RSS

Monthly Archives: September 2008

Shopping raya.

Sebenarnya bukan berniat nk soping raya pun samalam. Cuma sekadar nk jenguk kedai je. Aku, Sham, Chef n Amir ke sana waktu petang. Kami ke kedai Mido yang terletak berhampiran dgn Center Point, Klang.

Kedai Mido ni sebenarnya pejual jeans Levi’s. Dh lama sebenarnya aku tk memakai jeans. Aku lebih selesa pakai khakis. Aku ke sana pun sekadar window soping je. Tp byk benda yang aku tk tau pasal jeans, aku dpt tau kt sana. Dr kewujudan kedai tu hingga la jenis2 yang dijual semua diceritakan kt aku. Tak dinafikan mmg tokei kedai n pembantunya friendly. Kedai tu dah lama wujud, dn pelanggannye mmg ramai. Bg mereka, kedai tu bertaraf butik levis, tp kalau cek outlet dlm website levis, kedai tu tk wujud pun. hehe.

Biasala jeans yg ori mana ada hrga kurang dr RM 100. Tp kt sudut kedai tu aku terpandang tag harga RM 1299!. Terkejut gak aku. Ada plak harga jeans yg harga semahal tu. Sapa la yang nk pakai jeans yang berharga sebulan gaji tu. Kalau aku ada duit sebanyak tu pun, tk la aku teringin nk membelinya. Rupanya kedai tu dh berjaya menjual tiga helai jeans tu. Jeans tu sebenarnye limited edition yang dikeluarkan oleh levis. Kiranya dalam dunia ni ada 10000 pasang je.

Sham, org nye yang sederhana sebenarnya obses sgt dgn jeans levis. Katanya dari dia masa bujang sehingga skarang, tiba je time raya mesti dia bertandang ke kedai tu. Masa di kedai tu, dia la yg banyak bercerita pasa levis ni. Brand 501, 505, 512, dockers, couldroy, red tap, button fly, double bones, single bone, jacket, belt. semua dia cerita. Aku tgk dia dh macam pembantu kedai tu je.

Sblum bla, aku sempat sambar jeans khakis levis 512. Aku mmg tk minat kt jeans. Tp, mungkin oneday aku bli gak kot. Kluar dr kedai tu rasa macam menyesal gak. Ye la, dengan harga jeans tu, aku boleh dpt 2 helai seluar biasa. Tp, kalau tk cuba tk tau bestnye jenama levis ni. Masa otw balik tu, syam sambung lagi ceritanya pasal menjaga jeans ni. Cntohnye, hujung kaki tu diketuk dgn hammer, couldroy jgn dibasuh tp dicelup dn diberus dengan berus sabut, tulang dalam sluar tu disapu lilin kemudian distrika. Dan cerita yg paling menarik bila dia certikan mengenai kawan dia. Katanya, lepas je kawan dia beli jeans levis, jeans tu dipijak pijak kemudian dicampak ke dalam paya. Esoknya kawannya ambil jeans tu untuk dibasuh sblum pakai. Tujuannye nk bg nampak season. Huh, sampai macam tu skali.

 
Leave a comment

Posted by on September 24, 2008 in Uncategorized

 

Politik Malaysia.

Banyak sebenarnya yang prelu dirisaukan sekarang ni. Dari segi pandangan aku mengenai politik dalam negara ni, pasti sesuatu akan terjadi. Cuma aku kurang pasti samada yang akan terjadi tu lebih byk membawa kebaikan atau keburukan. Apapun pada Allah jua aku berdoa memohon supaya dilindungi Malaysia dari sebarang bencana perbuatan manusia. Namun, kebaikan itulah yang aku dan yang lain-lain harapkan.

Banyak teori yang diperkatakan bila Pak Lah bertukar portfolio dengan timbalannya. Pak Lah pegang Menteri Pertahanan. Najib pula pegang Menteri Kewangan. Tapi, kedua-dua tokoh tersebut langsung aku tk berminat. Khabar angin yang berlegar didalam blog-blog banyak mengatakan tujuan dibuat begitu bukan sebenarnya untuk “melatih Najib menjadi Perdana Menteri”. Tetapi lebih untuk menjaga kedudukan Pak Lah dari serangan amarah rakyat.

Rakyat dah mula bersuara. Rakyat dah mula keluarkan tanda-tanda yang mereka tidak suka kerajaan yang ada sekarang. Diharapkan perubahan yang berlaku membawa kesejahteraan kepada rakyat Malaysia.

 
Leave a comment

Posted by on September 18, 2008 in Uncategorized