RSS

Golongan atas dan rendah.

12 Jun

Semalam aku kedai buku. Tujuannya untuk mencari majalan pasal fotografi. Dah masuk kedai buku, memang banyaklah buku dan majalah di situ. Memadangkan time tu dah dekat nak pukul 1 pm, aku pun tak banyak menjenguk buku-buku yang ada. Aku capai majalah yang aku cari, kemudian terus ke kaunter untuk bayar.

Masa nak ke kaunter tu aku terpandang satu majalah ni. Aku tak ingat majalah ape tapi muka depannya buatkan aku tertarik untuk membeleknya. Cerita mengenai golongan-golongan atasan atau yang dipanggil high society. Mereka semua ni terdiri dari kerabat-kerabat sultan, ahli politik, taikun perniagaan dan juga golongan Syed & Sharifah. Life style mereka tak payah cerita lah. Boleh aku simpulkan disini, keturunan mereka tak pernah rasa susah. Aku pun beredar lepas tu sebab waktu solat Jumaat dah nak masuk.

Khutbah Jumaat menyentuh pasal kekejaman Israel laknatullah dan kesengsaraan rakyat Palestin. Israel bertindak kejam pada rakyat Palestin. Suka hati mereka nak bunuh Palestin. Suka hati mereka nak besarkan wilayah mereka. Yang aku sedih di sini bila golongan yang seagama dengan rakyat Palestin seperti tak berbuat apa-apa untuk menolong mereka. Terutama golongan Arab yang kaya raya.

Lepas dengar khutbah tu, terfiir dalam hati mengenai apa yang aku baca dalam majalah sebelumnya. Dah ramai golongan jutawan dalam Malaysia ni. Tetapi kenapa jurang perbezaan antara golongan miskin dan kaya masih terlalu jauh? Masalah kekurangan gula masih tak selesai. Harga petrol yang tidak menentu. Perjanjian tol yang berat sebelah. Semua ini membebankan rakyat bawahan.

Polisi kerajaan masih berat sebelah dan langsung tak berpihak pada golongan-golngan bawahan. Yang kaya bertambah kaya. Yang miskin makin tertekan. Kini kerajaan hendak menghapuskan subsidi yang dikatakan akan menyebabkan kerajaan menjadi muflis suatu masa nanti. Lagi bertambahlah tekanan pada rakyat bawahan. Sampai bilakah kita harus begini?

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on June 12, 2010 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: