RSS

My boss said…

10 Sep

Malam minggu bergegas ke putrajaya ada meeting santai katanya dgn big bos.. berdebar gak bunyinye. Apa yang penting sgt sampai tak sempat bermesra dengan anak buah. Ada sesuatu yang hendak di sampaikan pasal tugas terkini yang perlu di buat. 3 tempat yang perlu dijaga dan di perhatikan. Tak boleh terlepas pandang lansung kerana masa semakin berlalu tetapi perjalanan masih jauh lagi. Banyak lagi ujian yang belum ditempuh. Ujian-ujian yang akan menunjukkan betapa tegarnya kita menghadapi kenyataan dalam dunia kehidupan sebenar.

Kata bos, mulalah buka minda, ambil kisah hal sekeliling kerana itu la kenyataan yang kita akan hadapi esok lusa. Kenyataan yang manis amat senang kita terima. Kadangkala buat kita leka sebentar. Kenyataan yang pahit pula susah untuk kita terima. Kadangkala trasa tak mau diteruskan hidup. Seakan mahu memilih untuk berputus asa sahaja. Jalan pintas yang senang yang berlegar dalam buat keputusan.  Ya. Allah. Kau lindungkan diriku dari sifat putus asa. Amin.

Jangan suka menipu diri sendiri. Kata bos, bila kita menipu diri sendiri perkara tu bukan mengselesakan kita, tetapi lebih menyusahkan kita. Memang sikapnya yang suka akan kata2, ” yes bos! semua ok!” tetapi bukan dengan menipu diri sendiri. Bukan cara membodek hatinya. Dia lebih suka mendengar masalah dan tidak suka masalah itu disembunyikan darinya. Pengalaman lebih 11 tahun dalam perniagaan ni tidak kedekut untuk dikongsikan dengan pekerjanya.

Memang benar pengalaman yang menjakau 11 tahun itu benar2 berharga ketika bermacam macam masalah timbul seperti tong drum yang berlubang diisi penuh dengan air. Matang dan tenang dalam buat keputusan. Bukan sekadar kata sahaja tetapi setiap lubang ditampalnya sedikit demi sedikit. Rugi rasanya kalau tak dapat belajar ilmu itu darinya.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on September 10, 2007 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: