RSS

Monthly Archives: August 2010

Maher Zain.

Assalammualaikum,

Hari Ahad lepas Melodi ada siarkan vid clip Maher Zain pada akhir rancangannya. Memang dah lama aku dengar lagunya dalam ikim.fm. Boleh dikatakan lagunya memang best, tambah pulak ianya lain dari yang lain.

Petang tu disebabkan tak da ape-ape nak buat sementara menunggu waktu berbuka, aku ajak wife ke Alamanda. Niat yang utama nak ke MPH cari magazine and some of book dan juga nak cari makanan untuk berbuka. Tapi bila dah nampak cd store di situ, terus terfikir nak cari cd Maher Zain. Alhamdulillah jumpa juga. Otw balik rumah terus layan lagu dalam cd tu. Memang terbaik tambah sound nya yang mantap.

Berkonsepkan “english nasyeed” dan lebih kepada Modern Islamik Music. Ada 13 lagu + 1 lagu dalam versi akustik. Memang berbaloi la aku beli cd ni.

Fact pasal Maher Zain.

Name: Maher Zain
Age: 28 Years old
Nationality: Swedish (of Lebanese origin)
Education: BA in Aeronautical Engineering
Previous Job: Music Producer
Worked with in the past: RedOne: Akon, Lady Gaga, etc

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on August 25, 2010 in Uncategorized

 

Umar, Ali & Syekin

U m a r  M u r s h i d

A l i  M u k h r i z

N u r a s h e k i n

 
4 Comments

Posted by on August 24, 2010 in Uncategorized

 

Dinner a.k.a. berbuka puasa dirumah mak.

Assalammualaikum,

Alhamdulillah,  last saturday semua adik-beradik termaksu Su & Shikin dpt berkumpul di rumah mak utk berbuka bersama-sama. Meriah jugak la suasana time tu. Kene plak bila Syikin berjumpa Ali & Umar. Lagi kecoh la jadinya.

Menu masa tu mmg banyak. Bubur lambuk (aku request kt mak) cucur udang kuah kacang, murtabak (param), pai chesse, nasi beriyani (istant), ayam golek, seri muka, ole-ole dan tiga jenis air, soya, cincau n kopi. Huh, tak larat nk makan semuanya.

Selesai berbuka tiba proses merehatkan perut sambil melayan cerita Geng Surau. Baru aku tau yang Geng Surau tu kalakar. BSBB atau Bodoh Sombong Bongkak Berlagak jadi trademark dlm cerita ni.

Malam tu niat nk pi terawih tak kesampaian sebab keletihan. Malam tu juga terpaksa cancel tido rumah mak sebab adik ipaq tumpang tido di rumah Putrajaya.

 
Leave a comment

Posted by on August 19, 2010 in Uncategorized

 

Pertistiwa hari Jumaat.

Assalammualaikum,

Di Klang pun hujan turun dengan lebatnya. Yang aku perasan langit cerah sebelum masuk waktu zohor. Kemudian mula gelap bila khutbah Jumaat. Hujan lebat turun masa solat Jumaat sekali dengan petir. Alhamdulillah, terasa sejuk ketika solat cuma aku kurang mendengar bacaan imam disebabkan bunyi hentaman hujan pada atap zink masjid yang terlalu kuat.

Malam tu pulak terkejut aku bila baca apa yang berlaku di pasar Ramadhan di Jasin, Melaka. Semuanya beterbangan di langit. Mulanya aku hanya tengok gambar selepas kejadian berlaku je. Tak lama lepas tu ada pulak orang upload video yang dia record dalam youtube.

Puting beliung tu hanya singgah di pasar ramadhan tu saje. Kawasan sekelilingnya langsung tak terjejas. Pasti ada hikmah disebalik kejadian. Macam-macam juga la cerita yang timbul pasal kejadian tu. Ada juga blogger yang kata, peniaga sibuk buat preparation sampai tak solat Jumaat. Wallahualam.

 
Leave a comment

Posted by on August 14, 2010 in Uncategorized

 

Yang “pertama” di Ramadhan kali ini.

Assalammualaikum,

Ada perkara yang aku nak share. Untuk ramadhan kali ni, ini la kali pertama aku jalani ibadah puasa dengan adanya isteri di sisi. Pagi tadi bangun pukul 4.45am untuk bersahur. Menu sahur simple je, nasi putih+kicap+telur goreng. Wife plak hanya bersahur dengan cornflakes. Alhamdulillah cukup untuk mengalas perut.

Untuk pertama kali wife aku kelam kabut memikir menu ape untuk berbuka. Jam baru pukul 10am, tapi sudah ada soalan yang di”sms”kan kepada aku bertanyakan apa yang aku nak makan untuk berbuka nanti. Katanya bermacam-macam menu yang berlegar di kepalanya. Di sebabkan ini kali pertama aku berbuka puasa berdua dengannya, aku jawab smsnya buat la apa-apa menu yang dia suka tu. Tapi jangan banyak sangat takut membazir.

Untuk kali pertama, aku memulakan Ramadhan dengan bersahur tanpa mak & abah. Lebih terasa bila Ramadhan kali ini diharungi tanpa abah  yang pulang ke Rahmatullah pada awal tahun 2010. Sekali-sekala teringat roti jala kari ayam abah yang menjadi menu wajib bila waktu berbuka kami sekeluarga di Ampang.

Harapan aku pada Ramadhan kali ini semoga dosa aku, wife, mak n abah, dan semua terampun serta pahala bertambah. Amin.

 
2 Comments

Posted by on August 11, 2010 in Uncategorized

 

Cerita hari ini.

Assalammualaikum,

Hari ni pagi-pagi lagi aku dapat mesej dari Panjang. Wife Panjang, Pjot selamat melahirkan baby girl di Hospital Serdang. Tahniah aku ucapkan kepada mereka berdua. Hope lepas ni aku dan wife mengikuti mereka. Amin.

Esok dah start 1 Ramadhan. Buat kali yang pertama aku akan mula berpuasa di bulan Ramadhan dengan isteri. Isteri ada bertanya waktu berbuka nanti nak berbuka dengan menu apa?. Aku jawab yang aku tak kesah menu ape pun. Janji kita berbuka walaupun sebutir tamar. Hehe. Jawapan ketika perut masih kenyang.

Alhamdulillah, Allah kurniakan rezki kepada De Salam. Hari ni dah masuk 1 minggu 2 hari De Salam beroperasi di Danau Golf Club, UKM Bangi. So far sambutan amat memuaskan. Tapi kami masih lagi kekurangan pekerja. Apa yang dirisaukan sekarang ni ialah kepenatan pekerja-pekerja yang ada. Aku doakan mereka dapat bertahan. Esok dah mula puasa, kerancakkan pasti berkurangan dari hari-hari biasa. 14 haribulan ni bermulalah buffet Ramadhan di Danau. RM 35 per person dengan pelbagai menu yang disediakan. Semoga kami successful!

 
Leave a comment

Posted by on August 10, 2010 in Uncategorized