RSS

Monthly Archives: June 2008

Aku terkena denggi.

5 Jun 2008 aku mula rasa tak sehat. Badan aku jadi semakin lemah. Tapi sebelum hari itu aku mengalami sakit mata yang amat teruk. Mata menjadi merah. Bila kenyit mata terasa amat sakit. Kemudian aku mula terasa seperti dilanda demam. Satu hari aku berkurung dalam rumah. Kebetulan masa tu tiada siapa di rumah. Mak dan abah ikut akak pulang ke kampung. Tinggallah aku seorang diri di dalam rumah. Aku tak dapat datang kerja hari tu. Aku hanya mampu bangun, makan dan tido je.

Pada hari sabtu baru aku perasan badan aku timbul bintik-bintik merah. Memang aku tak perasan sebelum ni sebab badan aku dilitupi dengan baju panas dan kain selimut. Kebetulan adik aku baru balik dari Shah Alam. Aku minta tolong dia bawa aku ke klinik sebab aku tak larat untuk memandu. Badan terasa amat lenguh. Kulit muka menjadi kering. Batuk dan sakit tekak mula timbul. Aku kemudiaan di bawa ke Klinik Izham. Doktor terkejut lihat badan aku berbintik merah. Dia syor untuk mengambil sampel darah untuk dianalisis samada ada kuman denggi atau tidak. Selepas darah diambil, doktor memberitahu yang dia akan hubungi aku selepas dapat keputusan.

Setelah ambil ubat di kaunter, terus aku minta adik aku carikan air 100 plus. Aku malas nak tunggu keputusan doktor tu. Aku pun minum berbotol botol 100 Plus. Dalam pada tu, aku rasa risau dengan keputusan darah aku tu.

Hari ni masuk hari Ahad. Doktor yang ambil darah aku tu langsung tak hubungi aku. Kebetulan demam aku makin kebah, cuma bintik-bintik merah masih kelihatan. Petang tu aku hubungi Klinik Izham. terkejut pula diberitahu keputusan darah aku tu belum dapat lagi disebabkan makmal tutup pada hari Ahad. Aku rasa doktor tu tak profesional. Kalau la aku ni hidap demam denggi yang kritikal, tentu dah lama aku mati di rumah. Langsung tak beri cadangan supaya aku rujuk demam aku ni di tempat lain, yang boleh analisa darah aku tu.

Hari isnin aku ke Putrajaya dalam keadaan lemah. Aku minta bantuan Maksu untuk bawa aku ke klinik kesihatan di situ. Maksu bawa aku ke Klinik Kesihatan di Persint 9 (rasanya). Aku tertarik dengan sistem yang di praktikkan di situ. Dari hal pendaftaran sehingga ke pengambilan ubat, semuanya bersistem. Aku berdaftar di kaunter pendaftaran dan dikenakan bayaran RM 1. Kemudian aku ke kaunter seterusnya di mana aku perlu beritahu jenis sakit atau rawatan yang diperlukan. Dari situ, nurse meminta aku ke makmal untuk di ambil darah. Selepas itu aku ke tempat menunggu untuk menunggu giliran berjumpa dengan doktor. Keputusan darah aku dihantar terus ke skrin komputer yang terdapat di dalam bilik doktor. Doktor mengesahkan aku ada jangkitan denggi. Bilangan platlet darah aku di bawah normal tapi tidak terlalu kritikal. Pada skrin tersebut doktor mencadangkan beberapa ubat yang perlu aku ambil. Doktor menasihatkan aku untuk datang pada keesokkan hari. Keluar dari bilik doktor, aku ke bahagian farmasi untuk mengambil ubat.

Syukur Alhamdulillah, esoknya doktor beritahu bilangan platlet aku ada peningkatan. Ini bermakna aku tak perlu ditahan di wad. Cuma doktor minta aku datang semula ke klinik sekiranya aku demam semula. Mengenai simptom mata merah, lenguh sendi dan kulit kering doktor mengatakan ianya akan hilang secara beransur-ansur. Aku dinasihatkan supaya banyakkan minum air kosong. Alhamdulillah.

Aku yang terkena sikit tempias denggi ni pun dah terasa seperti tak larat. Macam mana la rasanya orang yang ditahan di wad disebabkan denggi ni. Mesti sengsaranya lagi teruk yang apa yang aku rasa.

 
Leave a comment

Posted by on June 13, 2008 in Uncategorized

 

Hampir 2/3 gaji rakyat Malaysia dibelanja untuk petrol.

Oleh : Adnan Ibrahim

Mampukah rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol? Gaya hidup apakah lagi yang perlu diubah oleh rakyat setelah dinasihatkan pemimpin kerajaan supaya berjimat cermat dengan kenaikan harga minyak dua tahun lalu dan kenaikan harga beras, tepung dan barang keperluan lain?

Rakyat sudah mengambil langkah berjimat dan kini sebahagian subsidi petroleum dikorbankan untuk kononnya membantu kerajaan membangunkan negara.

Soalnya, apakah pula pengorbanan pemimpin? Setelah rakyat disuruh merobah gaya hidup, para pemimpin terus hidup senang-lenang. Di mana slogan “Kepimpinan Melalui Teladan”?

Bersediakah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan anggota kabinet memotong elaun mereka sebagai timbal balas kerajaan menyuruh rakyat mengubah cara hidup. Terdapat cadangan yang disuarakan rakyat dihantar dan disiarkan stesen televisyen swasta minta 70 peratus elaun menteri dipotong. Apakah perasaan Abdullah?

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahril Samad mengumumkan harga petrol mungkin mengikut pasaran global. Shahril melontar pandangan bahawa harga minyak tinggi kerana ia diapung mengikut pasaran semasa. Taktik yang sama juga digunakan bekas Menteri Keja Raya yang menjaga tol, Dato’ Seri S Samy Vellu.

Shahril juga membayangkan minyak akan naik pada Ogos ini. Tiba-tiba esoknya Abdullah umumkan kenaikan harga petrol kepada RM2.70. Mungkin itu juga mendorong rakyat menganggap kerajaan menipu dalam program isu semasa RTM1.

Dalam rancangan Hujah yang disiar televisyen swasta baru-baru ini, rakyat diingatkan agar tidak lagi bergantung kepada tongkat (subsidi). Maksudnya, subsidi minyak kena dihapus. Siapa mereka yang beriya-riya hendak menghapuskan subsidi bahan bakar? Mereka ini golongan berpendapatan RM10 ribu ke atas sebulan.

Berapakah harga minyak jika mengikut pasaran global? Contoh terdekat negara yang mengikut harga pasaran tersebut iaitu Singapura. Petrolnya berharga RM5.20 seliter dan diesel RM4.33. Bersediakah rakyat Malaysia membayar petrol RM5.20 seliter dan diesel RM4.33 mengikut harga apung di Singapura untuk menghidupkan kenderaan mereka? Kebiasaannya seliter minyak belum lagi mampu menghidup enjin kereta.

Jika selama ini rakyat Malaysia berbelanja RM10 sehari untuk petrol bagi berulang alik ke tempat kerja, sebaliknya harga pasaran global menyebabkan pengguna perlu menyediakan RM30. Sebulan RM900 bermakna ia telah menghapuskan sebahagian besar perbelanjaan sara hidup mereka.

Timbul pertanyaan, kenapa rakyat Singapura masih boleh hidup dengan harga minyak setinggi itu?

Jawapannya ialah pendapatan per kapita rakyat Singapura adalah RM106,000 (AS$30,810) setahun berbanding rakyat Malaysia yang hanya RM21,500 (AS$6,244). Ianya lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia.

Purata rakyat Singapura berpendapatan lebih RM7,500 sebulan berbanding rakyat Malaysia RM1,500. Bermakna rakyat Singapura tidak bermasalah membelanjakan RM900 sebulan untuk petrol. Sebaliknya cuba bayangkan rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol dan bakinya hanya RM600 yang tinggal untuk perbelanjaan mengurus rumahtangga.

Bagaimana dengan bayaran ansuran kereta terpakai mereka dan rumah serta perbelanjaan persekolahan anak-anak. Matangkah kepimpinan kerajaan untuk membiarkan petrol dan diesel di bawah kawalan pasaran semasa yang hanya meletakkan bebanan kepada rakyat?

Bandingkan pula pendapatan per kapita rakyat Malaysia dengan Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang berjumlah 40 juta, sementara Taiwan 21 juta. Pada era 1970-an rakyat kedua-dua negara ini lebih miskin berbanding rakyat Malaysia.

Tetapi pada hari ini pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan adalah AS$19,200 (RM66,000), sementara Taiwan pula AS$15,700 (RM52,300). Iaitu dua atau tiga kali ganda berbanding rakyat Malaysia.

Kenapa kerajaan BN langsung tidak ada pertimbangan terhadap rakyat mereka? Rakyat ingin berteduh dan merasai nikmat kesenangan di bawah naungan pemimpin sebaliknya ditindas dan hidup dalam kesusahan.

Kerajaan tidak ada program berkesan untuk meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Pengangguran tidak dapat dibasmi. Tiba-tiba rakyat dibebankan lagi dengan harga minyak yang cukup tinggi. Seolah-olah rakyat Malaysia tinggal dalam negara bukan pengeluar minyak.

Kata para ulama: “Tidak sama orang kaya yang bercakap mengenai kemiskinan dihadapan orang miskin.”

Pemimpin datang bercakap soal kemiskinan kemudian pulang dengan kemewahan, sedangkan hadirin yang datang dengan kemiskinan pulang dengan kemiskinan.

Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali pernah menimbulkan masalah jurang pendapatan golongan kaya dengan orang miskin yang semakin melebar di bawah kekuasaan BN.

Pada masa Malaysia menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen dua tahun lalu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah sebaliknya mengarahkan harga petrol di negara itu dikurangkan sehingga lebih daripada 30 peratus; iaitu daripada 90 halala (90 sen) kepada 60 halala (60 sen) seliter.

“Bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan untuk kebaikan awam, kami mengarah harga seliter minyak petrol untuk pengguna diubah kepada 60 halala berbanding 90 halala,” kata Dikri Diraja.

Itulah nikmat rakyat Arab Saudi berada dalam negara pengeluar minyak tetapi apa yang rakyat Malaysia perolehi dan nikmati hasil petroleum negara?

Adilkah kerajaan kepada rakyat apabila tidak menjawab malah membisu berhubung pertanyaan ke mana pergi RM500 bilion duit keuntungan Petronas yang hilang?

Perdana Menteri perlu memberi penjelasan kerana beliau bertanggungjawab kepada Petronas yang penyata kewangannya tidak perlu dibentangkan di Parlimen.

Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi. Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian ‘World’s Most Sustainable And Ethical Companies’.

Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant, syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol. Dalam kajian itu, Petronas mendapat markah 20.15% berbanding

 
Leave a comment

Posted by on June 6, 2008 in Uncategorized

 

Petrol oh petrol.

Sebelum ni aku cerita pasal harga beras yang meningkat dengan mendadak. Harga beras yang meningkat itu tak sangat memberi kesan pada aku. Sebabnya, bagi aku beras sekadar bahan makanan. Aku masih boleh buat pilihan untuk tidak memilih sebagai makanan harian. Tapi bagaimana pula dengan petrol? Bolehkah aku buat pilihan untuk tidak menggunakan petrol untuk kenderaan yang aku bawa setiap hari. Buntu rasanya bila kerajaan mengumumkan kenaikan bahan api (petrol dan diesel).

Petang semalam KL dilanda hujan yang amat lebat. Aku hampir-hampir terkandas didalam kesesakkan ibu kota. Petang itu juga aku terima sms dari En Mail. Ringkas je sms tu, “esok petrol naik 85 sen”. Memula baca tu aku agak terkejut. Tapi aku harap itu sekadar khabar angin. Lagi pun Dato Shahrir Samad kata kenaikan petrol dijangkakan akan berlaku dalam pertengahan Ogos 2008. Walaupun tidak mempercayakan sms tersebut, aku tetap fwd nya kepada kawan-kawan yang lain.

Aku sampai di rumah lebih kurang dalam pukul 6 petang. Terkejut kali kedua bila Pak Lah umumkan kenaikan harga petrol bermula pada tengah malam hari tu. Marah pun ada rasanya. Statement tak bertanggungjawab dari Pak Lah. Pengumuman yang dibuat memang tergesa-gesa. Langsung tak beri signal kepada pengguna. Aku tak tau perasaan Pak Lah masa buat pengumuman tu. Langsung rasa tak bersalah ke?. Pak Lah memang tak boleh pakai langsung.

Petang tu aku start enjin kereta untuk mengisi minyak kereta aku. Hah! Dah aku agak, stesen minyak dah mula sesak. Jangan kata stesen minyak, jalan-jalan yang berhampiran stesen minyak turut sesak. Boleh dikatakan satu KL dilanda masalah kesesakkan. Malas nak redah kesesakan tu, aku pun ambil keputusan balik ke rumah. Lagi pun minyak dalam tangki kereta aku tinggal sikit. Takut nanti mati ditengah jalan. Lagi bertambah sesak la jawabnya. Aku cuma tunggu dan lihat.

Aku cuba tanya mak aku yang dalam perjalan pulang ke kampung. Mak pun beritahu cerita yang sama. Stesen minyak di dalam Lebuhraya Utara-Selatan sesak dengan kenderaan. Aku call pula adik aku yang dalam perjalan pulang ke rumah dari Shah Alam. Cerita dia pun sama. Dalam perjalanan balik, kesesakkan memang teruk ya amat. Bulatan berhampiran Setesen minyak Shell di seksyen 15 tetiba jadi kaku. Kereta langsung tak bergerak.

Aku pun ada dengar cerita dari kengkawan yang punya kenderaan yang melebihi satu. Lepas satu kenderaan diisi dengan petrol, kemudian pulang untuk mengambil kenderaan lagi satu. Kena beratur pula. Kesian pula dengar ceritanya.

Apapun pesan kepada Kerajaan Yang “perihatin”. Selalulah pikirkan kesusahan rakyat. Pemberian RM 625 setahun langsung tak membantu rakyat. Rakyat tetap sengsara dengan kenaikan harga petrol ni.

 
Leave a comment

Posted by on June 5, 2008 in Uncategorized

 

Road to Sepang Drag Battle – round 2.

Keletihan hari ni. Sudah masuk dua hari aku tak cukup tidur. Hari Jumaat sampai rumah pukul 4 pagi. Semalam pula sampai rumah pukul 3 pagi. Tapi nasib baik la keesokkannya harinya bukan hari aku bekerja. Kalau tak, pasti aku datang ofis dengan muka yang sembab.

Hari jumaat merupakan final day untuk siapkan kereta sebelum beraksi pada malam Sabtu di Sepang. Aku sebenarnya tak ada peranan yang besar dalam part menyiapkan kereta ni. Lagi pun untuk round yang ke 2 ni kereta aku tak dapat turut serta disebabkan kejadian pecah kereta awal bulan May dulu. Sebagai tanda sokongan kepada Panjang, aku dengan rela hati melibatkan diri dalam persiapan keretanya. Habis waktu kerja pada hari Jumaat lepas, aku terus ke Sunway. Aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga laptop untuk tuning. Tugas aku mudah je dan tak seberat mana.

Di Sunway kami menghabiskan masa selama 2 jam. Nasib baik kereta Panjang tak banyak masalah. Kemudiannye kami bertolak pulang ke bengkel di Ukay Perdana. Tapi aku ambil keputusan untuk pulang ke rumah dulu. Still dengan pakaian kerja lagi masa tu. Tak selesa plak rasanya buat kerja dengan baju kemeja.

Lepas mandi dan berehat di rumah, aku pun bergerak ke bengkel pada pukul 10.30 malam. Sempat juga aku lelapkan mata. Di bengkel, kengkawan yang lain semua dah sampai. Malam tu rasa meriah la plak. Panjang, Nookie, Aim, Edi, Epul, Man, Boy dan Bro Fadhil (pemilik bengkel merangkap chief mekanik). Pada malam tu, kami menyiapkan 2 kereta untuk SDB round 2. Nookie baru je menyatakan hasrat untuk bermain di SDB. Kerja-kerja persiapan ditangguh pada pukul 3.30 pagi.

Keesokkannya, waktu tengahari kami melakukan super final preparation. Hehe. Kali ni perkara sekecil-kecil anak perlu di kesan. Takut perkara-perkara yang kecil ni lah yang jadi masalah kami di Sepang nanti.

Tepat pukul 5.00 petang, Kami pun bertolak ke Sepang. Memandangkan kereta Nookie belum sempat di “tune”. Bro Fadhil ambil keputusan untuk tune ketika dalam perjalanan ke Sepang. Malang sungguh, kereta Nookie mengalami masalah pada turbo nye ketika sampai di tol Putrajaya. Nak patah balik ke bengkel memang dah tak sempat ketika tu. So, kami teruskan perjalanan ke Sepang. FR garage hanya menghantar kereta Panjang sebagai wakilnya.

Keputusannya.. tunggu sambungan seterusnya..

 
Leave a comment

Posted by on June 1, 2008 in Uncategorized