RSS

Monthly Archives: October 2007

Cuba anda bayangkan…

Cuba anda bayangkan. Pada hari itu anda berasa gembira. Gembira sebab ada berjaya selesaikan satu tugas di suatu tempat. Kemudian, tibalah masanya untuk anda beredar dari tempat tersebut dengan memandu kereta kawan anda yang anda pinjam untuk tempoh seminggu.

Cuba anda bayangkan ketika anda sedang memandu, hujan mulai turun. Di satu jalan yang anda lalui, tiba-tiba kereta yang berada di depan kereta yang anda pandu brek mengejut. Anda pula tidak sempat menekan pedal brek lalu merempuh bahagian belakang kereta yang di depan tadi. Anda pun kluar dari kereta lalu melihat keadaan kereta yang anda langgar tadi. Anda bernasib baik kerana tiada pun keretakan, kekemekkan atau kecalaran pada kereta tersebut. Cuma reverse sensor pada bumper kereta itu yang tertanggal dari kedudukannya.

Tetapi, cuba anda banyangkan ketika itu bila anda melihat lampu kaca sebelah kiri kereta kawan anda pecah!. Pastinya anda memikirkan bagaimana hendak menggantinya memandangkan jarang ada terjual lampu bersifat kaca di pasaran. Yang ada cuma lapu plastik sahaja. Hujan yang renyai tadi tiba tiba menjadi lebat. Anda cuba mengalihkan kereta anda yang terhenti di tengah jalan di bahu jalan.

Cuba anda bayangkan pada masa itu enjin kereta kawan anda masih hidup, tapi anda tidak dapat membuka pintu kereta itu kerana ianya berkunci di dalam dan kuncinya juga berada di dalam. Hujan semakin lebat. Kereta kawan anda masih lagi berada di tengah. Dan kereta kawan anda itu pula tidak menyalakan lampu “emergency” menyebabkan kenderaan yang melalui jalan itu pula mula membunyikan hon masing. Anda cuba menghubungi kawan2 yang ada dengan handphone anda. Bateri handphone pula mula lemah dan akhirnya mati. Anda cuba mendial mengguna handphone yang kedua, malangnye handphone tersebut telah kehabisan kredit. Huhu. Cuba anda bayangkan…

Cuba anda bayangkan, hujan yang lebat, pemilik kereta yang anda langgar tadi mula meminta ganti rugi (padahal tk seberapa pun kerosakkannya), kenderaan yang ada di situ membunyikan hon, kereta kawan anda berada di tengah jalan dengan pintu-pintunya berkunci dari dalam bersama dengan ibu kunci, kedua-dua handphone anda tak boleh digunakan. Cuba anda bayangkan keadaan masa tu.

Dipendekkan cerita, ada berikan tunai pada pemilik kereta yang langgar tu sebagai ganti rugi. Dengan sedikit kemahiran yang anda ada, anda meminjam skru drver dari mat motor (tq very much) lalu anda pun mencungkil bla bla bla. Anda berjaya memasuki kereta kawan anda kemudian beredar dari situ dengan keadaan anda yang basah kuyup. Tapi fikiran anda tetap tk tenteram. Dalam detik perkara itu berlaku, anda basah kuyup, beratus-ratus duit anda melayang, anda mesti mengganti lampu kaca kereta kawan anda yang telah pecah, dan yang paling penting, anda kene mengadap kawan anda yang masih belum tahu keadaan keretanya.

Aku tk payah bayangkan semua tu sbb semua tu berlaku kt aku petang tadi. Huhuhu.. Tragis betul la..

 
Leave a comment

Posted by on October 30, 2007 in Uncategorized

 

Naluri aku berkata-kata..

Kisahnya begini. Petang Sabtu lepas aku nak ke Sepang. Agak kelam kabut sikit sebab seblum tu aku mengecat bahagian depan rumah. Kerja habis dlm pukul 3pm. Banyak gak perkara yang aku listkan dalam pda aku sblum tu. Semuanya perkara yang aku nk buat kt Sepang nnt. Khabar angin memberitahu akan ada byk penyertaan dlm round ke 4 ni. Dan disebabkan khabar angin tu, aku tk nk lepaskan peluang utk record “what i see” kt sana nnt. So, i bring videocam together. Pagi sabtu aku dh cucuk videocam tu utk cas baterinya.

Dipendekkan cerita, sblum bertolak ke sana ada beberapa perkara yang yg berlegar dlm kepala ni. Time tu mini dvd tinggal satu. Tp aku plak tk sure samada dh diguna ke blum. Maklum la kelam kabut aku time tu. Nak pi beli mini dvd pun aku tk sempat sbb kt tempat aku dilanda jem giler. Dengan ujan yg turun masa tu. Aku tk test pun mini dvd tu kt vidcam aku. Vidcam pun aku tk cek samada dh fully charge ke blum. Mini dvd tadi aku trus masukkan dlm poket sluar “beggy”. Vidcam plak aku cabut dari plug then aku masukkan dlm poshbag. Kemudian aku pun kluar umah. So, aku pun tunggu la member kt tempat yang dijanjikan. Semua dh ready, kami pun bertolak.

Hahaha. dh la poshbag berat ngn vid cam. Dlm kereta baru la aku usik vidcam tu. Geramnya aku time tu rupenye vidcam tu tk leh hidup atau dalam bahasa teknikalnya langsung tk bleh on. Puas aku pikir kenapa tak boleh on sbb aku dah charge baterinya dari pagi smpai ke petang. Risau gak kalau2 benda tu rosak. Last2 sampai sepang je aku tumpang vidcam tu dlm keta member aku. Maleh aku nk bawak skali menatang berat tu.

Habih event aku pun balik umah. Bila check vidcam tu baru la aku tau vidcam aku tk charge sebenarnya. Aduh, terlepas aku nk record event malam tu. Aku ada pikir gak, kalau aku ikutkan apa kata hati yang aku tk buat sblum ke sepang hari tu, sure semua ni tk terjadi. Tak check charger vidcam satu hal, tak test mini dvd lagi satu hal dan test vidcam tu sendiri sblum kluar umah pun satu hal. Aku dh pikir benda tu, cuma aku tk buat je… arghhh… Kalau 3 perkara tu aku buat, huh ada la sdb-rnd4 dalam collection aku.

 
Leave a comment

Posted by on October 29, 2007 in Uncategorized

 

Today is the day…

Sepang Drag Battle Round 4th.. Niat nak masuk. Tapi terpaksa dilupakan sbb problem kereta tk sempat diselesaikan dalam tempoh semingu. SO, next round la nampaknya. Malam tadi dah berkampung di worsyop untuk siapkan 2 kereta. Satu untuk kategori E dan satu lagi untuk kategori B. Actually ada 4 kereta yg akn masuk mlm ni. 2 lagi kereta masuk sekadar untuk merasa SDB.. so, Gud luck to all my frens!!..

 
Leave a comment

Posted by on October 26, 2007 in Uncategorized

 

Lu terer addmath ke kawan?…

Aku berjumpa dengan kawan petang tadi. Ha, ni cerita kalakar sebenarnya. Aku dok pratikan gerak gerinya. Nampak macam ada masalah. So, aku pun menyibukkan diri bertanyakan halnya. La, baru aku tau kenapa kawan aku jadi mcm tu. Upenye dia dh 3 hari memikirkan soklan yang member dia bg kat dia. Begini soklannya tu.

Ali ada RM LIMA PULUH, Abu plak ada RM EMPAT PULUH. Ahmad nk pinjam RM DUA PULUH LIMA dari Ali dan Abu. So, Ali dan Abu pun bagila kt Ahmad RM DUA PULUH LIMA setiap seorang. Skang ni di tangan Ahmad ada RM LIMA PULUH. Kemudiannya Ahmad pergi ke kedai hendak beli beras yang harganya RM EMPAT PULUH LIMA. Skarang ni plak baki kt tangan Ahmad ada RM LIMA. Ahmad bagi RM SATU pada Ali dan RM SATU gak kt Abu. Hutang Ahmad kt mereka skang ni ialah RM EMPAT PULUH LAPAN. Di tangan Ahmad ada lagi baki sebanyak RM TIGA.

Persoalannya mengapa baki hutang Ahmad yang tinggal cuma RM EMPAT PULUH LAPAN dan ditambah dengan baki yang ada ditangan iaitu RM TIGA menjadi RM LIMA PULUH SATU? kenapa tk jadi RM LIMA PULUH seperti memula dia pinjam kt Abu dan Ali?.. Mana datangnya lagi RM SATU tu?..

Rupe-rupenye kawan aku tu dah dimanipulate, atau dalam ungkapan sainsnye telah dipsycho. Cikgu Ali (cikgu addmath masa skolah dulu) slalu kata, kita tak boleh menipu dengan angka. Terkena gak aku memula dengan soklan tu. Last2 bila congak, baru la dpt jawapnnya. Aku rasa tu bukan soklan matematik. Tp lebih kepada soklan menguji IQ. Orang yang bertanya soklan tu kt kawan aku tu cuba mengajak kawan aku tu berfikir ikut caranya. Mmg dah terkena kawan aku tu. 3 hari plak memikir masalah tu tetang mana datangnya lebih RM seringgit tu. Hehe.

Moral of the story, jgn sesekali biarkan diri terpengaruh dengan persekitaran.

 
Leave a comment

Posted by on October 25, 2007 in Around the corner

 

Dis one uncle…

Uncle ni dh lama aku kenal. He is one of my supplier. Umurnya dalam 50+ tahun. Anak 2 orang. Yang perempuan dah kawen, yang laki masih blajar. Aku rasa dlm umur mcm dia tu elok duk kt umah. Kt matanya macam dh ada katarak. Tp still memandu lori ke sana ke mari. Kesian aku tgk orangnya. Tadi sempat gak aku berborak dengan dia. Hehe. Aku rasa mcm dh kacau kerja dia je sbb katanya byk lagi tempat yg dia nk hantar. Sori Mr Raja, saje je nk berborak ngn u. Dia panggil aku bos, aku pun panggil dia bos.

Aku tgk dia macam tk sehat je hari ni. So, aku pun bertanya khabar dia. Memang dia tak sihat pun. Dapat MC 2 hari dari doc, tp dia tetap kerja. Aku tanya kenapa dia tk cuti n duk kt umah. Katanya majikan dia minta dia hantar sbb company tk cukup orang. Wah, baik betul uncle tu sambil tu bawa ke hulu ke hilir ubat yg doc bg. Lebih pentingkan majikan dari kesihatan dia. Untung betul company tu ada pekerja mcm tu. Tp yg nyata, uncle tu betul2 mcm diperguna dari pndangan aku yg tk tau cerita sebenarnya. If something bad happen on him macam mana?.

Dua mula bercerita pasal kerja dia. Dia dh kerja dengan company tu selama 10 tahun. Huh, lama tu. Tp dari dulu sampai skang tugasnya tetap sama. Hantar bebola roti ke tempat customer. Aku cuba tanya pasal gaji yg company byr, bonus or anything yg dia dpt dr company. Katanya dia tk berkira sangat pasal semua tu. Kalau company nk bg dia ucap terima kasih. Tp kalau tk bg pun dia tk kesah. Janji dia dpt tanggung kluarga dia. Janji dia dpt bekerja. Rajin betul aku tgk Mr Raja tu.

 
Leave a comment

Posted by on October 23, 2007 in Uncategorized

 

Tinggal lagi 15 minit je!

Kisah ni berlaku pagi tadi. Tinggal cuma 15 minit je nk pukul 12 pm. Time tu plak kt Putrajaya parcel D. Aku kene submit tender before 12pm. Dlm borang tu suruh hantar di parcel D. So dengan rileknye aku ke parcel D9 naik aras 8. Elok je smpai aku rasa pelik sket sbb takde tong pun kt luar tu. Orang dlm opis tu siap tanya yg sampul  yang aku bawa tu untuk tender mana. Wah, memang pelik. Aku dh rasa tk sedap hati. Kalau lambat, habis la aku. Sampul yang aku bawak tu plak dorang main passing2 kt opismate dorang. “Ni tender mana?, ko tau tak?”. Waduh, last2 En Nordin bgtau suh hantar ke Bangi.

Arghhhh.. tercengang sekejap. Putrajaya ke Bangi. Jauh tu sempat ke smpai sana?. Masa plak tinggal dlm 20 minit.. Soklan tu terngiang-ngiang dalam pale otak ni.
Nk tk nak aku kene cuba gak. Hati berdoa, mata memandang ke jam di tangan, tangan plak pegang stereng, start enjin, kaki tekan pedal minyak. trus jalan. (aku bawak keta auto, so tk yah tekan pedal clucth hehe.)

berkat hati yang berdoa, aku lihat keajaiban yang berlaku. Dari Putrajaya ke Bangi, semua trafficlight kaler ijau. Huh, percaya atau tk tp itulah yg aku lalui pagi tadi. 2 minutes before times up, aku berjaya masukkan sampul ke dalam tongnya. yeeeeeha!. skang tunggu resultnya plak. Hope doa aku dimakbulkann oleh Nya seperti Dia makbulkan doaku dari Putrajaya ke Bangi.. amin..aduh, sakit pale la plak..

 
Leave a comment

Posted by on October 22, 2007 in Uncategorized

 

Erghhhhhhhhhh

huhu.. Sungguh malang.. dapat merasanya cuma seminggu 3 hari sahaja.. then terpaksa masuk worsyop.. nasib baik otw balik dari kampung, dekat area sg buloh.. kalau otw ke kampung entah mcm mana la agaknye..

tp kes kali ni pelik.. conrod tk makan tp ada kesan seperti diketuk.. dh jadi lonjong upnye… conrod bearing pun tk melekat crankshaft or conrod, tp conrod bearing jd leper..

4 days left!!!!…

 
Leave a comment

Posted by on October 22, 2007 in Uncategorized