RSS

Monthly Archives: April 2010

Syikin, oh Syikin.

Antara ramai-ramai anak buah yang aku ada, si Shikin ni lah yang paling rapat dengan aku. Lebih-lebih lagi bila Umi dia patah kaki. Akulah yang pagi-pagi akan menghantar dia ke sekolah. Serapat-rapat aku dengan dia pun, dia jarang bercakap dengan aku. Setiap kali hantar dia ke sekolah, dia hanya akan duduk senyap disebelah aku. Kekadang tu terasa macam aku seorang je dalam kereta tu..

Berbeza dengan pagi tadi. Belum sempat pintu kereta ditutup, mulut dia dah mula mengeluarkan suara. “Pak ngah semalam Shikin tidur lepas tu Syikin terjaga Syikin tengok nenek takda kat sebelah katil. Syikin pun keluar bilik rupanya nenek tidur di sofa. Syikin pun tidur kat sofa. Pagi tadi Syikin terjaga syikin tengok nenek tidur dalam bilik. Syikin tanya nenek bila nenek masuk tidur dalam bilik. Nenek kata nenek memang tidur dalam bilik. Tapi Pak Ngah, Syikin memang nampak nenek tidur kat sofa. Pak Ngah, nenek boleh ada dua ke?”. Maksudnya neneknya ada jelmaan kedua. Dia langsung tak letak titik noktah dalam cerita dia tu. Yang aku pulak dalam kejutan sebab dia jadi aktif bercerita dengan aku. Hahaha.

Dari cerita dia tu, aku dapat rasakan yang dia nak bertanya kat aku samada nenek yang dia jumpa di sofa tu hantu ke?. Haha. Aku nak ketawa je, tapi nasib baik aku boleh control lagi. “Nenek kata dia selalu dengar hantu langsuir ketawa. Umi pula ada bagitau nenek yang kat sebelah rumah tu ada kubur. Syikin takut hantu”, cerita si Syikin tu lagi.

Nak sedapkan hati dia yang gudah-gulana tu aku pun berkata,”Tu la, sapa suruh Syikin takut sangat dengan hantu. Tu yang Umi dan nenek usik Syikin. Kalau Syikin takut hantu, hantu lagi suka kacau Syikin. Kalau Syikin tak takut hantu, hantu akan takut kat Syikin.”

“Syikin bukannya apa. Syikin takut tengok giginya tu. Eeeeee”. Haha, aku ketawa je bila dia cerita macam tu. Mungkin gigi hantu tu kotor sangat kot. Tu yang buat dia takut.

Dari rumah di presint 8 sampailah ke sekolahnya di presint 16, dia langsung tak berhenti bercerita.

Sebelum turun dari kereta dia selalu salam cium tangan aku. Aku plak selalu pesan belajar rajin-rajin. Tapi, pagi tadi aku tambah sikit pesanan penaja aku,” Syikin belajar rajin-rajin ye. Ingat, jangan takut hantu, biar hantu takut kita.”. Haha. Dia cuma angguk je. Entah dia paham ke tidak pesanan Pak Ngahnya yang sofistikated tu.

 
Leave a comment

Posted by on April 9, 2010 in Uncategorized

 

Penatnya hari ini.

Hari yang amat memenatkan. Merayau dari pagi smpailah ke petang. Tapi hanya dua tempat je yang dituju. Yang membuatkan diri menjadi letih dan penat adalah disebabkan kepanasan cuaca sejak kebelakangan ni.

Aku, Fadzly, Shafik dan Mat Zin pergi melawat premis kami yang baru di Taman Botanik, Klang. Company baru je sewa satu lot kedai di situ untuk dijadikan dapur utama dan pejabat operasi De Salam. Banyak juga yang perlu dibelanjakan untuk pastikan impian jadi kenyataan.

Selesai meninjau tempat baru, kitorang ke SJMC melawat tokey sayur yang terlantar di sana. Si tokey ni disuspek kene demam denggi dan keadaannya agak kritikal. Itu kata keluarganya la. Tapi bila sampai di sana, rupanya bukan. Chua Kok Hoe tak kene denggi pun. Darah tinggi dia naik menyebabkan dia terasa seperti mau tumbang. Haiya apek.. lu sulah buat kitorang risau lorr. Kalau lu talak, sapa mau anta sayur.

 
Leave a comment

Posted by on April 6, 2010 in Uncategorized

 

Pagi Jumaat yang hening.

Pagi-pagi lagi aku dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali dengan panggilan Din Beramboi. Al-fatihah buat allayarham..,

Pagi ni juga topik mengenai “kehilangan” yang dibincangkan di Hotfm membuatkan hati aku jadi sebak. Sebak bila teringat pada arwah abah yang baru meninggalkan kami 3 bulan lalu. Betullah apa yang dikata salah seorang pendengar Hotfm, walaupun kita punya duit yang banyak tapi semua itu takkan dapat sampai kepada yang telah pergi. Hanya kita yang bergelar anak-anaknya yang mampu mendoakannya.

Kena dengan sepotong hadis Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bahwa beliau bersabda, “Apabila anak adam meninggal dunia terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara; sedekah jariyah, atau anak yang shalih yang mendoakannya, atau ilmu yang bermanfaat”.

InsyaAllah aku sebagai anak akan sentiasa mendoakan arwah abah. Alhamdulillah setakat ni aku tak pernah lupa untuk doakan arwah abah di sana dan berharap aku tak lupa.

 
Leave a comment

Posted by on April 2, 2010 in Uncategorized