RSS

Monthly Archives: May 2010

Selamat hari ibu.

Selamat Hari Ibu, Mak, Mama, Bonda atau apa sahaja panggilan kepada wanita yang telah melahirkan kita. Tanpa mereka, pasti aku tiada di dunia ini. Selamat Hari Ibu aku ucapkan pada Pn. Hendon bt Saad.

Sebenarnya aku dan wife pernah berhasrat untuk bawa mak makan diluar. Tempat yang kami cadangkan ialah di Village View. Cuma bila nak dibawa tu asik tertangguh je. Apapun hasrat yang sudah lama dirancang akhirnya tertunai minggu lepas. Memadangkan minggu tersebut jatuhnya Hari Ibu, aku mengajak adik-bradik yang lain untuk turut serta. Alhamdulillah, respon yang diterima agak baik. Aku ajak mereka bermalam di rumah kami memandangkan kedudukannya agak dekat dari sini.

Antara yang hadir selain mak ialah kak ina, her hubby, her sons Umar and Ali, Shikin (mewakili Su yang tak dapat turun disebabkan masalah kakinya), Rizal, Izam (yang paling awal sampai di Village View) dan Emi (yang sesat masa otw).

Menu kami pada malam tu, Siakap Tiga Rasa, Siakap Stim Halia, Kangkong Goreng Belacan, Kailan Ikan Masin, Tomyam Campur dan Telur Dadar. Simple je menunya. Semua kenyang, semua happy. Alhamdulillah.

 
Leave a comment

Posted by on May 12, 2010 in Uncategorized