RSS

Monthly Archives: March 2008

Photographer dengan foto-fotonya.

Sebenarnya keinginan menjadi seorang jurugambar atau dalam bahasa yang lebih glamer photographer dah lama dalam fikiran aku. Aku suka tengok gambar-gmbar yang menarik yang diambil oleh jurugambar pro. Dari segi color, lighting sehingga ke babediting semuanya aku minat.

Kelmarin sempat aku ber chatting dengan Lana, kenalan aku yang dah lama aku tak jumpa. Aku mula kenal dia masa sama-sama aktif dalam modified kereta Kancil. Tapi sekarang dia dah tak berminat dengan modified kereta. Dan aku dengar cerita pasal dia dari member lain. Dia mula menggilai hobi barunya, be a photographer. Selain dia, ada juga kenalan aku masa main kereta dulu yang beralih arah ke bidang ni. Hasil mereka pun aku sempat tengok. Not bad. Tapi itu dulu, masa tahun 2006. Sekarang ni aku rasa diorang dah jadi pro.

Kata Lana, main kereta tak boleh generate duit. Tapi main camera boleh generate duit. Walaupun buat sekadar partime, namun upahnya agak masyuk. Bukan setakat masyuk, syok pun dapat sebab hasil yang di snap boleh dilihat on the spot. Kalau main kereta, walaupun spec kereta kita sama dengan kereta”power”, tak semestinya lajunya menyamai kereta “power”tersebut. Baru-baru ni kereta kecik aku 5 kali turun naik enjin sebab nak pasang double pressure clutch cover. Nak tiru speckereta orang lain punya pasal la ni. Kalau orang yang tak kenal erti modified, sah awal-awal lagi sudah terkeluar perkataan “gila” dari mulut mereka. Mana taknya, meletihkan badan dan pula tu banyak masa terbuang. Nak buat macam mana, hati ini minatmodied kereta.

Betul juga apa yang Lana katakan tu. Dia sempat perkenalkan web-web yang dia follow untuk meningkatkan lagi kemahiran dia.One of the web is http://www.candidsyndrome.com. Memang menarik gambar-gambar yang ada dalam tu. And you know what, semuanya 6 photographers adalah anak melayu kita. Bangga aku dengan mereka ni. Mereka semua ni adalah yang pro dalam bidang ni. And also nice webpage with beautiful pictures, beb!

Tengah syok membelek gambar yang ada dalam webpage tu, terpandanglah aku pada beberapa keping gambar yang ada di dalamnya. Tak sangka my ex-schoolmates pun choose themuntuk merakamkan setiap detik bahagia ketika mereka melangsungkan perkahwinan dulu. CandidSyndrome, pinjam beberapa gmbar ye.

Zahar & Che Na.

Zuraimi & Ani.

Cantik gambar-gambar mereka. Nak dapatkan hasil macam ni, pasangan pengantin perlu pandai berlakon dan perlu ikut arahandirector (the photographer). Anyway congratulation kat Zahar & Che Na’ dan Zuraimi & Ani.

Perkara yang paling lucu yang nak aku coretkan dalam cerita ni, disebabkan excited sangat dengan cerita Lana membuatkan aku terbawanya ke dalam mimpi. Dalam mimpi semuanya boleh namun dalam realiti kena la usaha lebih sikit. Kos permulaan untuk menjadi photographer bukannya murah. Dan seperti kata Lana, pulangannya tetap ada. Itu yang buatkan aku teruja untuk jadi photgrapher. InsyaAllah, semoga diperkenan oleh-Nya. Amin.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on March 30, 2008 in Uncategorized

 

Menebus kederhakaan.

Masih adakah peluang bagi anak yang derhaka untuk menebus kederhakaannya kepada ibu ayah yang telah mati? Peluang itu tetap ada selagi si anak mahu mendoakan dan memohonkan keampunan untuk arwah orang tuanya.

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Seseorang anak yang telah kematian kedua-dua orang tuanya atau salah seorang daripadanya, sedangkan dia anak yang derhaka, hendaklah dia mendoakan mereka dan memintakan ampun untuk mereka. Allah akan menulis untuknya sebagai anak yang berbakti (soleh).”

Rasulullah s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti melaksanakan sumpah mereka (wasiat ibu bapa yang telah mati), membayar hutangnya dan tidak membuka pintu (ruang) mereka dicaci orang, nescaya ditulis sebagai anak yang berbakti walaupun dia penderhaka semasa hidupnya.” (Riwayat Thabrani)

-ANIS Jan 2005-

 
Leave a comment

Posted by on March 29, 2008 in Uncategorized

 

Pilihanraya Umum ke 12…

Saje je aku nak nukilkan di sini. Benarkan demam PRU-12 dah mula redha? Aku masih lagi rasa kehangatannya. Balik dari kerja perkara pertama yang nak aku buat ialah on laptop. Teringin nak tau berita terkini perkembangan dalam negara menerusi internet setelah mengikuti di akhbar harian arus perdana. Dan boleh aku rumuskan di sini bahawasanya hangat yang aku rasa kini sedikit sebanyak kesan dari keputusan pilihanraya 8 Mac lepas.

Kalau “diulang main” apa yang berlaku kat aku 8 Mac lepas memang menyeronokkan campur letih. Pagi tu aku bangun awal. Pukul 6 pagi dah bangun, saje nak tengok reaksi awal komuniti di taman aku ni. Lepas solat subuh aku mohon semoga diberi kemenangan oleh-Nya untuk penggal ni.
Pagi tu sempat lagi aku online. Nak jugak tau perkara terkini detik-detik terakhir sebelum undian bermula. Sebenarnya aku ada misi lain hari tu. Aku kena persiapkan kereta sebelum pukul 7 malam. Sebab selepas 7 malam, kami (crew bengkel FR) akan bertolak ke Bidor.

Aku, mak n abah pergi ke tempat mengundi jam 9 pagi. Kami dihantar oleh adik. Dia tak mengundi sebab belum layak untuk mengundi. Tapi dia memang bersemangat time tu. Ketika ini orang masih belum ramai lagi. Saluran 4 langsung tak kelihatan pengundi beratur menunggu giliran berbanding saluran lain. Terlintas juga dalam fikiran ni, adakah ini membawa makna yang orang muda malas, malu, segan untuk menunaikan tanggungjawab?.. atau aku je yang beria datang awal pagi sebab tak beratur di tengah panas. hehe..

Lepas mengundi aku pun bersiap nk ke bengkel. Sekali lagi adik aku menjadi driver untuk kali kedua menghantar aku ke bengkel di Ukay Perdana. Tidak pula ditolak permintaan aku bahkan sanggup pula tu walaupun aku bagitau di MRR2 mungkin mengalami jem yang teruk.
Memang benar anggapan aku MRR2 mula sesak seawal jam 10 pagi. Jem gara-gara tempat mengundi betul-betul bersebelahan lebuhraya MRR2. Ingat lagi sekolah yang P. Ramlee mengajar anak muridnye membaca, last2 dia yang tertidur. Di situlah punca kesesakkan. Nak je aku suruh adik patah balik. Tapi apakan daya, misi yang dimulakan perlu dihabiskan.

Sampai juga dibengkel. Akhirnya enjin berjaya juga disiapkan. Ada tugas lain yang aku kene buat. Aku kene ke gombak. “Banana” yang retak perlu ditampal. Di MRR2 jem sudah surut sebab ketika itu jam 2 petang. Orang masih lagi mengundi cuma tak seramai pagi tadi. Selesai semua kerja, aku pun bergegas balik ke rumah dalam pukul 5 ptg.

Pakaian sudah dipacking ke dalam beg, barang-barang yang perlu dibawa dimasuk sekali ke dalam beg. Berehat sambil tu berdebar-debar menunggu keputusa. Hampir 7 mlm masih lagi tiada keputusan yang kluar. Akhirnya aku terlelap, tapi nasib baik tak terlajak. Lepas solat magrib, aku pun bertolak ke bengkel sekali lagi dengan memandu kereta yang aku bawa pulang tadi. Haha. waduh kawan2 aku ni, janji pukul 8 bertolak, yang menunggunya aku sorang. Tp ok la juga sebab dapat la aku tunggu keputusan kat tv. Akhirnya pukul 10 pm barula kami bertolak ke Bidor. Aku cuma sempat tau beberapa keputusan di N. Sembilan. Dalam hati, “not bad”.

Dalam perjalanan ke Bidor, aku drive keta aku sambil ditemani seorang crew FR, edi dan seorang anak abg pomen, fazli. Abg pomen-Fadhil, joki-Panjang dan wife nye menaiki CRV as backup-car. Biasala bila drive malam, yang berjaga hanyala si pemandu. Yang lain tengak sedap diulit mimpi. Tapi tak kesah lah sebab pagi esok dia byk keje yang perlu dibuat. Tengah boring memandu di lebuhraya Utara Selatan yang sunyi tu, aku sempat hantar sms kt adik aku supaya maklum keputusan pilihanraya. Sekurang2nya aku tak boring malam tu.

Macam2 keputusan yang diberitahu pada aku. Tapi aku sangat-sangat nak tau keputusan ditempat aku. Tapi belum keluar juga. Dekat nak sampai Bidor dia bagtau “kita menang di Ampang, Lembah Jaya & Bukit Antarabangsa”. Tapi katanya pula keputusan tu jiran aku yang bgtau. Dalam tv blum ada lagi. Ahh, potong stim betul adik aku ni. Baru nak celebrate dalam kereta. Apapun aku gembira sangat bila dapat tau mr Samy Vellu kalah.

1.30 am kami pun sampai di tol Bidor. Lepas tol kami pun ambil masa untuk berehat sambil menunggu Abg Usop datang menjemput kami. Almaklum la, kami orang luar yang pertama kali turun untuk memeriahkan trek Kg Gajah. Tak tau jalan nak ke sana. Abg Usop dengan baik hati mengajak kami menumpang tido di rumah mak bapaknya di situ. Esoknya Abg Usop juga akan menunjuk kami jalan ke KG Gajah. Tq very much!. Sebelum  ke rumah Abg Usop, kami singgah  di retoran kari kepala ikan bersebelahan dengan tol Bidor.

Masuk je restoran tu kelihatan muka-muka orang yang tengah gembira. Baru aku dpt tau mereka gembira sebab parti diorang, DAP menang. Gembira dengan kemenangan tersebut , mereka ingin membayar apa yang kami makan ketika itu biarpun kami ini datang dari luar. Tapi kami menolak dengan baik. Hehe. Banyak gak kami makan masa tu. Bior la kami bayar sendiri. Lain kali kalau kami datang lagi, boleh la blanja kami. Hehehe..

Habih makan bertolak la kami ke rumah Abg Usop. Kami mula melalui jalan kampung. Suasana menjadi bertambah sunyi dengan kiri kanan jalan tak nampak apa2 langsung. Akhirnya smpai juga kami di rumah abg Usop. Sebelum melangkah masuk ke dalam rumah, abg Fadhil dah pesan kpd kami, jgn sesekali bercerita pasal politik. Bukan apa, untuk mengelakkan rasa ketidakpuashati atas perbezaan aliran politik. Gud idea, dan kami akur dengan crew leader. Kedatangan kami malam pagi tu seperti amat dialu-alukan. Tilam dan bantal telah tersedia dibentang di ruang bawah. Kelihatan seorang lelaki sedang khusyuk mendengar keputusan di kaca tv. Pesanan abg fadhil tetap diingat.

Lepas basuh kaki, tiba masanya untuk tidor. Badan dah terasa letih tapi mata plak tak mau tutup. Satu persatu keputusan muncul di kaca tv. Tapi yang peliknya di Selangor langsung tak da keputusan. Akhirnya badan yang teramat letih berjaya memujuk mata untuk lelap.

Pagi tu kami bangun pukul 6 pagi. Kene bangun awal sebab tak nak berebut bilik air dengan orang lain terutama tuan rumah. Sambil menunggu crew-crew yang lain bersiap, kami dijamu sarapan pagi oleh tuan rumah dengan nasi lemak bungkus dan mee hoon goreng. Hehe.. Syok sgt time tu.
Baru la terasa suasana kampung tu. Teringat jugak kat kampung aku nun di utara.

Lepas sarapan, kami pun dibawa oleh Abg Usop ke kg Gajah. Jauh juga perjalanannya. Denai, tali air, sawah padi menjadi tarikkan kepada kami. Yang plaing seronok ialah abg Fadhil sebab kampung dia jarang ada smua tu. Setibanya di Kg Gajah, kelihatan ramai peserta sibuk mendaftar diri di kaunter pendaftaran. Unik betul tempat ni sebabnya trek ini dikelilingi oleh sungai. Seperti sebuah pulau la plak. Dan yang paling kelakar, bila lihat seberang sungai aku seakan-akan kenal bangunan apa yang terletak di sebelah sana. Haha. Rupnye disebelah sana tu Komplek Muzium Pasir Salak. La! rupanya trek ni dekat sangat kampung abg ipar aku. Seberang sungai je. Apasal la aku tk tanya dia seblum ni.

Agak kecewa sebenarnya sebab kereta ada masalah. Minyak gearbox mengalir dari bawah enjin. Dengan sebulat suara, kami ambil keputsan untuk tarik diri dari perlumbaan drag. Apapun trasa juga seronoknya pada hari itu. Akhirnya kami pulang dengan pengalaman walaupun tanpa diiringi dengan kejayaan. Sebelum balik, kami singgah sebentar di rumah abg Usop untuk mengucapkan terima kasih kepada “opah dan tok” (panggilan wife panjang kepada mak n ayah abg Usop). Bubye Kg Gajah!… Kami akan datang lagi!…

 
Leave a comment

Posted by on March 21, 2008 in Uncategorized

 

Congrat Nookie & Tuty..

Congratulation to my dear frenz, nookie n tuty.

A year ago aku wish congratulation sbb perkahwinan korang. Tetapi kali ni aku wish again untuk kelahiran sulung anak mereka yang comei. Dilahirkan pada hari yang bermakna bagi suluruh umat Muhammad. Biarpun dicatitkan pada surat “beranak” tarikh 20/03/2008, namun amat bermakna kerana Muhammad Syabil Adam bin Mohd Khidzir dilahirkan pada sambutan Maulidur Rasul 12 Rabiulawwal 1429H. Semoga dikurniakan kebahgiaan buat keluarga ini. Amin.

Teletubbies

 
Leave a comment

Posted by on March 21, 2008 in Around the corner

 

Sumpahan JWW Birch.

Haha. Biarkan aku ketawa dulu sebab cerita ni memang kelakar bunyinya. Kisahnya bermula pada 9 Mac yang lepas. Selepas balik dari Kg Gajah, kereta aku mula tersadai di worsyop untuk kesekian kalinya. Memang aku dah biasa dengan berkeadaan begini. Kak Su kalau dia baca blog aku ni mesti dia paham maksud aku.

Sejak balik dari Kg Gajah, kereta aku diturunkan enjin dari kerangka kereta. Gearbox mula dipisahkan dari enjin. Pada gearbox tersebut kelihatan lubang yang agak besar yang terbentuk dari hentaman pin yang tertanggal dari flywheel yang sedang berpusing dengan lajunya. Gearbox casing terpaksa diganti, alhamdulillah part lain masih lagi elok cuma clutch coverterpaksa ditukar. Proses ini mengambil masa yang agak lama sebab Gearbox casing terpaksa dicari, manakala clutch cover pula perlu dihantar ke machine shop untuk menggandakan diaphram.

Pada 24 Mac yang lepas, maka lengkaplah barang2 yang diperlukan. Gearbox yang diceraikan bahagiannya mula dipasang semula. Kemudian gearbox tersebut diikat pada enjin. Dan pada pukul 2 pagi, maka selamatla enjin tersebut dipasang pada kerangka enjin. Enjin mula dihidupkan, Alhamdulillah semuanya adalah seperti yang diharapkan.

Namun tak sampai beberapa minit, ada perkara pelik berlaku. Gear tidak dapat berfungsi dengan elok. Setelah dicuba beberapa kali, ianya tetap gagal berfungsi dengan baik. Akhirnya pomen mengambil keputusan utk meneruskan semula pada keesokkan harinya.

Pomen membuat keputusan bahawa enjin perlu diturunkan semula. Pada anggapan pomen, mungkin ada pin yang tertanggal masa proses pemasangan gearbox yang menyebabkan gear tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Akhirnya gearbox pun dileraikan semula. Pomen berasa pelik sebab tiada apa pun masalah pada gearbox, tetapi kenapa gear tidak dapat dimasukkan dengan sempurna?. Pomen menjadi musykil. Masa ni la bermacam teori yang keluar. “Akak” iaitu panggilan aku kepada isteri abg pomen tersebut telah mengeluarkan satu teori misteri. “Akak rasa kereta kau ni terkena dengan sumpahan JWW Birch la.”, kata akak tu.

Aku bagaikan nak tergelak pula bila akak tu kata macam tu. Dalam hati aku rasa akak ni terkilan sebab abang pomen tak bawa dia ke Kg Gajah yang bersebelahan dengan Pasir Salak. Sebab itu dia kluarkan teori macam tu. Lagipun aku lah yang paling galak bercerita pasal JWW Birch masa di sana. Hehe, si Panjang kata aku macam cikgu sejarah la plak. Tapi aku tak layan sangat teori akak tu sebab aku dah rindu sangat kat kereta aku tu.

Malam tadi aku sempat singgah ke bengkel, saje nak perah otak mencari jawapan kepada soalan misteri tu. Aku pun cuba la periksa pada batang gear di dalam kereta sebab dalam hati aku masalah mungkin berpunca di situ. Hah! tepat sekali!. Rupa-rupanya ada benda yang tertanggal yang menyebabkan gear tak dapat ditolak dengan sempurna. Waduh!. Tepuk dahi aku!. Benda kecik je, kalau betulkan yang itu maka tak perlula diturunkan enjin. “Ha, kan akak dah kata. Kereta kau tu terkena sumpahan JWW Birch. Jww Birch kot yang tanggalkan benda tu”, kata akak tu bila dapat tau itulah puncanya. Betulkan sumpahan JWW Birch?

 
Leave a comment

Posted by on March 20, 2008 in Uncategorized