RSS

Sumpahan JWW Birch.

20 Mar

Haha. Biarkan aku ketawa dulu sebab cerita ni memang kelakar bunyinya. Kisahnya bermula pada 9 Mac yang lepas. Selepas balik dari Kg Gajah, kereta aku mula tersadai di worsyop untuk kesekian kalinya. Memang aku dah biasa dengan berkeadaan begini. Kak Su kalau dia baca blog aku ni mesti dia paham maksud aku.

Sejak balik dari Kg Gajah, kereta aku diturunkan enjin dari kerangka kereta. Gearbox mula dipisahkan dari enjin. Pada gearbox tersebut kelihatan lubang yang agak besar yang terbentuk dari hentaman pin yang tertanggal dari flywheel yang sedang berpusing dengan lajunya. Gearbox casing terpaksa diganti, alhamdulillah part lain masih lagi elok cuma clutch coverterpaksa ditukar. Proses ini mengambil masa yang agak lama sebab Gearbox casing terpaksa dicari, manakala clutch cover pula perlu dihantar ke machine shop untuk menggandakan diaphram.

Pada 24 Mac yang lepas, maka lengkaplah barang2 yang diperlukan. Gearbox yang diceraikan bahagiannya mula dipasang semula. Kemudian gearbox tersebut diikat pada enjin. Dan pada pukul 2 pagi, maka selamatla enjin tersebut dipasang pada kerangka enjin. Enjin mula dihidupkan, Alhamdulillah semuanya adalah seperti yang diharapkan.

Namun tak sampai beberapa minit, ada perkara pelik berlaku. Gear tidak dapat berfungsi dengan elok. Setelah dicuba beberapa kali, ianya tetap gagal berfungsi dengan baik. Akhirnya pomen mengambil keputusan utk meneruskan semula pada keesokkan harinya.

Pomen membuat keputusan bahawa enjin perlu diturunkan semula. Pada anggapan pomen, mungkin ada pin yang tertanggal masa proses pemasangan gearbox yang menyebabkan gear tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Akhirnya gearbox pun dileraikan semula. Pomen berasa pelik sebab tiada apa pun masalah pada gearbox, tetapi kenapa gear tidak dapat dimasukkan dengan sempurna?. Pomen menjadi musykil. Masa ni la bermacam teori yang keluar. “Akak” iaitu panggilan aku kepada isteri abg pomen tersebut telah mengeluarkan satu teori misteri. “Akak rasa kereta kau ni terkena dengan sumpahan JWW Birch la.”, kata akak tu.

Aku bagaikan nak tergelak pula bila akak tu kata macam tu. Dalam hati aku rasa akak ni terkilan sebab abang pomen tak bawa dia ke Kg Gajah yang bersebelahan dengan Pasir Salak. Sebab itu dia kluarkan teori macam tu. Lagipun aku lah yang paling galak bercerita pasal JWW Birch masa di sana. Hehe, si Panjang kata aku macam cikgu sejarah la plak. Tapi aku tak layan sangat teori akak tu sebab aku dah rindu sangat kat kereta aku tu.

Malam tadi aku sempat singgah ke bengkel, saje nak perah otak mencari jawapan kepada soalan misteri tu. Aku pun cuba la periksa pada batang gear di dalam kereta sebab dalam hati aku masalah mungkin berpunca di situ. Hah! tepat sekali!. Rupa-rupanya ada benda yang tertanggal yang menyebabkan gear tak dapat ditolak dengan sempurna. Waduh!. Tepuk dahi aku!. Benda kecik je, kalau betulkan yang itu maka tak perlula diturunkan enjin. “Ha, kan akak dah kata. Kereta kau tu terkena sumpahan JWW Birch. Jww Birch kot yang tanggalkan benda tu”, kata akak tu bila dapat tau itulah puncanya. Betulkan sumpahan JWW Birch?

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on March 20, 2008 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: