RSS

Cuba anda bayangkan…

30 Oct

Cuba anda bayangkan. Pada hari itu anda berasa gembira. Gembira sebab ada berjaya selesaikan satu tugas di suatu tempat. Kemudian, tibalah masanya untuk anda beredar dari tempat tersebut dengan memandu kereta kawan anda yang anda pinjam untuk tempoh seminggu.

Cuba anda bayangkan ketika anda sedang memandu, hujan mulai turun. Di satu jalan yang anda lalui, tiba-tiba kereta yang berada di depan kereta yang anda pandu brek mengejut. Anda pula tidak sempat menekan pedal brek lalu merempuh bahagian belakang kereta yang di depan tadi. Anda pun kluar dari kereta lalu melihat keadaan kereta yang anda langgar tadi. Anda bernasib baik kerana tiada pun keretakan, kekemekkan atau kecalaran pada kereta tersebut. Cuma reverse sensor pada bumper kereta itu yang tertanggal dari kedudukannya.

Tetapi, cuba anda banyangkan ketika itu bila anda melihat lampu kaca sebelah kiri kereta kawan anda pecah!. Pastinya anda memikirkan bagaimana hendak menggantinya memandangkan jarang ada terjual lampu bersifat kaca di pasaran. Yang ada cuma lapu plastik sahaja. Hujan yang renyai tadi tiba tiba menjadi lebat. Anda cuba mengalihkan kereta anda yang terhenti di tengah jalan di bahu jalan.

Cuba anda bayangkan pada masa itu enjin kereta kawan anda masih hidup, tapi anda tidak dapat membuka pintu kereta itu kerana ianya berkunci di dalam dan kuncinya juga berada di dalam. Hujan semakin lebat. Kereta kawan anda masih lagi berada di tengah. Dan kereta kawan anda itu pula tidak menyalakan lampu “emergency” menyebabkan kenderaan yang melalui jalan itu pula mula membunyikan hon masing. Anda cuba menghubungi kawan2 yang ada dengan handphone anda. Bateri handphone pula mula lemah dan akhirnya mati. Anda cuba mendial mengguna handphone yang kedua, malangnye handphone tersebut telah kehabisan kredit. Huhu. Cuba anda bayangkan…

Cuba anda bayangkan, hujan yang lebat, pemilik kereta yang anda langgar tadi mula meminta ganti rugi (padahal tk seberapa pun kerosakkannya), kenderaan yang ada di situ membunyikan hon, kereta kawan anda berada di tengah jalan dengan pintu-pintunya berkunci dari dalam bersama dengan ibu kunci, kedua-dua handphone anda tak boleh digunakan. Cuba anda bayangkan keadaan masa tu.

Dipendekkan cerita, ada berikan tunai pada pemilik kereta yang langgar tu sebagai ganti rugi. Dengan sedikit kemahiran yang anda ada, anda meminjam skru drver dari mat motor (tq very much) lalu anda pun mencungkil bla bla bla. Anda berjaya memasuki kereta kawan anda kemudian beredar dari situ dengan keadaan anda yang basah kuyup. Tapi fikiran anda tetap tk tenteram. Dalam detik perkara itu berlaku, anda basah kuyup, beratus-ratus duit anda melayang, anda mesti mengganti lampu kaca kereta kawan anda yang telah pecah, dan yang paling penting, anda kene mengadap kawan anda yang masih belum tahu keadaan keretanya.

Aku tk payah bayangkan semua tu sbb semua tu berlaku kt aku petang tadi. Huhuhu.. Tragis betul la..

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on October 30, 2007 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: