RSS

Monthly Archives: November 2010

Balik kampung version raya korban..

Assalammualaikum,

16 haribulan November 2010, pukul 8 selepas magrib aku dah isteri memulakan perjalanan ke Kota Bahru.. Dah lama sebenarnya aku tak balik beraya haji di Kelantan.. isteri aku takyah cite la, mmg dia slalu braya haji di sana.. Tak ingat pulak bila kali terakhir aku beraya di sana.. Tak silap masa bersekolah rendah kot sbb masa tu seingat aku arwah chik (datuk) masih ada lagi.. Arwah meninggal dunia masa tu aku di darjah 5..

Malam tu plan nk bersolat isya’ di rumah mak.. tp hasrat terpaksa dibatalkan sbb jem yang teramat teruk di MRR2.. so, aku teruskan dengan plan B.. plan B nya call mak bgtau tak dpt nk singgah, kemudian teruskan perjalanan ke KB.. Nak tak nak, aku kene masuk KL.. kalau nk cerita nama jalan mmg aku tak tau, tapi kalau nk suruh tunjukkan jalan tu bolehlah..

Pukul 9mlm kami smpai di tol gombak.. wow, agak terkejut sbb byk sgt kenderaan.. aku sorang je terkejut rasanya, situasi ni mungkin dh biasa bg warga pantai timur..  lepas je isi minyak full tank, livina teruskan perjalanan.. plan nak berenti sebentar di petronas sebelum tol karak untuk tunaikan solat isya..

Perjalanan pulang ke KB hari tu mengambil masa 10jam.. perjalanan yang agak lama dalam sejarah pemanduan aku.. dengan kenderaan yang byk bukan sahaja di atas jln tetapi juga di stesen minyak, rnr dan kedai makan.. niat nk bersolat isya’ di petronas semasa terpaksa ditangguhkan disebabkan sesak dgn kenderaan..

Alhamdulillah pukul 5 pagi kami sampai ke KB.. sempat jugak tunaikan solat isya’ sebelum masuknya waktu subuh..  penat-penat.. dan sempat juga lelapkan mata sebelum bangun untuk solat raya..

Pagi tu, aku, isteri n mama bersolat raya di masjid kubang kerian.. awal2 pagi lagi sblum pukul 8 kami dh sampai di masjid.. aku dengan letih n mengantuk yg tak hilang lagi terangguk-angguk time takbir raya.. macam2 aku buat utk segarkan badan yang sengal2 nih… urut tapak kaki, leher, cubit lengan semuanya tk jadi.. takbir raya oleh seorang pak arab membuatkan aku jadi segar.. tetiba minda aku jadi fokus pada takbir raya pak arab tu.. takbirnya lain dari yg lain.. aku namakan ini sbg hikmah disebalik kejadian.. hehe.. Alhamdullillah aku solat raya dalam keadaan berjaga.. hehe.. tambah plak bila tok imam terlupa sunat takbir lima kali pada rakaat kedua.. unik bersolat di masjid kubang kerian ni sbb khutbahnya dalam 3 bahasa.. arab, melayu n english..

Dari masjid, pulang ke rumah.. badan aku yg lenguh2 sengal n letih terus mencari tilam untuk landing.. sori sayang, abe dok dpt nk teme demo korbe lembu depan umoh.. tidolah ambo diatas tilam yang empuk..  krohhh krohh krohhhh…

 
Leave a comment

Posted by on November 22, 2010 in famili

 

hepi besday to along n adik..

Assalammualaikum,

10/11 baru2 ni genaplah umur Ali Mukhriz a.k.a. adik 2 tahun… 12/11 pulak genap umur Umar Mursyid a.k.a. along 4 tahun… Last saturday berlangsung di rumah mereka di seremban 3, Pn Ina dan En. Hafiz sempat mengadakan jamuan doa selamat sempena besday 2 orang hero mereka… Majlis yang agak simple tapi diisi dengan doa memohon semoga Allah berkati kehidupan mereka… Pak Ngah nk ucapkan selamat hari jadi kt dua orang anak buah pak ngah ni..

Semoga along n adik jadi anak yang soleh, baik, bijak pndai.. dan jangan nakal sangat.. sikit-sikit tu boleh lah ye.. hehe.. hadiah yang korang dpat dari nenek, toksu, kak cikin, paktam, pakcik, poksu n pakngah n makngah tu main la sama-sama ye…

 
1 Comment

Posted by on November 15, 2010 in famili

 

Menuntut bersama Kabir Malek…

Assalammualaikum,

Selesai sudah kelas “HDR for Beginner” bersama En Kabir Malik. Kelas yang di adakan di Ukay Perdana berlangsung pada 6 Nov lepas dari 10am hingga 4pm. Setakat ni dah ada 2 kelas fotografi yang aku join. Dulu aku pernah join kelas “Simple Food Photography” oleh En Azhar. Mungkin lepas ni aku nak join kelas Kukubesi. Nak belajar mengenai Photoshop. InsyaAllah.

Bawah ni adalah gambar HDR pertama aku di kelas en. kabir malek. 5 gambar dengan perbezaan 1 stop exposure diantranya digabungkan dalam software photomatix kemudiannya di touch-up dengan photoshop. Banyak lagi yang perlu diperbaiki..

 
Leave a comment

Posted by on November 9, 2010 in Hobi

 

Tahniah buat Kelantan!

Assalammualaikum,

Hari yang bersejarah.. buat pertama kalinya Kelantan menjuarai Piala Malaysia.. Ayat skema yang boleh didengar or dibaca pada hari keesokkannya.. Tetiba aku jadi peminat fanatik red worrior. :D. Apa boleh buat, walaupun dlm ic “02”, tapi dalam darah masih lagi mengalir unsur-unsur klate belah arwah abah. And sejak beristerikan ore klate, aku makin jatuh cinta dgn klate..

Aku awal lagi memang tak berniat nk tengok bola di stadium walaupun di offer tiket mudah oleh my wife (jadi penjual tiket sambilan)..  Ada beberapa sebab yang boleh aku jadikan alasan kenapa aku tak mau ke Bkt Jalil.. Yang paling utama aku malas nk berasak dengan lautan manusia..

Pagi sabtu tu aku n wife bertolak ke Ampang.. Otw ke sana aku igt nk singgah Bukit Jalil beli jersi kelantan.. Plan aku tu terpaksa di kansel sbb jalan nk ke stadium dah jem.. tu baru pukul 10 pagi.. penyokong-penyokong dah mula berkampung di sana.. seronok plak tgk scene lautan merah pagi tu.. kenderaan-kenderaan kebanyakkannya dari kelatan mula bersusun utk masuk ke perkarangan stadium.. trasa je nak join mereka..

Aku kene terus ke ampang juga sebab dah janji dengan mak nak balik pagi.. otw ke ampang tu berselisih pulak dengan kederaan penyokong kelantan yang nak ke stadium… lagi membuatkan aku terasa nak ke stadium je.. berkali-kali juga aku tanya kt wife kot2 kak mira ada reserve tiket utk kitorang berdua.. jawapan yg diberi negatif.. huhu.. tgk kt rumah mak je la jawabnya..

Malam tu mmg meriah kt rumah mak..su n syikin pun ada.. sempat gak la aku order 2 large pizza sblum game start.. elok je mat pizza smpai, N9 score sebijik thru penalti.. huh, frust sekejap.. dpt plak msg dr pnyokong hobin jang hobin (abg ipaq aku) buat den lagi terbakar.. tak pa, masa byk lagi.. masuk second half, aku dah dpt rasa kelantan akan champion.. 2 biji gol yang sememangnya cun bagi aku.. Aku puas hati dgn corak permainan kelantan kali ni..lagi bagus dari final 2009… tahniah kelantan, semoga dapat dikekalkan kejuaraan pada tahun depan..

 
6 Comments

Posted by on November 1, 2010 in Around the corner