RSS

Pilihanraya Umum ke 12…

21 Mar

Saje je aku nak nukilkan di sini. Benarkan demam PRU-12 dah mula redha? Aku masih lagi rasa kehangatannya. Balik dari kerja perkara pertama yang nak aku buat ialah on laptop. Teringin nak tau berita terkini perkembangan dalam negara menerusi internet setelah mengikuti di akhbar harian arus perdana. Dan boleh aku rumuskan di sini bahawasanya hangat yang aku rasa kini sedikit sebanyak kesan dari keputusan pilihanraya 8 Mac lepas.

Kalau “diulang main” apa yang berlaku kat aku 8 Mac lepas memang menyeronokkan campur letih. Pagi tu aku bangun awal. Pukul 6 pagi dah bangun, saje nak tengok reaksi awal komuniti di taman aku ni. Lepas solat subuh aku mohon semoga diberi kemenangan oleh-Nya untuk penggal ni.
Pagi tu sempat lagi aku online. Nak jugak tau perkara terkini detik-detik terakhir sebelum undian bermula. Sebenarnya aku ada misi lain hari tu. Aku kena persiapkan kereta sebelum pukul 7 malam. Sebab selepas 7 malam, kami (crew bengkel FR) akan bertolak ke Bidor.

Aku, mak n abah pergi ke tempat mengundi jam 9 pagi. Kami dihantar oleh adik. Dia tak mengundi sebab belum layak untuk mengundi. Tapi dia memang bersemangat time tu. Ketika ini orang masih belum ramai lagi. Saluran 4 langsung tak kelihatan pengundi beratur menunggu giliran berbanding saluran lain. Terlintas juga dalam fikiran ni, adakah ini membawa makna yang orang muda malas, malu, segan untuk menunaikan tanggungjawab?.. atau aku je yang beria datang awal pagi sebab tak beratur di tengah panas. hehe..

Lepas mengundi aku pun bersiap nk ke bengkel. Sekali lagi adik aku menjadi driver untuk kali kedua menghantar aku ke bengkel di Ukay Perdana. Tidak pula ditolak permintaan aku bahkan sanggup pula tu walaupun aku bagitau di MRR2 mungkin mengalami jem yang teruk.
Memang benar anggapan aku MRR2 mula sesak seawal jam 10 pagi. Jem gara-gara tempat mengundi betul-betul bersebelahan lebuhraya MRR2. Ingat lagi sekolah yang P. Ramlee mengajar anak muridnye membaca, last2 dia yang tertidur. Di situlah punca kesesakkan. Nak je aku suruh adik patah balik. Tapi apakan daya, misi yang dimulakan perlu dihabiskan.

Sampai juga dibengkel. Akhirnya enjin berjaya juga disiapkan. Ada tugas lain yang aku kene buat. Aku kene ke gombak. “Banana” yang retak perlu ditampal. Di MRR2 jem sudah surut sebab ketika itu jam 2 petang. Orang masih lagi mengundi cuma tak seramai pagi tadi. Selesai semua kerja, aku pun bergegas balik ke rumah dalam pukul 5 ptg.

Pakaian sudah dipacking ke dalam beg, barang-barang yang perlu dibawa dimasuk sekali ke dalam beg. Berehat sambil tu berdebar-debar menunggu keputusa. Hampir 7 mlm masih lagi tiada keputusan yang kluar. Akhirnya aku terlelap, tapi nasib baik tak terlajak. Lepas solat magrib, aku pun bertolak ke bengkel sekali lagi dengan memandu kereta yang aku bawa pulang tadi. Haha. waduh kawan2 aku ni, janji pukul 8 bertolak, yang menunggunya aku sorang. Tp ok la juga sebab dapat la aku tunggu keputusan kat tv. Akhirnya pukul 10 pm barula kami bertolak ke Bidor. Aku cuma sempat tau beberapa keputusan di N. Sembilan. Dalam hati, “not bad”.

Dalam perjalanan ke Bidor, aku drive keta aku sambil ditemani seorang crew FR, edi dan seorang anak abg pomen, fazli. Abg pomen-Fadhil, joki-Panjang dan wife nye menaiki CRV as backup-car. Biasala bila drive malam, yang berjaga hanyala si pemandu. Yang lain tengak sedap diulit mimpi. Tapi tak kesah lah sebab pagi esok dia byk keje yang perlu dibuat. Tengah boring memandu di lebuhraya Utara Selatan yang sunyi tu, aku sempat hantar sms kt adik aku supaya maklum keputusan pilihanraya. Sekurang2nya aku tak boring malam tu.

Macam2 keputusan yang diberitahu pada aku. Tapi aku sangat-sangat nak tau keputusan ditempat aku. Tapi belum keluar juga. Dekat nak sampai Bidor dia bagtau “kita menang di Ampang, Lembah Jaya & Bukit Antarabangsa”. Tapi katanya pula keputusan tu jiran aku yang bgtau. Dalam tv blum ada lagi. Ahh, potong stim betul adik aku ni. Baru nak celebrate dalam kereta. Apapun aku gembira sangat bila dapat tau mr Samy Vellu kalah.

1.30 am kami pun sampai di tol Bidor. Lepas tol kami pun ambil masa untuk berehat sambil menunggu Abg Usop datang menjemput kami. Almaklum la, kami orang luar yang pertama kali turun untuk memeriahkan trek Kg Gajah. Tak tau jalan nak ke sana. Abg Usop dengan baik hati mengajak kami menumpang tido di rumah mak bapaknya di situ. Esoknya Abg Usop juga akan menunjuk kami jalan ke KG Gajah. Tq very much!. Sebelum  ke rumah Abg Usop, kami singgah  di retoran kari kepala ikan bersebelahan dengan tol Bidor.

Masuk je restoran tu kelihatan muka-muka orang yang tengah gembira. Baru aku dpt tau mereka gembira sebab parti diorang, DAP menang. Gembira dengan kemenangan tersebut , mereka ingin membayar apa yang kami makan ketika itu biarpun kami ini datang dari luar. Tapi kami menolak dengan baik. Hehe. Banyak gak kami makan masa tu. Bior la kami bayar sendiri. Lain kali kalau kami datang lagi, boleh la blanja kami. Hehehe..

Habih makan bertolak la kami ke rumah Abg Usop. Kami mula melalui jalan kampung. Suasana menjadi bertambah sunyi dengan kiri kanan jalan tak nampak apa2 langsung. Akhirnya smpai juga kami di rumah abg Usop. Sebelum melangkah masuk ke dalam rumah, abg Fadhil dah pesan kpd kami, jgn sesekali bercerita pasal politik. Bukan apa, untuk mengelakkan rasa ketidakpuashati atas perbezaan aliran politik. Gud idea, dan kami akur dengan crew leader. Kedatangan kami malam pagi tu seperti amat dialu-alukan. Tilam dan bantal telah tersedia dibentang di ruang bawah. Kelihatan seorang lelaki sedang khusyuk mendengar keputusan di kaca tv. Pesanan abg fadhil tetap diingat.

Lepas basuh kaki, tiba masanya untuk tidor. Badan dah terasa letih tapi mata plak tak mau tutup. Satu persatu keputusan muncul di kaca tv. Tapi yang peliknya di Selangor langsung tak da keputusan. Akhirnya badan yang teramat letih berjaya memujuk mata untuk lelap.

Pagi tu kami bangun pukul 6 pagi. Kene bangun awal sebab tak nak berebut bilik air dengan orang lain terutama tuan rumah. Sambil menunggu crew-crew yang lain bersiap, kami dijamu sarapan pagi oleh tuan rumah dengan nasi lemak bungkus dan mee hoon goreng. Hehe.. Syok sgt time tu.
Baru la terasa suasana kampung tu. Teringat jugak kat kampung aku nun di utara.

Lepas sarapan, kami pun dibawa oleh Abg Usop ke kg Gajah. Jauh juga perjalanannya. Denai, tali air, sawah padi menjadi tarikkan kepada kami. Yang plaing seronok ialah abg Fadhil sebab kampung dia jarang ada smua tu. Setibanya di Kg Gajah, kelihatan ramai peserta sibuk mendaftar diri di kaunter pendaftaran. Unik betul tempat ni sebabnya trek ini dikelilingi oleh sungai. Seperti sebuah pulau la plak. Dan yang paling kelakar, bila lihat seberang sungai aku seakan-akan kenal bangunan apa yang terletak di sebelah sana. Haha. Rupnye disebelah sana tu Komplek Muzium Pasir Salak. La! rupanya trek ni dekat sangat kampung abg ipar aku. Seberang sungai je. Apasal la aku tk tanya dia seblum ni.

Agak kecewa sebenarnya sebab kereta ada masalah. Minyak gearbox mengalir dari bawah enjin. Dengan sebulat suara, kami ambil keputsan untuk tarik diri dari perlumbaan drag. Apapun trasa juga seronoknya pada hari itu. Akhirnya kami pulang dengan pengalaman walaupun tanpa diiringi dengan kejayaan. Sebelum balik, kami singgah sebentar di rumah abg Usop untuk mengucapkan terima kasih kepada “opah dan tok” (panggilan wife panjang kepada mak n ayah abg Usop). Bubye Kg Gajah!… Kami akan datang lagi!…

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on March 21, 2008 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: