RSS

Monthly Archives: November 2007

Cerita disebalik gambar..

Gambar kt atas ni diambil tahun bila pun aku tk tau tp yg nyata diambil atas Penang Bridge. Gambar ni mmg dah lama. Masa tu siblings baru ada 3 orang. Yang ke 4 lahir tahun 86. Kesimpulannya gmbar ni di ambil before 1986. May be in 1985. Dunno la.

Setiap kali balik kampung, abah aku slalu bawa kami pi penang. Tempat paling menarik dan dekat ngn kampung aku. Makan angin dgn keta abah MD 8391 Mazda Capilla. Smpai skang parent aku igt lagi kereta tu. Kalau tanya apa no plate keta tu, dengan sekali nafas dorang akan sebut “Mazda Capilla MD 8391”. Mmg ada nilai2 estetika kt kereta tu.

From the pic, masa tu kami tiga orang. Pasal gaduh dgn adik bradik ni mmg perkara biasa la. Tp aku jarang gaduh ngn adik laki aku yg kt tengah sbb dia tinggal grandparent aku sejak kecik smpai umurnye 10 tahun. Aku slalu bergaduh ngn sis aku. Leh tahan gak sis aku ni kalau bergaduh dgnnya. Lagipun parent aku slalu jd backbone dia. Pergh.. So, dr situ dh bleh agak sapa pemenangnye. Tp kami bukan la hari2 bergaduh. Kekadang je. Hehe.. zmn kanak2 mmg camtu.

Ok, now dis second pic masih lagi background penang brdge. Masa ni adik bradik dh bertambah menjadi 5 orang. Rasanya gmbar ni di ambil pada before 1990. Sbb nye masa tu family still tinggal di Tmn Sri Gombak. Bila berpindah ke Ampang masa 1990 baru la abah jual van tu. Van tu byk jasanya kt family. Van tu gak byk berjasa kt aku. Hehe. For the firstime in my life, aku di ajar memandu dgn van ni. Time tu aku kecik macam dlm gmbar tu la. Van tu sebenarnya abah guna buat berniaga air tebu n air kelapa. Dulu abah ada gerai di bawah pokok besar di simpang 4 nk masuk ke dewan orang ramai. Pokok besar tu ada lagi rasanya. Kesan tetak parang yg slalu aku buat kt pokok tu ada lagi. Parang tu abah pakai utk potong kelapa, tp aku plak pakai mcm orang berlawan pedang ngn pokok besar tu. Dulu ada padang di situ, tp skarang ni ada dewan org ramai. Besar plak tu, padang tempat aku main masa kanak2 dulu dh takde. Apa la punye PBT, smpai dh tk de tanah nk buat dewan ke? smpai padang permainan pun dia nk jadikan dewan.

Prasan tak perubahan kt fesyen kami dlm gmbar tu. Skema plak masa ni. Kalau pakai baju kemeja tu mesti tuck in. Baju plak dibutang smpai ke leher. Tk silap aku, itu pakaian raya kami masa tu. Baju yg aku n adiku pakai tu dibli kt pasaraya Warta, Selayang. Bukan Warta yang baru tu, yang lama la. Huh. Smpai skarang ada lagi pasaraya tu. Time nk blei baju raya tu macam prangai timbul. Nk yang itu, tk mo yang ini. Bila tk dpt, mrajuk smpai parent panggil pun wat tk tau. Huhu. Sekali bila tgk muka abah dh lain macam, baru la aku kembali normal. Normal luaran je. Tp dalaman masih memberontak.

Kasut raya plak cap NIKE k. Diulang, cap Nike. Tp pasar malamnye la. Hehe. Nk cari ori kene la pi kedai2 kt kl nuh. Aku sebenarnya tk tau kasut jenis ape yg aku bli. Tp yang aku masih igt ada tnda “right” kt tepi kasut tu. Dan apa2 pakaian raya yg parent aku bli, mesti dorang akan beli 2 pasang. Tp yg lagi sepasang tu dorang beli kecik sket dr saiz aku. Yg tu utk adik aku yg tinggal ngn grandparent kt kg. Hehe, time tu aku bengang sbb pakaian aku sama ngn adik aku tu.

Untuk dorang adik aku yg kecik berdiri didepan tu, macam biasa pakaian kanak2 yg terkenal sejak dulu hingga kini. Parent aku blikan dorang Kiki-Lala. Akak aku punye aku tk sure la. Tp akak aku sorang ni tk cerewet sgt. Dia terima je.

Dari 2 gmbar dia atas, aku rasa sronok nk bercerita masa kecik2 dulu. Tp tk da masa plak. Kene chow la plak…

 
Leave a comment

Posted by on November 23, 2007 in Uncategorized

 

Gua saksi kejadian..

Dari Bandar Baru Bangi menuju ke Higway SILK. Jalannya memang lurus, tapi terdapat banyak simpang di situ. Dan setiap susur masuk ke simpang diletakkan lampu isyarat supaya trafik di situ menjadi lancar.

Ada tiga kawasan lampu israt di situ. Di situ juga ditempatkan camera cctv. So, sapa yang berhajat nk jalan masa lampu merah lupakan je sbb aksi anda dirakamkan.

Ok, berbalik cerita yang nk aku smpaikan tadi. Kene dengan tajuk di atas, aku adalah saksi kejadian. Time tu aku drv kereta, lalu plak jalan tu. Trafic light pertama aku tgk masih hijau. So, aku pun tekan la pedal utk memecutkan kereta yang aku drv. Tp, nasib tk baik sbb dlm jarak 20 meter, lampu pun bertukar dari oren ke merah. Nk tk nk aku kene la berhentikan kereta gak walaupun jalan tu tk la brapa sibuk. Kemera ada maaa.. tk brani la.

Tengah tunggu lampu merah bertukar hijau, tetiba aku terdengar mcm bunyi jet… syiiiiiiiiiiiiittttttttttt syitttttttttttttt.. Rupa-rupanya ada motor yg dtg dari arah belakang. Motor tu dilengkapi dengan sistem bunyi jet. Bila dia tekan brek je, kluarla bunyi tu.

Now, the red turn to green. AKu mula la tekan pedal. Aku tk tekan pedal sgt masa tu sbb traffic light yg seterusnya masih lagi merah. Aku pun slowkan kenderaan. Aku tgk mat motor yg ada bunyi jet tu lain macam je. Laju je dia tunggang motor tu. Keadaan jalan masa tu lengang. Tp tiba2 muncul Avanza yg nk cross jalan. Hah ketika inilah aku menjadi saksi kejadia. AKu menyaksikan mat motor tadi merempuh avanza yg nk cross jalan. Pergh, melambung aku tgk mat motor tu. Impaknye mmg kuat. Mat motor tadi masih sedarkan diri, tp terhoyong hayang. Muka dia terus jadi sembab.

Dari pandangan aku yg salahnye mat motor tu sbb time tu turn avanza tu cross jalan. Tp mat motor tu tk prasan lampu merah, so dia teruskan perjalanan dia. Malang betul nasib dia sbb berlanggar plak dengan avanza. Apepun kesian jugak kt mat motor tu. Moral of the story, ikut lampu isyarat, kuning tanda berhenti. Huhu. Aku pun kekadang berperangai mcm mat motor tu.

 
Leave a comment

Posted by on November 23, 2007 in Uncategorized

 

Sifat seorang kenalan…

Aku memang kene berjumpa dengan dia (bekas rakan sekerja) hari tu disebabkan aku “berhutang” sesuatu dengan dia. Kalau bukan disebabkan hutang tu, memang aku malas nk berjumpa. Ada beberapa perkara dari cakap-cakap orang sekelilig yang buat aku menjadi malas. Kene pulak dia byk berubah masa tu. So, seperti benar plak cakap2 orang tu. Aku ni plak, tanpa usul periksa terus mencipta keputusan yang dia ni mmg begitu orangnya. Tapi disebabkan hutang, aku pun berjumpa dengan dia. Tempat berjumpa di restoren mamak somewhere in Subang.

Hah, aku igt sekejap je aku berjumpa dengan dia. Langsai “hutang” kemudian blah. Tp, sangkaan mula meleset. Kene plak tempat seperti restoren mamak di situ yang tk sunyi dengan kunjungan orang ramai yang baru habis waktu bekerja. Ajakannya kepada aku agar ke suatu sudut meja di dalam restoren terus terima tnpa memikirkan keletihan yang dialami ketika itu. Kami sekadar memesan 2 gelas teh tarik sebelum memulakan “perbincangan standad warung kopi”.

Bermula dengan kisah kerjaya masing2, berpindah kepada topik bisnes, kemudian berborak pasal sukan permotoran (mmg hobi aku ni) dan diakhiri kesah UEFA champion league. Semuanya hanya ditemankan dengan segelas teh tarik. 1 jam setengah juga la kami berada di situ.

Dan dari situ baru aku mengenali orangnya. Aku tak pernah bertanya kepadanya kenapa dia meninggalkan kerja tnpa sebarang notis. Menghilang tnpa sebarang berita. Yang aku tau cuma satu perkara iaitu cakap2 orang mengenai diri dia. Mungkin tindakkannya membuat keputusan itu disebabkan cakap-cakap orang itu yang mungkin fitnah kepadanya. Andai aku berada ditempatnya, tindakkan yang sama juga akan aku ambil demi menjaga maruah diri.

Apapun aku berasa senang berborak dengan dia malam tu. Aku kenal siapa yg suka bercakap-cakap begitu. Depan dia begini, di belakang dia begitu. Alhamdulillah, aku tk ikutkan cakap2 jahat yang membelenggu minda aku ini. Dan disebabkan “hutang” itu, aku dpt menilai sesuatu kebenaran yang sebenar-benar kebenaran. Malam tu kami akhiri pertemuan dengan ucapan wish of luck!

 
Leave a comment

Posted by on November 16, 2007 in Uncategorized