RSS

Monthly Archives: March 2011

Sepet..

Assalammualaikum,

Haha.. Ini bukan cerita pasal movie SEPET.. Baru-baru ni aku baru je selesai tgk cerita korea kt youtube.. Tajuknya Speed Scandal.. Dah 2 kali aku repeat cerita ni.. Ceritanya memang best, tak bosan and very funny.. Untuk hiburan ok la, tapi kalau untuk moral of the story, mmg tak la..

Aku tertarik dengan pelakon Wang Seok-hyun.. Apa yang boleh aku describe pasal budak ni, dia kecik, dia cute n comel (bak kata Udey Ismail) dan slumber.. Semalam aku ada bgtau pada Sis Ina minta dia google Speed Scandal.. Aku tk bgtau kenapa cuma aku minta dia google dulu.. lepas dia kata yg dia sudah google, aku pun tanya la satu soklan.. “Sis, tgk budak tu ada rupa along tak? Rasa macam nk suruh along simpang rambut panjang mengerbang sbb nmpak cute macam Wang Seok-hyun”.. hehe.. Sis kata a’ah, mcm sama.. Mungkin sama dari segi kesepetannya kot..

Ini bukan along, ini Wang Seok-hyun

Ini bukan wang seok. Ini adalah Along.

 

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on March 29, 2011 in famili

 

Tsunami vs Radioaktif

Assalammualaikum,

Bala Allah telah turun menimpa bumi Jepun yg masyarakatnya tidak mempercayai kewujudan Tuhan.. Amat dasyat apa yang berlaku di sana.. Jepun sebuah negara yang teknologinya paling ke depan dunia pun tk dpt menahan ‘kun fayaqun’ dari Allah SWT.. Mereka berjaya membina bangunan yang tahan gegaran, tapi gagal membina bangunan yang tahan tsunami..

Masa tsunami melanda Acheh tahun 2004, aku tk dpt bayangkan bagaimana ombak laut dapat memusnahkan acheh sehinga menjadi seperti padang jarak, padang tekukur. Sebab aku gagal jumpa bukti video ketika kejadian tu berlaku. Namun, kebesaran Allah tetap aku akui ketika mana semua rumah-rumah manusia roboh dihempas air laut, rumah-rumah Allah (masjid) jualah yang masih berdiri teguh seperti tiada apa-apa berlaku di situ.

Apa yang berlaku di Jepun baru-baru ni aku diberi peluang oleh Allah untuk melihat kekuasaanNya yang mengatasi segala-galanya melalui video-video yang diupload di youtube. Gerun dalam hati dengan apa yang berlaku di sana.

Lebih memburukkan lagi keadaan bila berlaku letupan dan kebocoran loji nuklear di Fukushima. Zarah-zarah radioaktif beterbangan di udara sehingga ada dikesan di lautan pacifik. Dikatakan kejadian yang berlaku di Jepun lebih teruk dari apa yang berlaku diloji nuklear Chenorbyl, Ukraine. Chenorbyl kini tiada penghuni, diibaratkan seperti bandar hantu. Bangunan ada, tapi kehidupan langsung tiada. Sudah berpuluh tahun berlalu, namun zarah radioaktif masih wujud sehingga kini.

Aku selit berita mengenai loji nuklear Fukushima yang terbaru.

KITAKAMI 27 Mac – Paras radiasi yang terlampau tinggi dikesan dalam air yang bocor dari sebuah reaktor di loji nuklear Fukushima, timur laut Jepun hari ini, memberi tamparan terbaru kepada usaha untuk menamatkan krisis di kompleks yang rosak teruk dalam gempa bumi dan tsunami baru-baru ini.
Operator loji, Tokyo Electric Co. (TEPCO) berkata, petugasnya telah mengesan paras radiasi 10 juta kali lebih tinggi daripada biasa dalam air yang bocor di reaktor No. 2, sementara wap putih terus kelihatan daripada loji tersebut.

Paras radiasi didapati 1,000 milisievert sejam, memaksa pekerja dikeluarkan dari bangunan turbin reaktor kerana keadaan terlalu berbahaya untuk mereka terus berada di sana, kata TEPCO. “Paras radiasi terlalu tinggi dan besar kemungkinan air bocor daripada reaktor,” kata jurucakap agensi keselamatan nuklear, Hidehiko Nishiyama mengenai bacaan terbaru itu.

Satu dos 1,000 milisievert boleh menyebabkan sakit radiasi sementara termasuk loya dan muntah-muntah. Pendedahan kepada 100 milisievert setahun dianggap paras terendah yang boleh menunjukkan kenaikan risiko dihidapi kanser. Ketika timbul kebimbangan mengenai kebocoran kolam rod tenaga atau kebocoran injap dan paip kolam itu, ketua jurucakap kerajaan, Yukio Edano mengakui kemajuan untuk mengawal loji itu kurang menggalakkan. “Kami mahu memberikan gambaran lebih jelas tentang bila krisis ini akan diselesaikan, tetapi saya tidak boleh bersikap lebih optimis daripada realiti yang berlaku,” katanya.

Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano turut memberi amaran, krisis nuklear Jepun mungkin berlarutan selama berminggu-minggu, kalau tidak berbulan-bulan, memandangkan loji itu mengalami kerosakan teruk. – AFP

Kesimpulan yang dpt aku buat, Tsunami & krisis nuklear terjadi berlaku akibat kesombongan manusia terhadap Tuhan Yang Maha Kuasa.. Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yang sombong kepada Tuhan.

 
Leave a comment

Posted by on March 29, 2011 in Uncategorized