RSS

Monthly Archives: January 2010

Crumpler.

Semalam aku sempat sambar lagi satu biji Crumpler di The Curve. Entah kenapa sejak kebelakangan ni aku obses sgt dengan beg brand Crumpler. Dimulakan dengan beg kamera 7 Million Dolar Home di butik Crumpler, KLCC. Aku ke sana lagi untuk cari penganti beg pakaian Nike yang dah diambil oleh adik aku. Hampir-hampir aku nak beli Old Banger. Aku membatalkan hasrat tu bila adik aku tu tak jadi ambil. Dan semalam aku beli The Beer Back.

Kalau dulu aku suka warna gelap, tapi sekarang aku makin suka warna fancy. Dan itu salah satu sebab kenapa aku suka Crumpler selain design begnya yang lain dari yang lain. Pernah jugak terpikir nak tukar kaler kereta kancil aku yang hitam tu. Warna pilihan yang bermain dalam kepala aku ni purple, kuning, merah ala-ala maroon, hijau kekuning-kuningan, kuning pudar or biru blueberry. Hehe.

Tapi itu sekadar impian je. Time bujang dulu boleh la. Sekarang ni tak boleh dah. Sebabnye ada banyak tempat yang aku kene belanjakan duit yang ada pada aku sekarang ni. Yang paling utama adalah untuk rumah baru kami dia di Presint 5, Putrajaya.

List barang-barang yang nak kena beli dah ada. Decoration yang nak dibuat dalam rumah tu pun ada. Cuma sekarang ni tak tau yang mana should come first. Nasib baik la wife ada, dia dalam bab mengemas and menghias rumah ni dah jadi hobi dia. Aku sekadar duduk tepi bagi cadangan. Hehe.

And sebut pasal decoration ni kami bercadang nak cat dinding-dinding dalam rumah tu dengan tema ceria dan moden. Kita tunggu dan lihat samada cadangan itu terlaksana atau tidak nanti. By the way, InsyaAllah aku dan wife akan pindah masuk rumah tu di pertengahan bulan Febuari ni. Semoga semuanya berjalan lancar.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on January 27, 2010 in Uncategorized

 

Pergi tak kembali.

Al-Fatihah….

Sudah semingu lebih (10.05.1947 – 07.01.2010) abah kembali ke rahmatullah. Kembali dalam keadaan yang tidak diduga sama sekali aku dan keluarga. Sayu prasaan ni tatkala teringatkan abah.

Abah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang selepas terkena serangan jantung. Aku bersyukur kepada Tuhan sebab segala-galanya telah dipermudahkan oleh-Nya.

Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang. Kau tempatkanlah roh abahku di kalangan orang-orang yang soleh. Dan Kau jauhikanlah dia dari azab kubur. Amin ya rabbal alamin..

 
Leave a comment

Posted by on January 17, 2010 in Uncategorized