RSS

Monthly Archives: June 2010

Conman dalam mudah.com.my

Aku baru saja post barang yang aku nak jual. Pagi ni aku terima emel dari somebody yang intrested sangat nak beli barang yang aku post dalam mudah.com.my. Somebody ni pulak bukan orang tempatan, tapi orang luar yang tinggal di UK. Emelnya tunsco9@gmail.com. Dalam email dia kepada aku tu dia bertanya detail barang yang aku nak jual sebab dia nak hadiahkan barang tu pada anak dia.

Bunyi emelnya je dah buat aku pelik. Memandang aku memang sangat nak let go barang tu, aku pun reply emelnya sambil cerita serba sedikit pasal barang aku tu. Di perenggan akhir email aku tu, aku kata aku memang tak pernah berurusan dengan orang di luar dari Malaysia.

Pada hari yang sama aku dapat email dari somebody. Somebody happy bila dapat tau yang aku nak jual barang tu pada dia (padahal aku tak kata pun nak jual kat dia). So, dia pun bagi la address untuk post barang aku tu. Lagi aku terkejut bila tengok address tu. Dia suruh aku post barang tu ke Nigeria. Dia minta aku bagi Account Name, Account Number, Bank Name, Bank Address  dan Swift Code.

Kuat terdetik dalam hati aku mengatakan somebody ni adalah conman. Aku try google dalam internet address yang dia bagi dan ternyata agakkan aku betul. Ada info dalam http://www.scammeralert.info . Memang ada yang dah terkena. Nasib baik aku tak terkena.

Bawah ni second email dari conman..

Hello seller,

Thanks for the Mail, Am Very Happy to hear From you so Fast that you Want to sell your item for me. I will Like you to go and Calculate the Total cost of the Item together with the shipping To my Son Address Using DHL Courier Service 2-3 Days Delivery for his Programmed in College and Don’t Forget also to Provide me your Full Bank Information  Below for the Payment to be Made to your Bank Account..

Banking Information Needed for the Payment:

Account Name

Account Number

Bank Name

Bank Address

Swift Code

Here is my Son Shipping address:

Name: Ayomide Opeyemi

Address:Nw5/321 Agbogunmagbin Street, Omitowoju

City:Ibadan

State:Oyo State

Zip-code:+234

Country:Nigeria

Telephone Number:07032451573

Thanks

 
Leave a comment

Posted by on June 16, 2010 in Uncategorized

 

Golongan atas dan rendah.

Semalam aku kedai buku. Tujuannya untuk mencari majalan pasal fotografi. Dah masuk kedai buku, memang banyaklah buku dan majalah di situ. Memadangkan time tu dah dekat nak pukul 1 pm, aku pun tak banyak menjenguk buku-buku yang ada. Aku capai majalah yang aku cari, kemudian terus ke kaunter untuk bayar.

Masa nak ke kaunter tu aku terpandang satu majalah ni. Aku tak ingat majalah ape tapi muka depannya buatkan aku tertarik untuk membeleknya. Cerita mengenai golongan-golongan atasan atau yang dipanggil high society. Mereka semua ni terdiri dari kerabat-kerabat sultan, ahli politik, taikun perniagaan dan juga golongan Syed & Sharifah. Life style mereka tak payah cerita lah. Boleh aku simpulkan disini, keturunan mereka tak pernah rasa susah. Aku pun beredar lepas tu sebab waktu solat Jumaat dah nak masuk.

Khutbah Jumaat menyentuh pasal kekejaman Israel laknatullah dan kesengsaraan rakyat Palestin. Israel bertindak kejam pada rakyat Palestin. Suka hati mereka nak bunuh Palestin. Suka hati mereka nak besarkan wilayah mereka. Yang aku sedih di sini bila golongan yang seagama dengan rakyat Palestin seperti tak berbuat apa-apa untuk menolong mereka. Terutama golongan Arab yang kaya raya.

Lepas dengar khutbah tu, terfiir dalam hati mengenai apa yang aku baca dalam majalah sebelumnya. Dah ramai golongan jutawan dalam Malaysia ni. Tetapi kenapa jurang perbezaan antara golongan miskin dan kaya masih terlalu jauh? Masalah kekurangan gula masih tak selesai. Harga petrol yang tidak menentu. Perjanjian tol yang berat sebelah. Semua ini membebankan rakyat bawahan.

Polisi kerajaan masih berat sebelah dan langsung tak berpihak pada golongan-golngan bawahan. Yang kaya bertambah kaya. Yang miskin makin tertekan. Kini kerajaan hendak menghapuskan subsidi yang dikatakan akan menyebabkan kerajaan menjadi muflis suatu masa nanti. Lagi bertambahlah tekanan pada rakyat bawahan. Sampai bilakah kita harus begini?

 
Leave a comment

Posted by on June 12, 2010 in Uncategorized

 

Hadiah dari my wife.

Baru dok berkira-kira nak beli perfume. Perfume yang ada dah habis. Tapi hari ni wife plak buat kejutan hadiahkan Hugo Elements bersama sepotong Blueberry Cheese Cake. Thanks sayang. Kek sedap, perfume pun best. 😀

 
Leave a comment

Posted by on June 6, 2010 in Uncategorized

 

Freedom flotilla.

Gempar dunia seketika minggu lepas. Komando Israel a.k.a. Yahudi laknatullah menyerang konvoi bantuan ke Gaza. 20 orang mati, 30 orang lagi cedera. Diorang ni memang celaka. Konvoi yang bertujuan untuk menyelamatkan penduduk Gaza dari kebuluran disebabkan dikepung oleh rejim Israel sejak 2007 lagi.

Aku kagum dengan sebahagian rakyat Malaysia yang menyertai konvoi tersebut. Keberanian mereka terserlah. Pada hakikatnya memang mustahil Yahudi akan membenarkan bantuan disalurkan walaupun pasukan masuk secara beradab tanpa membawa sebarang senjata walaupun pisau lipat.

Tekaan aku betul, selepas peristiwa tu, bila dunia mengecam tindakan mereka mula la si Yahudi laknatullah beri bermacam-macam alasan. Konon mereka cuma mempertahankan diri bila diserang peserta konvoi. Aik, nak salahkan konvoi la plak.

Sukarelawan tak berputus-asa. Walaupun nasib kapal Mavi Marmara begitu, mereka tetap berani menghantar satu lagi kapal Rachel Corrie. Semoga saudara-saudara kita dapat dibantu oleh sukarelawan-sukarelawan ini.

 
Leave a comment

Posted by on June 5, 2010 in Uncategorized