RSS

Monthly Archives: September 2010

Note RM 50 Merdeka

Assalammualaikum,

Hari ni dah masuk raya ke-6. Biasala orang melayu ni pemahamannya kalau puasa sebulan, raya pun sebulan. Selagi berada dalam bulan Syawal, selagi itulah masa untuk beraya. Sedangkan dalam Islam, raya Aidilfitri tu cuma sehari sahaja iatu pada 1 Syawal.

Nak bercerita sikit pasal note RM 50 yang ada logo 50 tahun kemerdekaan. Dengar cerita kalau ditukar di Bank Negara, Bank Negara akan bagi RM100 pada kita sebab status note tu yang cetakkannya adalah terhad. Tak tau plak benar ke tidak cerita ni. Takkan la Bank Negara bayar double plak. Masih tak percaya.

Tapi, adik aku ada cerita ada peniaga di uptown Shah Alam yang akan bayar RM60 sekiranya kita tukar note tu dengannya. Kalau dah macam tu mungkin ada betul gak yang bank negara bayar lebih dari RM 50. Cuma mungkin tak la sampai RM 100 untuk setiap note 50.

So, memandangkan musim raya ni ramai yang nak tukar duit besar kepada duit kecik, boleh la aku collect note 50 tu. Kalau minta aku bayar lebih dari nilainya mmg aku tak mau la. Setakat tukar suka sama suka boleh la

 
2 Comments

Posted by on September 15, 2010 in Uncategorized

 

Beraya di Kota Bahru

Assalammualaikum,

Salam 4 syawal. Aku dan wife berada di Kg Langgar sekarang ini. Hampir seharian berada di atas jalan semalam. Sampai je di Machang, kami dah mula mengadap trafik jem. Ditambah pula pemandu-pemandu yang tak ikut peraturan, potong-q dengan selamba memburukkan lagi keadaan. Apapun syukur Alhamdulillah kami selamat tiba di kampung.

Hari ni Mama nak buat makan besar. Mama ajak sedara-mara yang terdekat. Menunya memang hebat-hebat. Nasi dagang dengan 2 jenis lauk gulai ikan tongkol & gulai ayam. Bihun dan mee goreng. Betul-betul menjamu tetamu nih.

Alhamdulillah. Mudah-mudahan dimurahkan lagi rezki Mama.

 
1 Comment

Posted by on September 13, 2010 in Uncategorized

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalammualaikum,

Hari ni adalah hari terakhir dalam bulan Ramadhan 1431H. Esok dah nak raya. Malam tadi penyimpan mohor besar raja-raja menjalankan tugasnya dengan cemerlang skali seperti tahun-tahun sebelumnya. Hanya mengambil masa 5 minit, maka dia melafazkan bahawa termaktub 10hb September 2010 merupakan Hari Raya Aidilfitri berdasarkan rukyah dan hisab. Alhamdulillah. Lepas solat magrib malam ni, bermulah takbir raya yang memuji kebesaran Allah Yang Maha Esa.

Tahun ni merupakan tahun pertama aku dan keluarga beraya tanpa abah di sisi. Sayu hati ni bila terkenangkan arwah abah. Dah ada bermacam-macam plan dalam kepala untuk raya kali ni. Lepas solat subuh esok, aku akan terus ziarah pusara abah. Bersih apa yang patut dan sedekah apa yang aku termampu. Sambil tu kan aku iringkan doa semoga Allah mengampunkan segala dosa abah dan tempatkan dia dikalangan orang-orang yang beriman. Selsai semuanya baru la aku ke masjid untuk solat Sunat Aidilfitri. Baliknya nak mohon maaf pada mak. Mak adalah orang yang banyak menyokong aku dalam kehidupan ni.  Bila kenangkan dari kecik sampai ke besar ni baru aku perasan aku langsung tak pernah kena pukul dengan mak walaupun aku ni jahat sangat masa kecil. Jangan katakan aku, adik beradik aku yang lain pun sama. Untungnya kami jadi anak mak.

Buat pertama kali aku beraya sebagai ketua keluarga untuk aku sendiri. Keluarga yang kecik yang cuma seorang ahlinya setakat ini, iaitu isteri tercinta. Raya ke-3 kami berdua akan bertolak ke Kelantan. Beraya di rumah mertua di Kampung Langgar, Kota Bahru. Sayang aku ni dah rindu sangat kat mamanya. Aku pun rindu juga kat mama. Tambah lagi rindu kat sup tulang mama yang superb tu. InsyaAllah kalau berkesempatan kami akan beraya ke rumah Abang Hisyam di Machang.

Raya ke-7, aku, sayang dan mama akan ke Kedah. Mama sebelum ini memang dah bagitau awal-awal yang dia nak ikut kami beraya di Kedah dan dia memang seronok sangat nak ke sana. Lagi pun Mak Cak ada menjemput mama ke kenduri kawen anaknya pada 19hb September. Makin meriahlah Raya kami di kampung nanti sebab kehadiran 2 ahli baru.

Aku nak ambil kesempatan ini nak ucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin kepada pembaca blog ini. Semoga Ramadhan yang akan berakhir ni memberi kita keazaman untuk mendekatkan diri kepada Allah Yang Maha Pencipta. Sayu hati bila Ramadhan akan berlalu pergi. Semoga kita akan bertemunya lagi di tahun hadapan. InysaAllah.

 
1 Comment

Posted by on September 9, 2010 in Uncategorized

 

Iftar bersama family.

Assalammualaikum,

Alhamdulillah, segala apa yang dirancang sebelum ni berjalan dengan lancar. Berjaya juga bawa semua family berbuka di Danau Golf Club, UKM Bangi. Semuanya nampak berpuas hati dengan menu-menu yang dihidangkan. Thanks to my sis ina kerana ini semua ideanya.

Cuma plan aku dan wife untuk mengajak Aina & tunang serta Along & abang rizal berbuka di situ tidak berjaya. Masing-masing terpaksa cancel di saat-saat akhir disebabkan hal masing-masing.

4 september nanti, aku dan wife merancang untuk buat majlis berbuka sekali lagi, tapi kali ni dirumah kami. Menu utamanya ialah nasi ayam my wife. Sedap..:D

 
Leave a comment

Posted by on September 1, 2010 in Uncategorized