RSS

Monthly Archives: May 2008

Ini beras punya cerita.

Aduhai Malaysiaku tercinta. Dalam sebulan, kenaikan harga beras per kilogram seperti tidak dapat dikawal. Hari ini harganya meningkat lagi. Bahan mentah makanan yang berasaskan beras pun turut juga terkena tempiasnya. Tersebar pula khabar bahawa akan ada lagi kenaikan harganya selepas ini. Mudah-mudahan itu sekadar khabar angin sahaja. Amin.

Kalau sebelum ini, bila ada kenaikan harga getah di pasaran dunia. Penorehlah orang yang paling gembira mendengarnya. Manakan tidak, pendapatan harian mereka turut bertambah. Namun kadangkala terfikir juga, kenapa pesawah tak gembira akan berita kenaikan harga beras?. Ya, benar. Beras dan getah adalah dua benda yang berbeza.

Kalau ditanya kepada penjual kenapa harga beras naik? Lazimnya penjual akan menjawab pemborong yang menaikkan harganya. Kalau soalan yang sama diulang kepada pemborong, pemborong pula akan mengatakan kilang yang menaikkannya. Namun, nasib pesawah tetap sama. Tiada pembelaan, sedangkan merekalah yang berhempas-pulas memastikan kita dapat menikmati nasi walaupun hanya sesuap.

 
Leave a comment

Posted by on May 12, 2008 in Uncategorized

 

Selamat hari ibu.

Dah lama aku fikirkan untuk mecoret sesuatu didalam blog ni. Coretan yang bersifat penghargaan terulung dari seorang anak, yang khas ditunjukan buat ibunda yang tersayang sempena Hari Ibu. Namun seringkali jari ini rasa kemalasan untuk menaip. Dilewatkan lagi bila minda ini tak dapat berfikir apa yang perlu dicoretkan.

Namun hati mula terdetik untuk bila menonton drama di televisyen. Drama yang menyentuh hati dan perasaan. Berkisar mengenai pengorbanan seorang ibu sepanjang hayatnya. Membesarkan anak-anak berseorangan. Dialah ibu, dialah bapa. Segala-galanya dia lakukan untuk melihat anak-anaknya hidup senang tanpa perlu merasai kepayahan hidup di dunia yang penuh cabaran dan dugaan.

Namun pengorbanan ibu itu dipandang sebelah mata oleh anak-anaknya. Kesenangan yang diperolehi disalahgunakan oleh anak-anaknya. Namun si ibu tetap tabah mengharungi kehidupan walaupun dugaan yang makin hebat perlu ditempuhinya. Dihujung hayat si ibu, baru la si anak sedar akan kasih sayang yang diberi oleh si ibu sebelum itu.

Walaupun jalan drama tersebut tidak menggambarkan kehidupan realiti diriku, namun jauh disudut hati ini dapat aku selami perasaan si ibu itu.

Kepada Puan Hendon Bt Saad, anakanda mohon sembah ampun dan maaf kepadamu. Sesungguhnya anakanda banyak melakukan kesalahan kepadamu ketika kecil dulu. Katamu sering anakanda ingkar. Nakal anakanda jarang kau tunjukkan kemarahan. Namun, bila anakanda dipukul abah, seringkali kau menghalang. Ibunda yang ku panggil “emak”, sesungguhnya jasa mu tak terbalas oleh anakanda. Dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa, akan anakanda pastikan ibunda bahagia di dunia dan di akhirat. Amin ya Rabbal Alamin..

Mawar Putih Untuk Mama

Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi
Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, Oh mamaku
Tiada cinta yang murni
Setulus cintamu
Kusuntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang
Kesucian cintaku…

-Dato Sharifah Aini –

Belaian Ibu

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh Ibu

-Hijjaz-

 
Leave a comment

Posted by on May 11, 2008 in Uncategorized

 

Malang tak berbau.

Malang sungguh nasib aku. 06 April 2008, buat pertama kalinya cermin kereta aku dipecah orang. Kejadian berlaku dipersimpangan diantara Karangkraf dan Toyota Assembly. Kemungkinan ianya berlaku diantara pukul 1.00 pm hingga 4.00 pm. Kedudukan kereta aku tidaklah terlidung mahupun tersorok sangat dari pandangan orang. Namun tiada seorang pun perasan akan kejadian tersebut. Antara barang yang dicuri, player Sony, HKS Evc5, Apex’i pen-timer & boost meter, Pivot shift light, ECU LT10s dan Smart Tag bersama kad TounchNGo.

Report dibuat di balai polis Seksyen 15 Shah Alam. Gambar keadaan kereta diambil untuk tujuan siasatan. Agak kecewa bila dimaklumkan tiada kesan cap jari dikesan pada kereta. Namun kecurian kad TouchNGo memberi sedikit peluang mengesan pencuri. Itupun sekirannya kad tersebut digunakan oleh pencuri atau orang yang membeli dari pencuri itu.

 
Leave a comment

Posted by on May 10, 2008 in Uncategorized