RSS

Syikin, oh Syikin.

09 Apr

Antara ramai-ramai anak buah yang aku ada, si Shikin ni lah yang paling rapat dengan aku. Lebih-lebih lagi bila Umi dia patah kaki. Akulah yang pagi-pagi akan menghantar dia ke sekolah. Serapat-rapat aku dengan dia pun, dia jarang bercakap dengan aku. Setiap kali hantar dia ke sekolah, dia hanya akan duduk senyap disebelah aku. Kekadang tu terasa macam aku seorang je dalam kereta tu..

Berbeza dengan pagi tadi. Belum sempat pintu kereta ditutup, mulut dia dah mula mengeluarkan suara. “Pak ngah semalam Shikin tidur lepas tu Syikin terjaga Syikin tengok nenek takda kat sebelah katil. Syikin pun keluar bilik rupanya nenek tidur di sofa. Syikin pun tidur kat sofa. Pagi tadi Syikin terjaga syikin tengok nenek tidur dalam bilik. Syikin tanya nenek bila nenek masuk tidur dalam bilik. Nenek kata nenek memang tidur dalam bilik. Tapi Pak Ngah, Syikin memang nampak nenek tidur kat sofa. Pak Ngah, nenek boleh ada dua ke?”. Maksudnya neneknya ada jelmaan kedua. Dia langsung tak letak titik noktah dalam cerita dia tu. Yang aku pulak dalam kejutan sebab dia jadi aktif bercerita dengan aku. Hahaha.

Dari cerita dia tu, aku dapat rasakan yang dia nak bertanya kat aku samada nenek yang dia jumpa di sofa tu hantu ke?. Haha. Aku nak ketawa je, tapi nasib baik aku boleh control lagi. “Nenek kata dia selalu dengar hantu langsuir ketawa. Umi pula ada bagitau nenek yang kat sebelah rumah tu ada kubur. Syikin takut hantu”, cerita si Syikin tu lagi.

Nak sedapkan hati dia yang gudah-gulana tu aku pun berkata,”Tu la, sapa suruh Syikin takut sangat dengan hantu. Tu yang Umi dan nenek usik Syikin. Kalau Syikin takut hantu, hantu lagi suka kacau Syikin. Kalau Syikin tak takut hantu, hantu akan takut kat Syikin.”

“Syikin bukannya apa. Syikin takut tengok giginya tu. Eeeeee”. Haha, aku ketawa je bila dia cerita macam tu. Mungkin gigi hantu tu kotor sangat kot. Tu yang buat dia takut.

Dari rumah di presint 8 sampailah ke sekolahnya di presint 16, dia langsung tak berhenti bercerita.

Sebelum turun dari kereta dia selalu salam cium tangan aku. Aku plak selalu pesan belajar rajin-rajin. Tapi, pagi tadi aku tambah sikit pesanan penaja aku,” Syikin belajar rajin-rajin ye. Ingat, jangan takut hantu, biar hantu takut kita.”. Haha. Dia cuma angguk je. Entah dia paham ke tidak pesanan Pak Ngahnya yang sofistikated tu.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on April 9, 2010 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: