RSS

Monthly Archives: January 2011

Alhamdulillah

Assalammualaikum,

Alhamdulillah segala-galanya dah selesai.. Wife selamat mengalami proses “pencucian”.. Aku rasa berdebar gak bila wife menjalani proses ni.. Wife aku jgn tanya la macm mana dia rasa..

Segalanya dah selesai, skarang masa utk pemulihan.. Skarang ni aku duk menemani wife disebelah katilnya.. Di depan katil wife plak ada seorang ibu yg mengalami kes yang serupa.. Cuma kandungannya berusia sebulan (yg aku dengar la) berbanding wife yg dh masuk 2 bulan.. Kata suami kepada ibu tu yg keguguran itu adalah anak keempat mereka…

Ya Allah, aku bersyukur Kau telah permudahkan segalanya… Aku berdoa agar Kau percepatkan penyembuhan isteriku..

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on January 21, 2011 in Uncategorized

 

Redha dengan ketentuan-Nya

Assalammualaikum,

Apa yg aku nk cerita ni ada kaitannya dengan entry aku awal tahun baru-baru ni yang tajuknya 2011.. Dengan ketentuan dari yang Maha Kuasa lagi Maha Penyanyang, apa yang aku dan wife tunggu selama ni akhirnya terjawab.. Kami telah diberitakan oleh doc bahawasanya tiada janin di dalam kandungan atau dalam istilah lain kandungan tak jadi.. Alhamdulillah kami dpt menerima dan redha di atas apa yang berlaku.. Kami hanya merancang, Tapi Allah yang menentukan.. Dan Allah lah sebaik-baik Perancang.. Terima kasih kt istriku sayang kerana tabah dan sabar menerima berita tersebut…

Apapun tahun ni masih lagi menjadi tahun kesibukan dalam kalendar kami ditambah plak tahun ni 3 org adik kami (2 org daripadanya adik bujang aku) sudah mengkompomkan diri melangsungkan perkahwinan dlm tahun ni dgn pembuka gelanggangnye adik ipar den bulan 2 ni, adik den rizal bulan 6 dan adik den izam lepas raya puasa.. Mmg byk travel la kalau macam ni sbb kami akan balik ke kelantan, kedah dan pergi ke kuantan.. Cam no la nk langsai hutang honey moon ngn isteri ni?.. duit poket sure kluar punya melainkan ada sponsorship dari pengantin..

 

 
Leave a comment

Posted by on January 12, 2011 in famili

 

Apa yang aku rasa…

Assalammualaikum,

Apa yang aku rasa hari ni ye?..

Aku rasa sedih…

Lagi?..

Rasa pilu..

Lagi?..

Rasa rindu..

Ada lagi?..

Ada, aku rasa terimbau kisah setahun yang lalu.. Setahun yang lalu aku dikhabarkan oleh doc yang  abahku sudah pergi.. Pergi buat selama-lamanya.. Lebih kurang seminggu selepas majlis kawen aku di Ampang..

Kesian aku tgk abah.. Malamnya dia sentiasa terjaga.. Bukan sebab tak mau tido, tp tk boleh tido sehingga waktu tidonya menjadi terbalik.. Malam waktu dia berjaga, siang pula masa dia untuk melelapkan mata.. Makin lama keadaan abah merunsingkan kami semua..

Sebab kasih kpd abah, aku dan mak nk hantar abah ke klinik walaupun aku tau abah cukup tk gemar org paksa dia ke klinik.. Entah macam mana hari tu, dia senang bersetuju dgn hasrat aku..

Doc diagnos yg perparu abah terkena jangkitan kuman dan telah menyebabkan abah selalu semput-semput.. Doc minta bawa abah ke hospital.. “Ya Allah, nk ke hospital pula. Mau ke abah ke hospital?”.. Aku memandang mak.. Aku mencari idea macam mana nk pujuk abah..

“Abah, kita ke hospital ye.. Doktor kata dia tk boleh buat ape di klinik.. Sakit abah ni kene refer kt hospital.” Mak menganggukkan je..

“Kita balik ke rumah dulu. Abah nak solat isya'”, Abah bersuara tanda stuju.. tanda Allah permudahkan segalanya..

Sampai di hospital abah terus dibawa ke unit kecemasan oleh MA.. Mak pula ke kaunter pendaftaran pesakit.. Aku pulak mencari tempat untuk parking kereta..

Abah masih lagi di dalam.. Sekali sekala aku masuk jenguk abah.. Disebabkan itu kali pertama abah daftar masuk hospital, tubuh badan abah diperiksa, darah n kecing dianalisis, organ dalaman pulak di scan dan di xray.. Doc nak tau semuanya kemudian baru doc boleh mulakan rawatan..

Mak terlena dikerusi.. Kesian pulak aku kt mak.. Aku hantar mak pulang, biar malam tu aku yg meneman abah.. Aku bgtau adik bradik perihal keadaan abah masa tu..

 

Aku menunggu di luar..

Aku berjaga tetapi bukan disisi abah sbb org luar tidak dibenarkan berada di dalam unit kecemasan.. Kekadang terlena juga aku di bilik menunggu.. Lama sgt abah di dalam.. Lepas subuh lebih kurang 7pagi, baru la abah dimasukkan ke wad.. Tgk abah keadaannya ok sikit dari sebelumnya.. Aku call mak bgtau abah di wad apa.. Sekejap lepas tu mak datang dengan Izam bersama roti jala yg dipesan abah.. Abah teringin sgt nk makan roti jala…

Waktu subuh diluar unit kecemasan..

Abah masih lagi diperiksa di wad.. Ramai sgt yg memeriksa abah, nurse, student nurse, doc pelatih, senior doc n pakar.. Aku waktu tu dh terumbang-ambing sbb badan keletihan.. Memandangkan Mak, Rizal, iZam dan Emi ada masa tu, aku amik pluang utk lelap sekejap diluar wad sementara menunggu abah habis diperiksa..

Waktu doc check abah..

Habis periksa, doc benarkan abah bersarapan pagi.. Selera sungguh abah makan roti jala.. Aku minta izin utk pulang ke rumah nk menyegarkan diri yg sudah berbau ni.. Masa menunggu waktu zohor masuk, Emi call bgtau abah kene heart attack.. Dlm hati rasa tk sedap sbb abah belum pernah ada sejarah sakit jantung.. Lepas solat zohor aku pun ke hospital, aku sambung berdoa semoga segala-galanya selamat.. Sampai di sana, doc cuma berpesan byk2kn berdoa dn jgn lupa bgtau sedara mara yg lain.. Aku lagi rasa tak sedap.. Doc bgtau dah setengah jam doc cuba pulihkan abah, tp keadaan masih sama.. Abah dlm keadaan koma.. Andai itu kehendakNya, doc harap kami semua terima dan redha ketentuanNya.. Memang benar, itu adalah ketentuanNya.. Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un..

Ya Allah, Kau ampunkan dosanya, Kau lapangkanlah kuburnya, Kau hindarkanlah dia dari siksa kubur, Kau tempatkanlah dia dikalangan org-org yang soleh. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang.. Amin ya rabbal alamin.. Al-fatihah

10 May 1947 - 07 Jan 2010

 
Leave a comment

Posted by on January 7, 2011 in famili

 

Hari pertama ke sekolah…

Assalammualaikum,

Baru-baru ni aku n wife ke rumah kak Ina di Seremban 3.. Saje je berjalan-jalan ke sana sambil nk tau cerita pasal anak buah aku yang bernama umar tu.. Tahun ni kali pertama dia ke sekolah tadika.. Sesi sekolah belum bermula lagi, tapi uminya kata dia excited sgt.. Itula sebabnya aku nk tau cerita pasal dia..

Masa duk melepak di ruang tamu, si umminya memulakan cerita pasal umar.. Umar time tu macam biasalah, dia ni agak malu-malu kucing bila org bercerita perihal dia.. Kata umminya, umar ni senang ke sekolah.. Hari pertama dia dh berasa seronok belajar dalam kelas n fokus pada apa yg cikgunya ajar.. Dia siap suruh abahnya yg time tu duk memerhati dia dari luar klas balik.. Haha, mungkin dia tk boleh nk fokus blaja bila abahnya ada kt situ kot.. hehe.. Dia langsung tak nangis macam umminya masa kecik2 dulu.. kah kah kah..

Aku kata kt umar, umar macam pak ngah kecik2 dulu.. Pak Ngah pun tk menangis time gi skolah.. haha.. Tetiba je trasa nk aplikasikan pepatah mana tk tumpahnya kuah kalau tk ke nasik.. Boleh ke?.. Slumber je nk potong line MHMS… si umminya, abahnya, wife aku dgr je sbb masing2 tk tau kebenarannya.. Tapi, tetiba mak bersuara time tu dari dapur.. Kata mak kt umar yg umar tk macam Pak Ngah.. Mak kata dulu Pak Ngah tak mau masuk dlm skolah.. Dia nak ikut nenek n atuk balik.. Ha!.. Tembelang aku pecah.. Tapi pasal apa aku tk rasa macam tu?.. Haha, baru nk kelentong mereka bertiga tp kelentong plak tk menjadi..

Pada umar, Pak Ngah nak ucapkan selamat menempuh alam persekolahan.. Semoga along jadi pandai, jadi cemerlang, jadi anak yang soleh, jadi anak yg dgr ckp ummi n abah, jadi budak yg disayangi semua org..

 
2 Comments

Posted by on January 5, 2011 in famili

 

Bersiar-siar tepi pantai…

Assalammualaikum,

Masa gi Kuantan baru-baru ni sempat jugak la aku merayau di sekitar pantai teluk cempedak.. Waktu lepas subuh sebelum matahari naik.. Tapi tk nmpak pun matahari naik time tu sbb dilindung bukit.. Memandangkan masa agak singkat sbb tengaharinya kene check-out apartment, aku sempat la jugak snap beberapa gmbar di tepi pantai.. Sayangnya aku cuma bawa 10-22 je.. Kalau la time tu aku bawa 70-200, sure aku dpt shoot nelayan tangkap ikan tepi pantai..

Balak yang terbiar

 

Kulit kerang di batuan.

 
Leave a comment

Posted by on January 3, 2011 in Hobi

 

Kerana arak, mulut celupar.. Kerana mulut, badan binasa..

Assalammualaikum,

Menerejah beberapa blog-blog feveret aku di alam internet telah menemukan aku dengan youtube ni.. Cerita mengenai wartawan alam sekitar yang kaya dengan perbahasa dan isyarat tangan setiap kali membentangkan laporan dlm berita.. Kalau setakat berita tanpa video, aku boleh lagi anggap itu sekadar khabar angin.. Tapi bila disertai dengan videonya sendiri telah membuatkan aku or mungkin org lain hilang hormat kt dia..

Kejadian yang berlaku di klang ketika karam singh dalam keadaan mabuk.. Entah macam mana akal nye tak dapat dikawal lalu terkluarlah kata-kata yang menghina bangsa melayu.. Sedar akan kesilapannya, dia meminta maaf pada org Melayu yang ada di restoran tu dan sanggup dipukul dan bersujud kt kaki mereka..

Aduhai karam bukan budaya kami nk memukul kamu dan bukan budaya kami mengizinkan kamu bersujud di kaki.. benarlah kata Rasulullah s.a.w yg arak itu ibu segala kejahatan.. Bila dah mabuk, akal hilang kawalan.. Sebab itu dia bercakap tanpa berfikir.. Kata org, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa…

 
Leave a comment

Posted by on January 3, 2011 in Around the corner

 

2011..

Assalammualaikum,

Masuk je 2011, aku kene selesma.. Teruk pulak tu.. Dah masuk 2 Januari pun masih belum ada tanda-tanda selsema aku akan berenti.. Ya Allah, kurniakan lah aku kesihatan dalam mengharungi kehidupan ini.. Amin ya Rabbal Alamin..

TInggalkan cerita selsema tu.. InsyaAllah esok kurang la sikit selesema tu.. 2011 ni byk (bg aku la, org lain aku tk tau) majlis kawen n bertunang..Kalau stakat hadir walimatulurus je tak da masalah, tp kali ni kene turun padang skali… Paling awal bulan 2 ni, tahun baru cina.. Adik ipar den kawen.. Tp nasib baik tk amik masa yg lama sbb ari sabtu belah perempuan, esoknye belah laki… Maka berakhirlah ahli kelab bujang Nuriezma..

Masuk april majlis bertunang adik aku si izam.. So, kene la hantar rombongan ke kuantan.. Tp blum ada kata putus lagi sbb perbicangan ari tu kemungkinan  majlis pertunangan n perkahwinan akan dibuat serentak.. Wallahualam.. Wei izam, cepat bgtau keputusan anda..Jadual hampir penuh ni..

Bulan jun plak ada dua majlis.. Satu majlis kawen Rizal di Kedah.. Maka balik kampung la jawabnya.. Tapi seminggu sebelum tu majlis kawen adik kepada abg ipar den.. InsyaAllah kalau tk da hal, aku n wife akan hadri sama.. Mak sure turun punya.. Awal-awal lagi dia dh bgtau yg dia akan turun majlis kawen adik brader Hapiz.. Ye la, org dh bersara, memang nk berjalan la jawabnya..

N bulan 8 plak adalah bulan yang ditunggu-tunggu.. kali ni bukan pasal perkahwinan atau pun pertunangn, tp pasal hasil perkahwinan.. hehe.. InsyaAllah..

Masih rasa nk menaip, tp idung ni dh mula gatal.. Rasa nak bersin je.. Esok pagi-pagi nk kene bawa wife ke hospital.. So, den stop kt sini dulu la..

 
Leave a comment

Posted by on January 2, 2011 in Around the corner