RSS

Monthly Archives: February 2010

Pagi Ahad di Putrajaya.

Pagi Ahad lepas aku sempat join satu aktiviti santai fotografi yang dianjurkan oleh duniafotografi.com (DF) di persekitaran PICC di bawah kendalian En Adhadi Mohd dan En Jaggat Rashidi. Lebih dari 20 orang hadir untuk turut serta. Tujuan utama aktiviti adalah untuk mengajar peserta cara-cara asas dalam mengambil gambar dalam bentuk potret.

DF menyediakan 3 model untuk para perserta Shima, Tasha dan juga Zully. Memang cun-cun belaka mereka ni (harap puan sri tak marah..:D). Perkara-perkara yang diajar macam penggunaan lense yang betul, teknik pengcahayaan (guna reflektor), composition, penggunaan speedlite atau flash dan juga cara berkomunikasi dengan model (subjek). Antara yang diajar tu, bab berkomunikasi dengan subjek tu aku slow sikit.

Apapun aktiviti ini amatlah seronok. Ini pertama kali aku join program DF. Harap lain kali aku dapat join lagi.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on February 2, 2010 in Uncategorized