RSS

Shah Rukh Khan dapat Dato’?

11 Oct

Nak ketawa rasanya bila dengar yang artis bolywood bertaraf superstar dianugerahkan gelaran Dato’ oleh oleh sebuah negeri di semenanjung Malaysia. Bukan aku saja yang dok sibuk pikir, orang lain pun sama. Apa sumbangan utama Mr Shah Rukh Khan kepada rakyat Malaysia?.

Macam dah tak da rakyat dalam Malaysia ni yang layak terima anugerah tu. Dalam banyak-banyak cerita-cerita yang aku dengar, cerita ni yang paling aku berminat untuk terbitkan dalam blog aku ni. Shah Rukh Khan ini sebenarnya diminati oleh isteri seorang pembesar dalam negara. Pembesar negara tersebut pula ketika ini sedang melangkah menuju ke jawatan terpenting lagi glamor dalam Malaysia dan akan meninggalkan jawatan no 2 yang terpenting lagi glamor.

Memandangkan jawtan no 2 ini akan dikosong, maka datanglah seorang pembesar dari negeri di selatan semenanjung yang menawarkan untuk mengisi kekosangan tersebut. Ramai yang beranggapan pembesar negeri ini telah menyenaraikan nama Shah Rukh Khan untuk diberi pingat disebabkan Shah Rukh Khan ini diminati oleh isteri pembesar negara (bodek la tu).

Mungkin tindakan tersebut bertujuan untuk mengembirakan hati isteri pembesar seterusnya memohon sokongan isteri dan pembesar negara agar diperkenankan hajatnya untuk bertanding untuk jawatan no 2 itu.

Apapun, tak ramai yang bangga penganugerahan yang diberikan kepada artis tersebut. Malah lebih ramai yang ketawa termasuk aku.

Nota: artikel ini diambil dari blog owner yang lain…

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on October 11, 2008 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: