RSS

Aku terkena denggi.

13 Jun

5 Jun 2008 aku mula rasa tak sehat. Badan aku jadi semakin lemah. Tapi sebelum hari itu aku mengalami sakit mata yang amat teruk. Mata menjadi merah. Bila kenyit mata terasa amat sakit. Kemudian aku mula terasa seperti dilanda demam. Satu hari aku berkurung dalam rumah. Kebetulan masa tu tiada siapa di rumah. Mak dan abah ikut akak pulang ke kampung. Tinggallah aku seorang diri di dalam rumah. Aku tak dapat datang kerja hari tu. Aku hanya mampu bangun, makan dan tido je.

Pada hari sabtu baru aku perasan badan aku timbul bintik-bintik merah. Memang aku tak perasan sebelum ni sebab badan aku dilitupi dengan baju panas dan kain selimut. Kebetulan adik aku baru balik dari Shah Alam. Aku minta tolong dia bawa aku ke klinik sebab aku tak larat untuk memandu. Badan terasa amat lenguh. Kulit muka menjadi kering. Batuk dan sakit tekak mula timbul. Aku kemudiaan di bawa ke Klinik Izham. Doktor terkejut lihat badan aku berbintik merah. Dia syor untuk mengambil sampel darah untuk dianalisis samada ada kuman denggi atau tidak. Selepas darah diambil, doktor memberitahu yang dia akan hubungi aku selepas dapat keputusan.

Setelah ambil ubat di kaunter, terus aku minta adik aku carikan air 100 plus. Aku malas nak tunggu keputusan doktor tu. Aku pun minum berbotol botol 100 Plus. Dalam pada tu, aku rasa risau dengan keputusan darah aku tu.

Hari ni masuk hari Ahad. Doktor yang ambil darah aku tu langsung tak hubungi aku. Kebetulan demam aku makin kebah, cuma bintik-bintik merah masih kelihatan. Petang tu aku hubungi Klinik Izham. terkejut pula diberitahu keputusan darah aku tu belum dapat lagi disebabkan makmal tutup pada hari Ahad. Aku rasa doktor tu tak profesional. Kalau la aku ni hidap demam denggi yang kritikal, tentu dah lama aku mati di rumah. Langsung tak beri cadangan supaya aku rujuk demam aku ni di tempat lain, yang boleh analisa darah aku tu.

Hari isnin aku ke Putrajaya dalam keadaan lemah. Aku minta bantuan Maksu untuk bawa aku ke klinik kesihatan di situ. Maksu bawa aku ke Klinik Kesihatan di Persint 9 (rasanya). Aku tertarik dengan sistem yang di praktikkan di situ. Dari hal pendaftaran sehingga ke pengambilan ubat, semuanya bersistem. Aku berdaftar di kaunter pendaftaran dan dikenakan bayaran RM 1. Kemudian aku ke kaunter seterusnya di mana aku perlu beritahu jenis sakit atau rawatan yang diperlukan. Dari situ, nurse meminta aku ke makmal untuk di ambil darah. Selepas itu aku ke tempat menunggu untuk menunggu giliran berjumpa dengan doktor. Keputusan darah aku dihantar terus ke skrin komputer yang terdapat di dalam bilik doktor. Doktor mengesahkan aku ada jangkitan denggi. Bilangan platlet darah aku di bawah normal tapi tidak terlalu kritikal. Pada skrin tersebut doktor mencadangkan beberapa ubat yang perlu aku ambil. Doktor menasihatkan aku untuk datang pada keesokkan hari. Keluar dari bilik doktor, aku ke bahagian farmasi untuk mengambil ubat.

Syukur Alhamdulillah, esoknya doktor beritahu bilangan platlet aku ada peningkatan. Ini bermakna aku tak perlu ditahan di wad. Cuma doktor minta aku datang semula ke klinik sekiranya aku demam semula. Mengenai simptom mata merah, lenguh sendi dan kulit kering doktor mengatakan ianya akan hilang secara beransur-ansur. Aku dinasihatkan supaya banyakkan minum air kosong. Alhamdulillah.

Aku yang terkena sikit tempias denggi ni pun dah terasa seperti tak larat. Macam mana la rasanya orang yang ditahan di wad disebabkan denggi ni. Mesti sengsaranya lagi teruk yang apa yang aku rasa.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on June 13, 2008 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: