RSS

Monthly Archives: December 2010

Tahniah team Raja Gopal!!!

Assalammualaikum,

Tetiba aku bersemangat malam ni.. Baru balik dr dataran depan mahkamah Putrajaya, kemudian mandi, kemudian solat isyak, kemudian capai kamera, kemudian upload gambar dan video ke dalam laptop.. Seronok sbb dpt join fans Malaysia yg lain di sana.. Kene pulak Malaysia jadi juara piala AFF Suzuki 2010.. Kesian Indon, 4 kali masuk final tp sampai la ni kepunan juara..

Aku pergi sorang je ke dataran tu.. Wife tak dapat ikut sbb adiknya menunggu kedatangan adiknya ke rumah.. Tp bila aku smpai umah, adiknya masih blum smpai lagi.. Kalau la aku tau adiknya datang lepas game habis, sure aku bawa my wife skali.. Ish Anan ni..

Rasa malas nk karang panjang-panjang. Elok aku buat list perkara-perkara yang seronok and lucu masa kt sana.

1. Big Screen tu terletak dekat dgn Masjid Besi. So, bila azan isyak berkumandang, semua jadi senyap. Alhamdulillah. Tp mulut je senyap, tangan tetap menjulang ke atas bila Fahmi berjaya menyelamatkan gawang malaysia. Terasa time  tu maca dlm mood “mute”.. bagus, hormati azan.

2.  Ada penonton sebelah aku buat menjerit, “Esok Malaysia cuti! Satu goal, satu hari!. 4 goal jadi 4 hari!.. haha..

3. Tgk kat big screen pun ada ganguan laser. Memang tk dapat dielakkan.

4. Fans meng”booo” stiap kali camera fokus pada cewek-cewek indon. Konon nk gangu tumpuan penyokong Malaysia la tu.

5. Skang aku ngantuk. Nah, bawah ni video yg sempat aku amik. By the way, Jumaat ni cuti umum…

 
5 Comments

Posted by on December 30, 2010 in Around the corner

 

Gomo Malaysia Gomo. Pulun Malaysia Pulun..

Assalammualaikum,

Malam ni malam penentuan menang kalah Malaysia.. Aku bangga dengan team Raja Gopal kali ni. Team yang kurang kontroversi dan lebih berprestasi. Boleh dikatakan team terbaik Malaysia. Ceh, ayat gempak tu. Apapun aku doakan kejayaan Malaysia membenam Indon Ahad lepas bekekalan hingga akhir minit ke 90. Gud Luck Malaysia!… Gud Luck Harimau Malaya..

Buat fans Indon, ini bola sepak la. Tak perlulah sampai provokasi sampai nak bergaduh. Macam budak kecik je. Kalah je nak bergaduh. Pelik betul tengok prangai mereka. Ada plak mahkluk yang IQ rendah sanggup nak berseksi semata-mata nk buat player Malaysia hilang fokus. Macam la player Malaysia yang semangat membara tu nk pandang Jupe yg seksi.

Malam ni plan nak tgk bola depan mahkamah putrajaya. Apapun semua bergantung kepada cuaca. Kalau tak hujan, boleh la turun memeriahkan dataran depan mahkamah tu. Gud Luck Malaysia.

 
Leave a comment

Posted by on December 29, 2010 in Around the corner

 

Kuantang oh kuantang. 2 hari 1 malam sahaja…

Assalammualaikum,

Last weekend aku n family ke Kuantan sempena jemputan makan-makan di rumah bakal mertua Izam.. Dah lama sebenarnya kami sekeluarga tak bercuti. So, kami ambil pluang ni untuk makan angin bersama-sama (percutian yang ringkas) di sana sebelum masuk tahun baru..

Di Kuantan kami menginap di Kuantan Tembeling Resort. Dekat sgt dengan Teluk Cempedak. Tempatnya memang cantik dan terletak atas bukit.

Untuk sesi makan angin kali ni, Mak Su dan Syikin tak dpt join disebabkan tarikh tu clash dengan program motivasi Syikin di Perak. Untuk pertama kalinya famili Abg Hisham dr Kelantan, Khairun & Muzafar yg dari utara sudi join percutian kami. Kalau ikutkan ramai yg join makan angin ni. Pak Cik dan Pak Cak mmg nk join tapi memandangkan ada hal yang tak dpt dielakkan, mereka hanya menghantar wakil je.

Terima kasih pada Kak Ina yg sudi sekali lagi organized makan angin ni. Terima kasih pada en Hafiz yang menyediakan set walkie talkie yang amat memudahkan kami berkonvoi. Terima kasih pada Izam yg sudi sponsor minyak RM 50 setiap kereta. Terima kasih kt Emi sbb sponsor tol Livina. Terima kasih kt Mak sbb yg menguruskan makan minum kami di resort. Terima kasih pada Rizal sbb sanggup turun walaupun baru saje sebulan start keja di utara. Terima kasih Abg hisyam sbb sanggup turun dari Kelantan bersama 1.8 i-VTEC barunya. Dan terima kasih sgt untuk yang tersayang Wan AiDa Nuriezma atas segala-galanya walaupun dalam keadaaan perut yg berisi n tak berapa sehat. Tq sbb sudi buat smbal ikan bilis..:D

.

 
2 Comments

Posted by on December 28, 2010 in famili