang yang tak da dalam list phone book, tapi tadi entah macam mana aku boleh plak menjawab panggilan dari nombor ni 014 728 3096..

Rupanya the caller cuba menyamar sbg pegawai dari eon kreditcard center. Modus operandinya membuatkan aku hampir2 nak kena tipu.. Disebabkan aku percaya yang dia dari eon kreditkad center, aku terus bagitau apa yang dia nk tau pasal kadkredit eon yang aku tgh guna skarang.. Habis je aku bgtau no kad dan 3 angka terakhir pada kad kt dia, terus dia baca polisi eonbank terbaru.. Kononnya eon bank akan kluarkan kad yang baru untuk pengguna kadkredit eon.. polisi tersebut merangkumi insuran perlindungan diri.. bla bla bla.. sebijik macam org yg jual insuran ..

Ayat-ayat dia yang buat aku hilang sabar bila dia kata yg aku akan dicas RM298 sekali seumur hidup.. Terus temperature aku naik.. Aku kata aku tak nak!.. Dia menjawab balik katanya aku nak atau tak nak bank akan cas juga RM298.. Aku kata mana boleh macam tu sbb aku tak stuju.. Dia berkeras nak cas aku RM298, sblum dia offphone dia kata yang aku dah pun dicas dlm kad kredit RM298.. DEMM..

Aku terus call creditcard center eonbank.. the caller mungkin pikir aku bodoh.. Aku tanya operator eon bank samada ada transaction RM 298 dalam akaun kadkredit aku.. Nasib baik operator kata takda lagi.. Kata operator tu lagi slalunya creditcard center akan call customer guna fixed line.. Mereka takkan call guna mobilephone.. Alhamdulillah.. aku mintak dia blok terus kad tu dan minta diganti baru.. Selesai masalah.. Cilaka punya orang..

 
3 Comments

Posted by on April 21, 2011 in Uncategorized

 

“Jangan bersedih, Allah bersama kita…”

Assalammualaikum,

Cerita pagi ni, entah kenapa hati aku rasa suram.. Subuh tadi aku solat dengan pikiran asyik melayang-layang.. Ya Allah, Kau ampunilah hamba Mu ini.. Badan rasa kurang segar walaupun selepas mandi.. Entah apa yang tak kena pagi ni.. Aku selesaikan perkara-perkara deco yang tertangguh malam hari tadi.. Selesai kerja, aku pun ke ofis..

Smpai ofis, aku on laptop kemudian layan blog2 dan berita terkini.. Hati masih lagi suram.. Ada seorang sahabat FB posting satu video “Mencari Sakinah”.. aku pun tekan play rupanya ceramah dari Dr Asri yang telah disunting oleh seseorang dengan dimasukkan background melody..

Aku terkesima.. Berair juga mata aku ni bila tonton video ni.. Betapa Allah Maha berkuasa mengetahui isi hati hamba-hambaNya.. Video ini sedikit sebanyak mengetemukan aku dengan jawapan kepada kesuraman hati ini..

 
Leave a comment

Posted by on April 11, 2011 in Uncategorized

 

Dinner Bersama Staff…

Assalammualaikum,

Dinner sempena kerajinan, dedikasi dan komitmen staf-staf (caw. Bangi) dalam mejalankan operasi syarikat. Kesungguhan mereka ini telah membuatkan syarikat mengambil keputusan untuk menjamu mereka (makan malam) di Restoran Perantau Hill sebagai tanda penghargaan syarikat kepada penat lelah mereka. Den mewakili syarikat mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua. Semoga kita dapat mengulangi dinner begini di lain masa.

Terima kasih kepada Restoran Perantau Hill yang menyajikan kami dengan menu2 yg lazat pada 30 Mac lepas..

 
Leave a comment

Posted by on April 7, 2011 in Uncategorized

 

Tido Aku Diganggu Makhluk Kecil..

Assalammualaikum,

Satu hari aku penat memandu 0830HR dari Putrajaya ke Klang hantar mama, sayang dan lauk pauk ke rumah Pn Konan n En Komi, kemudian 1000HR bergerak ke Tampoi Johor plak atas urusan kerja. Sampai sana lebih kurang dalam 1300 HR. Habis urusan pukul 1800HR petang di Tampoi, drive plak balik ke Ampang. Tak dapat nak bermalam di Tampoi sbb Sis Ina ada di rumah mak. Dia ajak mai umah mak nk diskus pasal prog di Kuantan 23 April ni.. Aku sampai Ampang lebih kurang 2200HR.. Penat sangat, tangan rasa kebas, diri aku plak rasa macam terhoyong hayang..

Malam tu aku tido rumah mak.. Sayang aku plak tido kt rumah adiknya.. Siang tadinya dia ditugas menjadi penanggah untuk sementara waktu dirumah adiknya.. Selalunya kalau aku n wife balik umah mak, kami akan tido di bilik belakang.. Tapi memandangkan aku balik sorang, so aku tido diruang tamu.. Bilik belakang tu dah diambil oleh Izam tempat selalu dia baradu bila aku n wife tak de kt umah..

Dah lama aku tk berjumpa dengan adik bradik Umar n Ali ni.. makin lama, makin nakal.. Aku tengah letih ni mmg tak larat nk layan diorang punya perangai.. Lepas mandi, lebih kurang 2330 aku pun meneruskan rancangan untuk landing atas toto yang diampar kt ruang tamu..

Diringkaskan cerita, aku dalam keadaan mamai, mata plak tak larat nk bukak.. aku cuma terdengar tangisan si ali bila kene marah dengan abahnya.. Aku terus cuba melayan badan aku yang letih.. Tiba-tiba muka aku disuluh cahaya.. Mata aku masih lagi pejam.. kemudian ada suara berkata-kata, “Buka mulut”. Entah macam mana aku boleh ikut. Aku buka sikit mulut. “Lagi besar”.. Aku ikutkan lagi suara tu.. Aku trasa macam ada benda dimasukkan ke dalam mulut.. Otomatik mata aku terbuka!. Aduh, rupa2nya umar cuba masukkan torchlight dalam mulut..

Tak larat aku nak marah, “Along, pakngah nk tido la..”.. kata umar,”along nk cek mulut pakngah je”.. Ali yg duduk disebelah kepala aku duk prati apa abgnya buat kt aku.. Aku tarik dua2 budak ni ajak tido sebelah aku, tp mereka tk mo dan masih nk bermain.. Aku buat tak tau. Mereka suluh lagi torchlight kt muka aku, “along nk tgk hidung pakngah. Eee bnyaknya bulu!”.. Ali pun sahut,” bulu bulu”.. aduh.. Bila asik diganggu, aku pun terus tak jadi tido..

Makin galak la si dua bradik ni bermain.. Boleh plak depa main bubble time abahnya tido.. nasib baik la abahnya tk rasa time bubble meletup atas muka.. kalau tak, sure kene marah lagi..

Selama ni aku tido dalam bilik, langsung tak trasa diganggu makhluk kecik ni.. tapi bila tdo di luar, baru la trasa betapa hebatnya makhluk kecik ni menggangu org2 dewasa nk tido.. paksu, pakcik n nenek la yg selalu terganggu.. umi n abahnya dah lali kot, tgk rilek je berdengkur.. neneknya malam tu tetiba masuk tido awal dalam bilik.. tinggal la pakngah n paksu untuk dorang kaco..

 

 
Leave a comment

Posted by on April 5, 2011 in famili

 

Ceramah Politik

Assalammualaikum,

28 Mac lepas aku berkesempatan menghadiri ceramah politik di Stadium Melawati, Shah Alam.. Sambil mendengar ceramah, sempat jugak la aku shoot beberapa gambar (tujuan nk asah bakat sebenarnya).. Dah lama sebenarnya aku tak turun dengar ceramah.. Last aku dengar masa di padang Ampang Indah (kawasan perumahan rumah mak)..

Aku bertandang ke stadium selepas waktu kerja, solat magrib di ofis, kemudian terus ke Shah Alam.. My isteri tk tau pun aku ke sana.. Aku cuma pesan yg aku balik lewat hari tu.. Ceramah mengenai isu terkini.. Ramai yang hadir.. Saksikanlah..

 
Leave a comment

Posted by on April 1, 2011 in Around the corner