RSS

Monthly Archives: March 2010

Hot air balloon @ Putrajaya.

Last 2 weeks (18-21 Mac 2010) ada pesta belon udara panas di Putrajaya dan ia merupakan kali ke-2 diadakan di tempat yang sama. Pengunjung yang datang memang ramai. Last year aku memang tak dapat datang walaupun dalam hati terasa sangat nak lihat macam mana rupa belon udara panas ni. Maklumlah benda ni masih baru lagi di Malaysia. Memandangkan tahun ni aku dan wife dah menetap di Putrajaya, so aku pun mengambil kesempatan untuk datang.

Boleh aku katakan yang pesta ni sememangnya meriah sangat. Ramai jugak photographer yang official dan unofficial yang turun padang. Bermacam-macam jenis dSLR dan lens yang aku jumpa.

Pada hari Jumaat (19 Mac) aku dan wife mengajak my sis (her family), mom, Emy, Izam dan Rizal bermalam di rumah kami. Kebetulan my sis teringin bawa Umar dan Ali ke pesta tu.

Sepanjang 4 hari pesta itu berlangsung, satu hari pun aku tak pernah miss untuk ke sana. Rumah dekat, boleh la. Kalau rumah kat Ampang, tak da la hari-hari aku nak datang. Aku datang pun sebab aku nak shoot gambar. Tapi apa yang mengecewakan aku asyik terlepas aktiviti Balloon Fun Fly. Hari terakhir sebelum perasmian majlis penutup, aku dah standby awal-awal. Aktiviti Fun Fly dibatalkan sebab hujan lebat turun di Putrajaya. Nampaknya terpaksalah aku tunggu tahun hadapan. Huhu.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on March 31, 2010 in Uncategorized