RSS

Uncle Rahman…

20 Dec

Aku kenal dengan dis uncle masa aku visit our new outlet di Hangar 06. His name is Rahman, and he want we cal him Uncle Rahman. Umurnya dah melebihi usia bersara, tp umur sebenarnya tk plak aku tau. Ye la, aku pun baru pertama kali berjumpa dia ari tu. Dia ni pembekal kueh di situ. Seronok plak berborak dengan uncle rahman di anjung cafe. Lagi pun mmg dia tk lokek untuk bercerita. Sambil menikmati segelas nescafe ‘o’ petang tu, uncle Rahman rancak menceritakan kisah keluarganya.

Uncle rahman menetap di subang jaya. Mmg jarak antara KLIA dengan rumahnya tu agak jauh perjalanannya. Aku sendiri terasa leceh bila terpaksa ke sana setelah selesaikan urusan di Kelang. Tp yang pastinya ada ketenangan dalam perjalanan ke sana. No traffic jem ma. Sambung mengenai uncle rahman, katanya dengan menjual kueh tu dapat la juga dia menampung 3 orang anak2nya yang masih lagi belajar di universiti. Uncle rahman ucap syukur pada Tuhan sebab anak-anaknya berjaya ke university.

Uncle rahman ni bekas kakitangan MAS. Kini dia memiliki tiga kepompong yang tengah tunggu masa untuk mewarnai kehidupan sebenar. Mmg susah bila memiliki keluarga. Tanggungjawabnya besar sangat. Seseorang lelaki itu dianggap berjaya bukanlah diukur dari kejayaan dia memberi kemewahan pada keluarganya, tapi kejayaan itu sebenarnya terletak bagaimana dia memimpin ahli keluarganya. Dan aku paham maksudnya, dn tk heran la kalau lelaki yang bercerita di depan aku ni berkata begitu sebab sudah terbukti bila dirujuk mengenai anak2nya. Uncle rahman sempat lagi beri petua yang diamalkan dalam mendidik anak2nya. Sambil merujuk jari telunjuknya, dia pun berkata, “If i here, i want u be above me. If u below me, u are failure.” Hehe. tegas gak uncle rahman ni. Dan kerana ketegasannya tu anak2nya berada di puncak sekarang.

So, dah masanya untuk aku beredar dari situ. Sayang plak nk tinggalkan uncle rahman dengan cerita2nya. Nak buat macam mana, aku kene ke Bangi pula. Uncle rahman sempat bertanya status aku. Aku just jawab padanya yang aku blum berkahwin. Sambil mencebeh muka katanya, kahwin ni 5% je sedapnya. Dalam hati aku, eh kenapa plak dia kata cam tu sbb semua kata kawen tu sronok. Aku pun bertanya lagi 95% tk seronok ke?. Jawab uncle Rahman,”Yang lagi 95% tu lagiiiiiiiiii sedapppppppp”.. hehe.. ketawa orang2 kat situ. Terkene plak aku. Hehe. Katanya dia mmg dh tunggu aku tanya soalan tu.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on December 20, 2007 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: