RSS

Balik kampung version raya korban..

22 Nov

Assalammualaikum,

16 haribulan November 2010, pukul 8 selepas magrib aku dah isteri memulakan perjalanan ke Kota Bahru.. Dah lama sebenarnya aku tak balik beraya haji di Kelantan.. isteri aku takyah cite la, mmg dia slalu braya haji di sana.. Tak ingat pulak bila kali terakhir aku beraya di sana.. Tak silap masa bersekolah rendah kot sbb masa tu seingat aku arwah chik (datuk) masih ada lagi.. Arwah meninggal dunia masa tu aku di darjah 5..

Malam tu plan nk bersolat isya’ di rumah mak.. tp hasrat terpaksa dibatalkan sbb jem yang teramat teruk di MRR2.. so, aku teruskan dengan plan B.. plan B nya call mak bgtau tak dpt nk singgah, kemudian teruskan perjalanan ke KB.. Nak tak nak, aku kene masuk KL.. kalau nk cerita nama jalan mmg aku tak tau, tapi kalau nk suruh tunjukkan jalan tu bolehlah..

Pukul 9mlm kami smpai di tol gombak.. wow, agak terkejut sbb byk sgt kenderaan.. aku sorang je terkejut rasanya, situasi ni mungkin dh biasa bg warga pantai timur..  lepas je isi minyak full tank, livina teruskan perjalanan.. plan nak berenti sebentar di petronas sebelum tol karak untuk tunaikan solat isya..

Perjalanan pulang ke KB hari tu mengambil masa 10jam.. perjalanan yang agak lama dalam sejarah pemanduan aku.. dengan kenderaan yang byk bukan sahaja di atas jln tetapi juga di stesen minyak, rnr dan kedai makan.. niat nk bersolat isya’ di petronas semasa terpaksa ditangguhkan disebabkan sesak dgn kenderaan..

Alhamdulillah pukul 5 pagi kami sampai ke KB.. sempat jugak tunaikan solat isya’ sebelum masuknya waktu subuh..  penat-penat.. dan sempat juga lelapkan mata sebelum bangun untuk solat raya..

Pagi tu, aku, isteri n mama bersolat raya di masjid kubang kerian.. awal2 pagi lagi sblum pukul 8 kami dh sampai di masjid.. aku dengan letih n mengantuk yg tak hilang lagi terangguk-angguk time takbir raya.. macam2 aku buat utk segarkan badan yang sengal2 nih… urut tapak kaki, leher, cubit lengan semuanya tk jadi.. takbir raya oleh seorang pak arab membuatkan aku jadi segar.. tetiba minda aku jadi fokus pada takbir raya pak arab tu.. takbirnya lain dari yg lain.. aku namakan ini sbg hikmah disebalik kejadian.. hehe.. Alhamdullillah aku solat raya dalam keadaan berjaga.. hehe.. tambah plak bila tok imam terlupa sunat takbir lima kali pada rakaat kedua.. unik bersolat di masjid kubang kerian ni sbb khutbahnya dalam 3 bahasa.. arab, melayu n english..

Dari masjid, pulang ke rumah.. badan aku yg lenguh2 sengal n letih terus mencari tilam untuk landing.. sori sayang, abe dok dpt nk teme demo korbe lembu depan umoh.. tidolah ambo diatas tilam yang empuk..  krohhh krohh krohhhh…

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on November 22, 2010 in famili

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: