RSS

Monthly Archives: October 2010

Outing with Mattranggie..

Assalammualaikum,

Petang tu dapat call dari Matt.. Matt adalah org yang byk meracun aku barang2 dslr canon.. apepun aku berterima kasih kt Matt sbb racun yang dia bagi tu amat lazat sekali.. Matt juga tak lokek berkongsi dr segi setting, note, teknikal pasal canon.. sebenarnya Matt ni aku kenal sebelum dia jadi wedding photographer lagi.. time tu Matt ni terkenal dengan kancil rare nya yg berkanvas on the top… selain tu Matt ni seorang runner utk aksesori daihatsu mira.. kalau nk dpatkan aksesori yg pelik-pelik boleh la berjumpa dia.. tapi itu dulu punya cerita.. skang dia dh bersara, tak tau dia masih igt brg2 rare mira ke tak..

Berbalik pd cerita pasal dapat call tadi.. Matt call aku petang isnin tu tanya samada aku nk follow dia shoot client dia ke tak.. Matt pun satu, ari tu nk shoot, ari tu jugak baru nk bgtau.. kelam kabut la jugak aku ari tu.. kalau aku tolak pelawaan dia, tak tau bila pulak dia akan ajak aku balik.. so, aku decide nk follow matt.. nak jugak aku tgk cara dia bekerja..  pukul 3 aku chow dari ofis sbb pukul 5 aku kene jumpa matt kt rumah dia.. camera plak ada kt umah.. nk kene balik rumah dulu plak sblum ke rumah matt di bangi..

smpai umah matt, rumahnya yg baru siap renovate.. renovate hasil dari pendapatan lumayan sbg wedding photographer.. mmg cantik rumah dia, siap ada ofis kecik tempat dia mengedit segala gmbar clients dia.. mmg best kalau dpt umah macam tu.. sementara tunggu matt bersiap, sempat juga la aku layan bobby, kucing gebu kluarga matt..

kemudian, dgn livina aku kami bertolak ke satu tempat untuk berjumpa dengan client matt.. dlm perjalanan tu matt bgtau yg client dia kali ni adalah pasangan yang baru selesai konvo di upm.. congrat to both of them… lupa plak nama couple tu.. location yg dipilih pulak bertempat di sebuah ladang upm, tempat akashah berdua-duaan dengan ayu dlm lagenda budak setan..  sambil menunggu couple tu muncul, matt bercerita pasal pengalaman dia dari awal dia melangkah sehinggalah tempat yg dia berada sekarang..

mereka dh sampai, masa utk matt beraksi.. tinggal 1 jam lebih sebelum langit mulai gelap.. sunset mmg cantik.. first session gmbar couple dengan family masing-masing.. mereka semua mmg sporting.. semua arahan matt diorang buat, berjalan begini, bergaya begitu, ketawa macam ni, senyum macam tu.. semuanya setel.. aku?.. aku ditugaskan mengarahkan flash pada subjek.. time ni jugak la aku berkenalan dengan PocketWizard.. baru aku paham kenapa matt suka sgt dgn benda ni..

habis sesi photoshoot dengan family, matt beralih pada couple plak.. kali ni kami kene panjat bukit.. sambil matt buat kerja, sempat jugak dia bg tip-tip lighting n teknikal dlm setiap kali dia shoot.. kami habih dlm pukul 7ptg.. tgk riak wajah couple, mmg mereka puas dengan hasil kerja matt.. lepas tu aku pun hantar matt balik ke umah dia.. tq matt, byk betul aku blajar ari tu.. cara nk layan customer, bermain dengan lighting, angle shoot, focusing, setting 7d dll.. lepas ni kalau ada lagi sesi macam ni, jgn lupa ajak aku lagi..

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on October 12, 2010 in Hobi