RSS

Monthly Archives: April 2008

Tahniah Emi Nordin

Tahniah diucapkan kepada adikku yang paling bongsu atas kejayaan memperolehi Sijil Graduasi Perantis Toyota Assembly Services. Walaupun terpaksa menunggu selama setahun untuk majlis penyerahan sijil ini dilakukan, namun majlis yang dianjurkan di Hotel Grand Blue Wave tetap berjalan dengan sempurna. Kelihatan wajah-wajah gembira graduan bersama ibu bapa mereka. Namun ketidakupayaan abah untuk menghadiri majlis tersebut mendorong aku untuk menemani emak yang kelihatan teruja menghadirkan diri di majlis itu. Sekian.

 
Leave a comment

Posted by on April 22, 2008 in Uncategorized

 

Munajat Seorang Hamba.

Dikala malam sunyi sepi
Bani insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malang ini pergi membasuh diri
Untuk mengadap-Mu oh Tuhan

Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan-Mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh di bawah duli kebesaran-Mu

Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaan-Mu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin Kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku

Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yang ku lakukan

Ampunan-Mu Tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunan-Mu Tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada-Mu
Tempat hamba kembali nanti di sana

Hijjaz.

 
Leave a comment

Posted by on April 11, 2008 in Uncategorized

 

Do You PUYO?

Pernah dengan motto “Do you have a HONDA?”. Kita selalu jumpanya dalam bentuk sticker pada kereta-kereta jenama Honda. Baru-baru ni aku ada terima magazine With Dreams dari Honda Malaysia. Di 40th Tokyo Motor Show, buat julung kalinya kereta PUYO dipamerkan di sana. Terdapat banyak perbezaan di antara PUYO dengan kereta yang ada kini. PUYO lebih kepada mesra alam dan berkonsepkan kenderaan masa depan.

Apa yang menariknya di sini, badan kereta ini diperbuat dari gel lembut yang akan membuatkan orang mahu menyentuhnya, luarannya pula bersifat “glow in the dark”. Bahan bakar untuk menggerakkannya hanya menggunakan Hidrogen. Hidrogen akan dijana bersama udara (oksigen) untuk menghasilkan tenaga eletrik. Sekiranya kereta hari ni menghasilkan asap pada bahagian ekzos, berlainan pula dengan PUYO. PUYO akan mengeluarkan air (H2O) pada ekzosnya.

Menarik. Bila agaknya PUYO nak sampai di Malaysia. Bukan berhajat nak beli cuma sekadar berkeinginan untuk squeeze bodyPUYO yang lembut tu.. 🙂

 
Leave a comment

Posted by on April 10, 2008 in Uncategorized

 

Boikot barang-barang berikut.

Gempar lagi duniaku. Kali ni seorang mat saleh yang bernama Geert Wilders yang merupakan ahli parlimen Belanda telah memulakan semuanya. Pelik sungguh dia ni. Cuba menggunakan akal dangkalnya untuk mentafsir Al-Quran. Sedangkan untuk mentafsir Al-Quran, seseorang itu perlu mempelajari banyak perkara sebelum dapat menafsirkannya.

Berikut merupakan ulasan Mufti Perak, Dato’ Harussani Zakaria mengenai FITNA’:
“Malangnya ia telah disalah tafsirkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. saya sangsi mengenai niat sebenar ianya dibuat kerana ia tidak mengambil ayat-ayat sebelum dan selepasnya yang menjelaskan apa sebenarnya mesej yang hendak disampaikan,” ujarnya lagi.

Jelasnya, setiap ayat al-Quran mempunyai perkaitan antara satu sama lain yakni terdapat hubungkait antara ayat yang sebelum dan selepasnya.

“Begitu juga dengan perintah berjihad dan memerangi orang kafir yang mempunyai ayat-ayat tertentu di dalam al-Quran sekaligus ia turut memiliki sebab penurunan ayat tersebut yang dipanggil asbabun nuzul,” katanya lagi.

Beliau mengecam sekeras-kerasnya pihak pengeluar filem pendek tersebut yang seolah-olah mahu menuduh Islam menganjurkan kekerasan dan menggalakkan keganasan menerusi peperangan dan pembunuhan secara tidak berperikemanusiaan.

“Padahal dalam ayat yang sebelumnya menceritakan mengenai orang-orang yang memusuhi dan memerangi orang Islam, tetapi mereka tidak mengambil ayat tersebut.

“Ini jelas mengeluarkan mengelirukan dan memfitnah Islam dengan menggunakan kitab suci ajarannya,” ujarnya.harakahdaily.net

Disebabkan kedangkalannya, Persatuan Pengguna Islam Malaysia melalui laman webnya http://www.muslimconsumer.org.my telah menyenaraikan beberapa barangan keluaran Belanda yang perlu diboikot oleh umat Islam di Malaysia.

Berikut merupakan senarai produk barangan keluaran Belanda:

  1. Dutch Lady – Susu
  2. Ferrero Roche – Coklat
  3. Wall’s – Ais Krim
  4. Ing -Insurans
  5. Planta -Magerin
  6. Lady’s Choice -Magerin
  7. Lipton -Teh
  8. Shell -Minyak
  9. Knorr -Perisa Makanan
  10. Dove -Mandian
  11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
  12. Radiant -Deodoran
  13. Rexona -Deodoran
  14. Ponds -Produk Kecantikan
  15. Kieldsens -Coklat
  16. Slimfast -Produk Pelangsing
  17. Lego -Kismis
  18. Philips -Barangan Elektrik
  19. Duyvis -Makanan Ringan
  20. Gouda -Keju
  21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
  22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
  23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
  24. Labello -Lip Balm
  25. Pickwick -Teh
  26. Venz -Mentega Coklat
  27. Kinder Bueno -Coklat
  28. Unilever -Syarikat
  29. Sunsilk -Shampoo
  30. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
  31. Lux -Mandian
  32. Vaseline -Lip Balm
  33. Cif -Pencuci Lantai
  34. Surf -Pencuci Kain
  35. Wishbone -Pencuci Kain
  36. Doriana – Keju Krim
  37. Bertolli -Minyak Masak
  38. Clear -Shampoo
  39. Breeze -Pencuci Kain
  40. Sun -Pencuci Kain
 
Leave a comment

Posted by on April 3, 2008 in Uncategorized

 

Jika pena hilang bisa.

Kata bidalan lama mengungkapkan,
“bahawa mata pena itu lebih tajam dari pedang”.
Lantas larikkan mata penamu
buat menyebar ilmu dan amal
Jangan dilarik amal yang mungkar
Khuatir kelak pena hilang bisa
Terlalu lancar membuat onar
Kuasa sirnanya akan ditarik Yang Esa
Ingatlah yang baik itu ganjarannya pahala
Yang onar pula balasannya neraka…

 
Leave a comment

Posted by on April 1, 2008 in Uncategorized