RSS

Monthly Archives: December 2009

Salam 2010.

Tinggal beberapa jam sahaja lagi tahun Masihi akan bertukar dari 2009 ke 2010. Apapun tahun 2009 mengisi banyak kenangan yang terindah jika dibandingkan dengan tahun 2008. Bagi aku, 2008 banyak mengajar aku dalam mengharungi kehidupan sebagai manusia.

Alhamdulillah, 2009 ni Allah berikan kelebihan kepada aku. Kehidupan lebih selesa berbanding sebelumnya. Yang paling manis sekali bila tahun ni, iaitu di penghujung tahun aku berjaya menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan Wan Aida Nuriezma.

Semoga tahun yang akan datang, Allah murahkan rezeki kami, beri kami  kebahagiaan, dan mengampunkan dosa aku dan keluarga. Amin.

Dalam kebosanan ni sempat juga la aku siapkan foto+video majlis aku di Ampang minggu lepas. Dapat komen dari wife, katanya lagu dalam tu video tu tak best. Huhuhu.. Tak pe, abang baru belajar. Nanti abang cuba lagu yang lain ek. Dangdut boleh?.. hehe..

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on December 31, 2009 in Uncategorized

 

Hari aku bernikah.

Alhamdulillah pada tanggal 18 Disember 2009, aku selamat dinikahkan dengan Wan Aida Nuriezma Binti Che Zahari di Masjid Kampung Langgar, Kota Bahru. Majlis yang bermula selepas solat Isya itu turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Tak sangka plak Mama (mak mertua) sediakan sup tulang khas dari air tangannya (sebenarnya request dari aku) untuk para tetamu yang hadir malam tu. Sup tulangnya memang menjilat jari lah sampai dipuji oleh tetamu yang datang.

Majlis pada malam tu berakhir dengan sesi bergambar bersama yang dikendalikan oleh Bro Amir (photographer dari Harharah Bridal). Arigato.

 
Leave a comment

Posted by on December 22, 2009 in Uncategorized

 

Kita akan bertemu kembali.

Hari ni Cik Aida saya dah mula bercuti. Cik Aida akan pulang ke Kota Bahru untuk membuat persiapan menyambut kedatangan cik abangnya (aku la tu) ke rumahnya. Hari ni aku menghantar Cik Aida ke perhentian bas Putrajaya Sentral. Bas yang dalam gambar itulah bas yang dinaiki oleh Cik Aida. Selamat jalan, semoga sayang selamat sampai.

Hari ini adalah hari terakhir aku berjumpa dengannya sebagai tunang sebab bila kami bertemu nanti, kami akan bertemu sebagai pasangan suami isteri (selepas akad nikah la).

Lepas je selesai urusan di Putrajaya, pulang terus ke rumah sebab nak layan Blogger Boy (sekarang dan masuk 2nd season, tapi aku baru nk mula dengan first season). Lagi pantas aku bergegas bila dapat tau meeting malam ni dibatalkan. Tapi teringat plak mesej dari Cik Aida, “Hati-hati memandu, kita ni kan darah manis.” Hoho!. Go slow man..

 
Leave a comment

Posted by on December 12, 2009 in Uncategorized

 

Ber”racing” di Kg Gajah.

Saya dengan ini mengaku sebenarnya saya telah “dibakar” oleh Man, Panjang, Zul, Azry dan Siddiq (dia ni keretanya masuk wosyop, tapi dialah orang yang paling kuat membakar aku). Nawaitu aku ke sana sekadar ingin menjemput rakan-rakan pemotoran yang belum dapat kad jemputan kahwin dan sambil tu hendak menambah jumlah shutter-counts kamera sony aku (alasan baik punya).

Diorang seawal pukul 4 pagi dah bertolak ke Kampung Gajah. Tapi aku, pukul 9 pagi baru terhegeh-hegeh nak ke sana. Sekali lagi aku tegaskan nawaitu aku cuma nak shoot gambar dan passing kad jemputan. Sebelum bertolak sempat lagi hantar kereta ke car wash. Lepas je Mat Bangla tu selesai lap kereta, aku bersama kamera dan kad jemputan memulakan perjalanan ke Kampung Gajah!.

Aku sampai sana lebih kurang dalam pukul 11 pagi. Memang enjoy perjalanan ke sana walaupun seorang diri. Masuk pekan Bidor, lalu tepi sawah, tali air, tempat event motorcross tapi yang paling best bila lalu tempat kenduri kahwin. Bukan satu, tapi 4 tempat kenduri kahwin. Musim mengawan la katakan.

Sampai sana, sempat juga tengok member-member beraksi. Lana, Ayie, Man Kuala, Jep, Pharin antara yang ada di situ. Pukul 12 tengahari, event diberhentikan untuk sementara untuk makan tengahari.

Selesai makan tengahari, aku dah terasa macam nak turut serta. Tak tahan beb bila dengar cerita Man dan Zul. Bayar entrance fee, then start la enjin kancil aku yang lama tk servis tu.

Tak sia-sia join the event walaupun lewat. Memang seronok sangat kalau nak bandingkan main di Sepang. Petang tu, tepat pukul 5 petang, aku, Siddiq dan Zul bertolak pulang. Nawaitu asal memang terlaksana. Dapat bagi kad jemputan kepada Man Kuala (yang lain semua dah dapat) dan juga dapat shoot gambar walaupun tak banyak. Lain kali nak join lagi, tapi boleh ke? Ermm..

 
Leave a comment

Posted by on December 11, 2009 in Uncategorized

 

Membilang hari-hari.

Kini tinggal kurang dari dua minggu sahaja lagi untuk aku bertukar status. Insya-Allah, pada 18 Disember 2009 bersamaan 1 Muharram 1431 Hijrah, saya akan melafazkan akad nikah menerima Wan Aida Nuriezma Binti Che Zahari sebagai permasuri dalam hidup saya. Maka bermulalah kehidupan yang baru.

“Ya Allah, Kau bahagiakanlah kehidupan kami seperti Nabi Muhammad SAW bersama Siti Khadijah, Nabi Yusof dan Zulaikha, dan juga seperti Nabi Adam dan Hawa. Kau anugerahkan kesihatan dan k1esejahteraan kepada kami sekeluarga sepanjang hayat kami. Engkaulah Maha Berkuasa ke atas segala-galanya. Amin Ya Rabbal A’lamin.”

 
Leave a comment

Posted by on December 8, 2009 in Uncategorized