Hari ni dalam berita, kematian yang melibatkan H1N1 makin bertambah. Peningkatan seramai 8 kematian menunjukkan angka tertinggi yang dicatakan dalam masa sehari. Semua hospital terutama hospital kerajaan menyediakan langkah berjaga-jaga.
Di Hospital Tengku Ampuan Rahimah sahaja, pihak hospital terpaksa menjadikan asrama doktor pelatih sebagai tempat saringan khas untuk menempatkan pesakit-pesakit H1N1. Kami sebagai pengusaha kantin turut sama terlibat membantu pihak hospital dalam menyediakan perkhidmatan pembekalan makanan kepada pesakit dan pelawat.
Apapun didoakan apa yang berlaku tidak berpanjangan dan akan kembali pulih seperti sediakala