RSS

Monthly Archives: October 2008

Something need to think..

Macam-macam yang perlu difikirkan lately. Hiding agenda oleh pihak lain pun perlu difikirkan selalu. Bukan ape. Untuk kesenangan masa hadapan.

Sekarang ni terlalu banyak persoalan yang timbul dalam benak ni. Dan terlalu banyak juga kesimpulan yang perlu dibuat. Itu pun berdasarkan kepada teori pengalaman hidup.

Tikam dari belakang dah banyak kali terjadi. Ada orang kata, untuk terus hidup kita perlu pentingkan diri sendiri. Adakalanya pendapat tu betul untuk certain perkara je. Tp, untuk lain perkara ianya tak elok dipraktikan. Kita hidup di atas dunia ni bukan seorang diri. Semua makhluk saling perlu dan memerlukan.

Tapi benar kata seorang ahli politik. Kalau kita tak mau dianianya, jangan pula kita menganianya orang lain.

Hari ni aku berterus terang dengan org yang paling rapat (dalam hal kerja je la). Kami duduk berbincang 4 mata. Tanya pendapat dia, dan kemudian aku bentangkan pendapat aku. Aku bertanyakan pendapat dia bukan nya apa. Aku nk tgk sejauh mana kesungguhan dia dalam “hal ini’.

Tapi ada sedikit perubahan bila aku mula bentangkan pendapat aku. Aku keluarkan hujah-hujah untuk menyokong pendapat aku. Reaksi mukanya mula berubah. Apa yang dia kata sebelum ni langsung tak dipertahankan. Malah dia terus menyokong pendapat aku. Seperti ada udang disebalik batu.

Petang ni aku terima call dr seseorang. Seseorang yang aku kenal yang turut terlibat dalam hal ini. Langsung aku tak jawab panggilan tu. Mungkin panggilan tu adalah kesan dari perbincangan pendapat sebelumnya. Who knows?. Bak kata Uncle Phua Chu Kang,” Don’t play play!”

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on October 23, 2008 in Uncategorized

 

Setel aku punya kerja.

Setelah bertungkus lumus sejak hari Isnin yang lepas, akhirnya aku berjaya juga mengsetelkan apa yang perlu aku setelkan. Semalam aku terpaksa korbankan masa tido semata-mata nak siapkan kerja aku tu. Tapi tak da la aku berjaga sepanjang malam. Ada juga curi-curi tido.

Skarang masa untuk tarik nafas kembali. Malam ni nak jenguk kereta kecik aku. Dh lama aku tak drive kereta tu. Rindu pulak. Semalam tgh dok sibuk siapkan kerja, tetiba Abg Fadil call. “Hai Di. Banyak kerja ke?”, tanya abg fadil kt aku.

“Ada la jugak. Nak kene siapkan sebelum esok pagi. Esok pagi pula nk ke Putrajaya”, konon sibuk teramat sangat. Hehe

“Ha, ko dengar tak bunyi ni?” tanya abg fadil samada aku dapat teka bunyi tu ke tak.

“Bunyi apa tu? Lain macam je bunyi nye. Motobot ke?”, hehe. Saje je aku buat tak tau.

“Bunyi kereta kau la. Ada plak bunyi motobot. Tapi gas ekon and silikon hos blum pasang lagi. Esok abg bgtau Mie mintak dia isi gas”. Time abg bgtau tu aku tersenyum lebar. Sbb lepas ni dpt la aku tekan pedal minyak keta kecik tu.

“Orait bro, esok wa dtg worsyop. Tonight tak bleh la bro, wa byk keje.” skali keluar slang apek la plak. Sronok punya pasal kot. Hehe

“orait, jumpa esok”. End of the conversation.

Hari ni aku balik awal. Sbb utama bukan aku nak ke worsyop, sbbnye aku kene pulangkan kereta parents sblum pukul 4. Lagipun semalam aku tk cukup tido sebab nak siapkan kerja. Malam nnt baru la ke sana. Yeah!

 
Leave a comment

Posted by on October 16, 2008 in Uncategorized

 

Shah Rukh Khan dapat Dato’?

Nak ketawa rasanya bila dengar yang artis bolywood bertaraf superstar dianugerahkan gelaran Dato’ oleh oleh sebuah negeri di semenanjung Malaysia. Bukan aku saja yang dok sibuk pikir, orang lain pun sama. Apa sumbangan utama Mr Shah Rukh Khan kepada rakyat Malaysia?.

Macam dah tak da rakyat dalam Malaysia ni yang layak terima anugerah tu. Dalam banyak-banyak cerita-cerita yang aku dengar, cerita ni yang paling aku berminat untuk terbitkan dalam blog aku ni. Shah Rukh Khan ini sebenarnya diminati oleh isteri seorang pembesar dalam negara. Pembesar negara tersebut pula ketika ini sedang melangkah menuju ke jawatan terpenting lagi glamor dalam Malaysia dan akan meninggalkan jawatan no 2 yang terpenting lagi glamor.

Memandangkan jawtan no 2 ini akan dikosong, maka datanglah seorang pembesar dari negeri di selatan semenanjung yang menawarkan untuk mengisi kekosangan tersebut. Ramai yang beranggapan pembesar negeri ini telah menyenaraikan nama Shah Rukh Khan untuk diberi pingat disebabkan Shah Rukh Khan ini diminati oleh isteri pembesar negara (bodek la tu).

Mungkin tindakan tersebut bertujuan untuk mengembirakan hati isteri pembesar seterusnya memohon sokongan isteri dan pembesar negara agar diperkenankan hajatnya untuk bertanding untuk jawatan no 2 itu.

Apapun, tak ramai yang bangga penganugerahan yang diberikan kepada artis tersebut. Malah lebih ramai yang ketawa termasuk aku.

Nota: artikel ini diambil dari blog owner yang lain…

 
Leave a comment

Posted by on October 11, 2008 in Uncategorized

 

Kena demam raya ke ni?

Hari ni aku demam. Mungkin sebab cuaca kt kl ni yang semakin kerap dibasahi hujan. Lagipun dah dua tiga malam aku tidur lewat dari pulul 12 mlm.

Tahun lepas selalunya aku rasa seronok bila lepas raya. Dalam pda ada juga tercatit, minngu ni rumah siapa yang terbuka. Rumah yang tertutup minggu ni bila pula akan dibuka. Tapi tak la semua rumah yang terbuka tu aku datang bertandang. Dan tak semua juga rumah yang tertutup tu aku langsung tak datang. tengok keadaan la.

Tahun ni rumah yang pertama aku beraya selepas pulang dari kampung ialah rumah Bro Fadhil, bro pomen yang byk menyelesaikan masalah keta kecik aku. Masa aku bertandang tu akak (bini abg pomen) dah ada kt rumah. Sunyi sepi je kawasan rumahnya tu. Jiran2 yang lain still blum balik lagi. Masa aku smpai, 2 orang anak dia dok sronok bakar mercun. Dua orang tu je la yang ada kt situ. Bebudak lain mungkin di kampung mereka lagi kot.

Kesian gak aku kt abg pomen ni. Raya tahun ni dia tak dapat balik ke kampung. Dia hanya beraya seorang diri di Kolumpo. Anak bininya disuruh balik, itupun dipaksa balik sebab nenek sebelah bini dia meninggal dunia beberapa hari sebelum raya. Tapi bini mana yang tak sayangkan suami. Petang hari raya pertama tu bini dia dah balik Kolumpo.

Hari tu ada berborak dengan dia. Ada juga mulut ni gatal nk bertanya apa perasaan dia beraya sorang diri. Soalan sensitif plak aku nk tanya. Tp, abg ni mmg openminded. Dia mulakan cerita suasana pagi raya tu. Dia bersiap dengan berbaju melayu berkain pelikat nak ke masjid solat raya. Lepas solat perut dia lapar lantas cuba mencari jauadah mamak untuk mengisi perut.

Malang betul nasib dia, kedai mamak disitu kebanyakkannye tidak beroeperasi hari tu. Perut dah lapar, nak tak nak lidah dia nk juga rasa menu hari raya. Dia singgah la gerai lemang untuk dibeli sebatang dua. Apa yang dia cerita buat aku terkejut. Sebatang harganye RM 4, harga untuk ketupat segitga jatuh dlm RM 1 sebiji, rendang dan kuah kacah yang tak sepenuh tappurware bubur lambuk harganya RM 7.00. Pergh. mmg mahal.

Tinggalkan bab abg pomen tu. Tp itu la rumah pertama yang aku beraya. Masuk hari Isnin aku dah mula sibuk dengan kerja. Waktu kerja yang habis pukul 4.30pm mmg tak cukup. Kerjer disambung pula sampai waktu malam. Tga hari berturut2 sehingga hari rabu aku balik lewat ke rumah. 2 official meeting, satu maple meeting (penting gak meeting ni). Hari keepat tu (khamis) sepatutnya ada dating, tp terpaksa cancel disebabkan imun badan aku tak berapa kuat. Aku demam plak malam tu. Demam tu plak berlarutan sehingga hari ni.

Time demam ni la aku mula tersedar yang raya sebenarnya baru je seminggu berlalu. Tp aku rasa macam dah sebulan berlalu. Mungkin stress dengan kerja kot. Wallahualam.

Esok, ada open house kt worsyop. Aku n kengkawan yang lain yang akan uruskan majlis tu atas permintaan tokei worsyop (abg pomen). Hanya orang2 tertentu je yang dijemput. Tujuan majlis adalah untuk bertemu dan bermesra dengan kawan-kawan selepas beraya.

Badan panas lagi. Aku posting yang ini dulu..

 
Leave a comment

Posted by on October 10, 2008 in Uncategorized